"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, October 28, 2010

Secebis Impian: Watak dan perwatakan

Cover novel...
Apabila mendengar lagu, telinga saya lebih gemarkan alunan suara perempuan. Namun apabila membaca buku minda saya lebih terdorong kepada karya penulis lelaki. Itulah saya. Saya sambar buku ini kerana mahu melihat sejauh mana penulis lelaki dapat menggambarkan sesuatu yang halus. Mungkin perasaan apabila berhadapan dengan konflik berkasih sayang. Saya ingatkan/menduga `secebis Impian' adalah impian seorang perempuan/gadis untuk hidup bahagia. Cover novelnya pun ada seorang gadis tersandar di sofa, pasrah.
Ternyata tanggapan saya meleset 100 darjah kerana watak utamanya ialah lelaki diberi nama Johan, dan ianya bukan sebuah novel cinta.
Watak utamanya merupakan seorang mahasiswa Universiti Malaya. Perwatakannya sempurna, persis watak hero dalam novel-novel lain. Contohnya berpandangan jauh, rela berkorban, sayang ibu, perihatin masyarakat miskin, suka baca buku dan lain-lain yang positif.
Sebagai watak utama dia diacukan oleh penulis dengan menghadapi pelbagai konflik. Contohnya dia terpaksa bayar hutang bank abangnya sebab menjadi penjamin (dan abangnya yang teruk perangai juga mahukan geran tanah rumahnya di kampung). Dia selalu berhadapan dengan abangnya yang pentingkan diri.
Juga konflik yang lahir apabila dia memperjuangkan keadilan bagi kawasan setinggang yang mahu dijadikan tapak pembangunan perumahan. Para setinggang bergantung harap pada Johan agar dapat menolong mereka yang terpaksa dipindahkan.
Kita akan rasa simpati terhadap watak Johan sebab sepatutnya dia kosentrekan kepada pelajaran tetapi terpaksa menghadapi pelbagai dugaan. Pada satu tahap kita dapat rasakan Johan jadi sedikit serba salah, tertekan dan keliru. Semasa baca novel ini saya naik geram jugak sebab Johan asyik sabar je... Kalau saya, saya tampar Junid 8 kali, Datuk Mokhtar 4 kali...
Berbeza dengan saya yang pasif dan hanya pernah jadi AJK Kebajikan Asrama semasa di Asrama Kediaman Seksyen 17, watak Johan merupak seorang yang aktif dan berpengaruh berpersatuan sehingga ke peringkat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Malaya.
Saya suka watak Johan cuma kalau boleh dilebihkan lagi watak Johan secara fizikal. Tidak diterangkan secara detail jadi payah untuk saya mengamati dan mengenali Johan dengan lebih mendalam. Kalau kita menulis novel mungkin bagus kita gambarkan watak utama tersebut secara terperinci biar pembaca rasa `kenal' jea dengan watak tu.
Dalam novel saya (novel yang terbengkalai) yang bertajuk `Iskandar Mawar 8' saya lukiskan watak Tengku Iskandar dengan detail. Saya detailkan penerangan sehingga ke urat biru yang bergerak yang kelihatan di dahi Iskandar apabila dia tersenyum, dan juga warna biru kehijauan bekas cukuran misai dan janggut Iskandar apabila dia bercukur. Saya amat teliti dalam pelukisan watak secara fizikal sebab saya mahu pembaca kenal rapat dengan watak tersebut. Saya sisipkan sedikit sana sini sifat fizikal watak contohnya tinggi rendah, warna kulit, gaya rambut wahima bentuk hidungnya. Lihat petikan novel saya yang terbengkalai yang saya cut and pastekan di bawah...
4.WAJAH KESAYANGAN HAMBA (Bab 4, m/s ke 16)
`Rasa rindu hati ini, tuhan sajalah yang tahu’ Bisik hati Hasmah. Dia memandang ke arah gunung ganang yang menghadap hijau di hadapannya. Suasana yang indah dan nyaman itu kemudiannya mengheret dirinya ke suatu daerah yang usang tetapi tidak asing. Musim pertemuan dulu, harumnya masih terhidu. Perpisahan dalam apa jua bentuk adalah suatu yang menyakitkan, menghanyutkan dan akhirnya membuahkan rasa rindu. Betapa pun berada di dalam kesetiaan perpisahan terjadi, seraut wajah yang disayangi mustahil dihapus...
Raut wajahnya yang jernih itu sukar untuk dilupakan. Mukanya bentuk panjang. Keningnya lebat dan hitam. Matanya jernih, bulat dan kuyu. Bulu matanya lebat dan lentik sedikit. Kulit mukanya licin dan putih, kadang-kadang dapat dilihat ada urat biru pada dahinya akibat kulitnya yang putih itu. Hidungnya mancung tetapi lubang hidungnya besar sedikit. Misainya yang lebat selalu dicukur rapi dan begitu juga janggutnya tetap dicukur elok. Apabila bercukur, bekas misai dan janggutnya meninggalkan kesan warna biru kehijauan. Bibirnya bawahnya lebih besar berbanding bibir di atas. Giginya jenis panjang dan salah satu gigi hadapannya ada tanda. Bila dia tersenyum macam gaya orang tua, persis ayahnya.
"Aneh sungguh kehidupan ini, sesuatu yang kita tidak milikilah selalunya sesuatu yang kita mahu, yang mahu kita miliki. Kalaulah kehidupan ini dapat memenuhi kehandak hati manusia… ah mustahil" bisik hati Hasmah lagi sambil menyuap konekto (perasa vanilla) ke mulutnya.
Perenggang di atas (yang masih dalam edit) mengambarkan usaha saya dalam memperkenalkan watak Tengku Iskandar yang digilai Hasmah. Saya cuba perincikan bagaimana rupa Tengku Iskandar yang di gilai Hasmah, berbaloi atau tidak terpulanglah kepada pembaca.
Namun novel tersebut tak dapat saya siapkan kerana pada masa tersebut saya telah berpindah ke kerja ke kuantan, saya kehilangan sebahagian disketnya entah ke mana. Dalam disket tersebut ada juga draf novel saya yang bertajuk `Keli dua selubang'.
Jan: he he he...

1 comment:

uNcLeJoE said...

hmmm bila ekk agaknya saya boleh review or resensi ke novel MANKISU hehehehehe

.