Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, August 11, 2014

Adakah berperut buncit merupakan satu kekurangan?

 
Ya. Itulah jawapan saya. Atas apa pun alasan, saya tetap merasakan lelaki yang berperut buncit tidak menarik di mata khalayak. Apatah lagi jika berperut buncit itu seorang perempuan. Mengandung lain cerita.
 
Berperut buncit melemahkan penampilan seseorang.
 
Semalam saya berselisih dengan seorang lelaki yang saya dapati hampir ada segalanya di dalam hidupnya tetapi perutnya amat buncit. Dia kelihatan termegah naik tangga kerana selain buncit dia juga gemuk.
 

Indecent Proposal (1993) Poster

 
 

Sebab itulah semalam sebaik sahaja saya sampai rumah saya terus berbasikal setempat (basikal alat senaman) sambil menonton filem Indecent Proposal (1993).
 
Saya dapati perut saya juga semakin buncit. Ia berkadar langsung dengan umur saya. Saya jangkakan dalam lima atau enam tahun lagi perut saya akan bertambah buncit. 
 
Namun saya tidak dapat lari kerana saya semakin tua dan saya dapati dalam keturunan saya, pihak lelaki memang berbadan besar dan buncit di hujung usia. Mungkin ia ada kaiatn dengan DNA.
 
Apabila kita berperut buncit, sukar untuk berpakaian kerana memasukan bahagian baju ke dalam seluar akan memberi impak yang lucu. Seolah membarut sebiji nangka. Kita akan rasa kurang menarik...
 
Saya (baju belang tersenyum manis) zaman tidak berperut...
 
Namun saya puas. Saya sudah puas muda, handsum dan menarik...(ayat keji ni, he he he). Saya patut bersyukur kerana ada kawan-kawan saya yang tidak pernah handsum dan menarik sejak dari dulu lagi. He he he. (ayat keji lagi).
 
Jan: Saya suka makan...
 
 

2 comments:

Lan LoloQ said...

samalah...my siblings semua gemuk dan buncit bila mencecah usia 40an...saya pula lewat 20an dah menunjukkan ciri2 yg sama..mgkin sbb gaya hidup yg tak aktif dan pola pemakanan yg tak sihat...skrg tgh gigih mengempiskan balik perut yg bidang ni..sbb basikal setempat dah punah dek anak2 buah..terpaksalah merajinkan diri pergi gym berlari2 hamster di atas tredmil dan kalau rajin angkat lah berat se raound dua...

sukiman said...

Wah bagus pergi gym. Sya tak pernah pergi pun. Tapi kat rumah ada basikal setempat tu. Saya buat tempat sankut baju dan kain tuala, he he he.

   

.

.

.