Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, June 12, 2014

Pesta Buku Antarabangsa 2014, hari ketiga: Nursuraya, bulan dan bintang

Hari ketiga ke pesta buku, bahu saya bertambah sakit. Namun ini saja peluang saya untuk membeli buku dengan harga yang agak murah (sebabnya saya masih lagi anggap buku-buku di Malaysia mahal). Selain harga murah, pilihan kita lebih berbagai sebab banyak gerai.
 
Saya semakin selesa meloloskan diri di celah orang ramai dan sudah tahu selok belok dan di mana gerai yang saya telah lalui.
 
Saya teruja apabila berjumpa Noorsuraya dan suaminya. Saya ada membaca novel beliau yang saya sifatkan mempunyai bahasa yang agak puistis dan berestatika. Saya tergamang tidak percaya yang saya berpeluang bergambar dengannya. Ini gambar dia haa...
 
Kelihatan saya terkedu dapat bergambar dengan Noorsuraya dan suaminya...
 
Saya membeli beberapa buah novel beliau. Bagi saya novel beliau baik dari banyak segi. Saya akan membacanya bila lapang. Membaca novel yang baik adalah suatu kepuasan tetapi membaca novel yang teruk adalah suatu malapetaka besar. Sebabnya? Sebabnya kita telah membuang emas (masa).
 

Saya mendapat tandatangan, wah gembiranya...
Kalau dikirakan hati mahu sahaja saya membeli banyak buku tetapi saya tidak ada budget yang banyak. Saya hanya memperuntukan RM500 sahaja untuk pesta buku kali ini. Dan biasanya saya tidak dapat berpegang kepada budget tersebut. Maksud saya pasti akan terlebih beli.


 
 

Membeli buku bukanlah suatu perbuatan yang membazir. Mungkin buku tersebut masih kita tidak sempat dibaca tetapi jika ada masa sesuai, kita boleh membacanya kemudian. Jika kita suka membaca buku, kita harus bersyukur kerana tidak semua manusia mendapat keistimewaan ini... Adanya.

 

Sekian, hari ke tiga...

 
XXX
 
P/S: Saya tetap merindui dia, kami berkongsi bulan yang sama, bintang yang sama. Saya hanya tahu mencintai dia...

No comments:

   

.

.

.