Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, June 13, 2014

Rehat sekejap...(konon!)

Saya memandu dengan perasaan tidak menentu dek kerana rasa letih yang melampau. Jiwa dalam sedar saya berlagu sendu dan samar. Saya tidak berapa sedar... mungkin sebab saya minum banyak ubat batuk kerana terbatuk-batuk. Apa yang saya sedar, saya memotong banyak kereta... (secara bersungguh-sungguh).
 
Bahaya ubat batuk ini. Dia membuatkan kita mengantuk sambil memandu (atau memandu sambil mengantuk). Dan untuk menghilangkan mengantuk, kita akan memandu laju...Haaa...
 
Saya tiba di rumah 5 minit sebelum pukul 7 malam. Saya sangat letih, mahu tidur sekejap. Oh tuhan, sangat letih dan mengantuk. Semalam saya sudah ke klinik. Kata doktor saya diserang asma. Mengarut sungguh doktor tersebut. Mana saya ada asma, masa kanak-kanak adalah...Huh!
 
Saya CUMA tidak boleh bernafas dengan sejahtera...(walaupun lubang hidung saya luas)
 
Namun saya diam sahaja sebab dia doktor. Dia tentulah tahu banyak perkara mengenai kesihatan. Dia beritahu ada kalanya asma hilang sekejap masa remaja dan menjelma semula bila dewasa. Oooo gitu pulak. Sekejap ada, sekejap tak ada, ada balik.
 
Saya disuruh menyedut gas entah apa dengan satu alat yang menekup hidung... Dalam setengah jam juga saya menyedup entah apa gas tersebut... Saya ikut sahaja apa yang disuruh sebab dia doktor.
 
XXX
 
Dengan hanya beberapa urat benang, saya terlentang gaya bintang di sofa L saya. Tidur sekejap jea dalam 15 minit, selepas itu saya akan bangun. Bangun mandi dan sembahyang magrib.
 
Bila saya bangun jam sudah menunjukan pukul 8.15! Saya terlebih tidur. Saya ke pintu ruang tamu, menyelak langsir. Langit cerah!.
 
Rupanya saya bangun pada hari seterusnya! 8.15 pagi... 

No comments:

   

.

.

.