Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 19, 2014

Di antara tuhan dan keluarga...

Saya ada seorang kawan (yang tidak rapat dan tidak mesra. Saya agak janggal berkawan dengannya kerana kelebihannya. Bagi saya dia ada segala-galanya kecuali rupa. Rupa dia biasa sangat. He.Tetapi posting ini bukan mengenai mukanya yang biasa. Mungkin pada pandangan mata saya saja dia tidak menarik, dan bagi pandangan mata isterinya sangat handsum. Atau isterinya kena tipu?. Ah...saya harus berfikir positif... Teruk betul saya).
 
Kawan saya tersebut namanya Dr M (nama samara). Dia memberitahu saya dia ada menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar. Saya terkedu. Saya tiba-tiba terbayang muka isterinya yang nampak macam mayat (saya selalu berpendapat apa salahnya bubuh sikit bedak kat muka sebab dia tak ada langsung kecantikan semulajadi...He he he. Teruk saya. Ampun).
 
Saya suruh dia senaraikan keutamaan dalam hidupnya, dia pandai jawab, maklumlah dapat PHD...
 
1. Tuhan
2. Keluarga
3. Kerja
4. Perniagaannya
5. Rumah dan kereta.
 
Saya Tanya dia kembali `pelajar yang awak mahu tu ada di mana dalam keutamaannya?'. Nak letak nombor berapa? Bila letak nombor 2, no 3 akan jadi keutamaan bagi `keluarga' pula. Sebab selepas tuhan dia beritahu adalah keluarganya.


Dia beritahu dia mencintai isterinya namun...mustahil isterinya mengizinkannya kawin lagi kecuali ia diceraikan dan harta pencarian yang banyak dibahagi dua.
 
Saya senyap sahaja, saya tahu dia ahli PETABI...tetapi saya rasa kalau dia berani dan cuba letakan pelajar tersebut di antara tuhan dan keluarganya, ia akan `membayar' dengan kehilangan bukan sahaja isteri tetapi anak-anak...
 

No comments:

   

.

.

.