Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, August 3, 2014

Percutian di Bali, sahabat dari kayangan dan bodoh matematik.




 
Sedar tidak sedar, sudah 25 tahun saya berkawan dengan Lim Kok. Saya mula berkawan dengannya semasa di Universiti Malaya. Saya berkawan dengannya kerana dia pandai matematik, pembersih dan sangat rajin belajar. Saya harap sikap positifnya akan memberi kesan kepada kepada saya.

Dengan siapa kita berkawan akan menentukan siapa kita...
 
Alhamdulilah, semasa di UM, beliau sentiasa menyuruh saya rajin belajar dan jangan jadi Melayu yang malas.
 
Sebenarnya tidak banyak persamaan antara kami. Contohnya hidung saya ternyata lebih mancung. Namun kulitnya lebih cerah berbanding saya. Pun begitu dia terlalu kurus dan tinggi. Saya selalu merujuknya kepada zirafah. tetapi dia tidak marah. he he he.

Pukul rata saya rasa saya lebih handsum darinya.

Kami banyak berbeza cara hidup, pegangan hidup dan pendapat. Tetapi persahabatan kami berkekalan dan berpanjangan. Seperti persahabatan yang lain, persahabatan kami ada kalanya hujan dan panas. Kami pernah berperang `dingin', namun kami berbaik semula kerana kami sudah seperti adik beradik. Masing-masing mengakui kekurangan diri. Sudah 25 tahun...
 
Bila meninggalkan UM, beliau selalu menghubungi saya walaupun saya tidak menghubunginya. Dalam banyak hal beliaulah yang berusaha memanjangkan persahabatan kami. saya sendtiasa sibuk dengan dunia saya. Dunia nyata dan khayalan.

Beliau selalu memberi semangat kepada saya. Pernah beliau bertanya kepada saya di antara kami siapa yang mati dulu...?

Saya jawab tentulah saya kerana orang baik selalunya mati awal. Dia ketawa sahaja.

Kadang-kadang saya seolah melarikan diri darinya kerana persahabatan kami tidak seimbang. Dia banyak memberi, saya pula tidak banyak memberi. Saya tidak dapat memberikan apa-apa kepadanya. Dia sudah miliki hamper segala-galanya.

Saya tidak mempunyai jawatan bergaji mahal sepertinya, dan sentiasa sibuk dengan dunia saya. Banyak saya terkilan dalam persahabatn kami sebab kekurangan diri saya. Saya juga tidak hadir pada hari pertunangan dan perkahwinan beliau. Beliau tidak pernah sebut pasal ketidahadiran tersebut sampai kini. Namun beliau tetap setia berkawan dengan saya... Saya hairan...

Dia sahabat yang baik. Contohnya, saya terharu kerana pada hari lahir saya nan lalu dia turun khas ke Kuala Lumpur untuk meraikan hari tersebut. Tidak ada orang yang layan saya seistimewa begitu. Belanja saya di tempat mahal. Beliau rela ambil kapal terbang semata-mata tahu saya ada di Kuala Lumpur. Beliau mahu raikan hari lahir saya yang jatuh pada hari tersebut.
 
.... Beberapa tahun lalu, beliau jugalah yang sponser saya ke Bali. Kalau tidak tidaklah saya mengenal Bali. Sebenarnya beliau selalu juga ajak saya bercuti di London, Paris dan Milan. Namun saya tidak ikut semua pelawaannya kerana tentu dia menggunakan duitnya untuk sponser saya.

Saya pula tidak ada banyak duit untuk pergi bercuti begitu mahal. Pencuci muka pun saya hanya pakai Eversoft jea...(jenis avocado).
 
Setiapkali balik dari luar negara, selalu ada hadiah untuk saya.

Mulut orang tidak dapat ditutup, ada juga yang mencurigai perhubungan kami. Namun demi allah hubungan kami atas nama persahabatan sahaja. Saya tidak tidor dengan dia.
 
Saya selalu berdoa kepadanya supaya mendapat hidayah... Allah maha kuasa.
 
XXX

Saya selalu bertanya apa istimewanya saya di mata dia?

Mungkin dia antara insan yang tahu saya baik hati, saya kawannya dari kayangan... banyak peristiwa semasa 25 tahun dahulu apabila kawan-kawan semua lari...saya sentiasa berada dengannya. Menjadi sahabat sejati...

Saya tidak perlukan apa-apa daripadanya cuma saya mahu dia ajar saya matematik. Sebab saya bodoh matematik...

 

3 comments:

Lan LoloQ said...

bertuahnya kita kerana memiliki kawan yg kita boleh dianggap sahabat..abang mang kenapa tak guna garnier men...:)

Jankaulu said...

pernah cuba...terlalu berasid... entah rasa berangin muka... mungkin salah jenis kot...











Jankaulu said...

pernah cuba...terlalu berasid... entah rasa berangin muka... mungkin salah jenis kot...











Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home