"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, January 21, 2010

Lagi-lagi Mankisu: Lebat seribu mawar....

HALILINTAR berdentung membelah bumi, memang kilat sambar menyambar. Bunyi guruh seakan memberi amaran. Dan jalan raya di hadapannya sudah mulai kabur... Hujan kemudiannya turun lebat memutih dengan ganasnya. Hanya lampu-lampu kereta di hadapannya sahaja menjadi pedoman untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan...
Mankisu memberhentikan kereta kecilnya di bahu jalan. Hujan lebat itu benar-benar menakutkannya. Sebagai pemandu baru dia tidak yakin dapat merentas hujan selebat itu… (walaupun dalam kehidupan sebenar, badai mana lagi yang tak ditempuhinya...?).
Setelah beberapa lama menyandarkan diri, Mankisue tiba-tiba membuka sedikit cermin tingkap kereta dan membuang cd-cdnya satu persatu... Cd Sealing Diong, Raihang, Pop Indon dan juga lagu-lagu Melayu Campur yang diburnt. Namun apabila tangannya menyentuh Cd Sharifah Aini, hatinya membeku... Dia tidak tergamak membuangnya!
Akhirnya Mankisue tersandar sunyi melayan lagu `Seribu Mawar' daripada CD tersebut. Tiba-tiba terimbau lagi (pulak dah) nasib dirinya. Persoalan demi persolan timbul (tapi tak ada pula skima jawapan, he he he). Mengapakah episode yang selalu hadir di dalam hidupnya tidak ada episod yang agak biasa... Mengapa episode hidupnya entah apa-apa seperti drama indon.
Jika nak dibandingkan dengannya, Mankisue tahu dia serba kekurangan. Hanya mempunyai sebuah kereta kecil dan sebuah rumah dibelah dua (semi D). Dia tidak miliki rumah di Kelantan, tiada rumah di Terengganu apatah lagi di kotaraya Kuala Lumpur… Walaupun agak handsum, Mankisu sedar siapa dirinya, dia tidak pandai bergaya. Dia selalu kelihatan serebeh…
Mankisue tiada ratusan ribu ringgit di bank, apatah lagi jutaan... Dia juga tidak memiliki banyak kereta, hanya kereta kecil nan satu. Kereta putih seputih hatinya...Kereta putih yang kini menjadi kesayangannya. Menemaninya ke sana ke mari.
'' Ah...bukan lawanku... ' desis hati Mankisue. Yang hanya `lebih’ mungkin sebuah kesetiaan yang besar yang kecil di mata orangnya, ...tak dihargai...yang tak dinilai, terabai...
Hujan lebat seakan tidak mahu berhenti. Mankisue memainkan viper keretanya. Banyak kali dia tersilap hingga viper di belakang kereta pun keluar dengan sabun-sabunnya sekali. Sesekali bimbang juga memberhentikan kereta di tepi jalan. Bimbang dilanggar kereta lain walaupun hakikatnya dia memang sudah berada dalam sebuah kemalangan...Kemalangan yang dasyat.
'' Suatu hari nanti kau akan merasai apa yang aku rasai. Tidak sedikit lebih atau kurang. Dan ketika itu kau akan tahu… aku bersumpah tidak akan ada kebahagian yang mampu tumbuh di atas kemusnahan hidupku ini...'' Persis dialog dalam novel-novel, begitulah sumpahan yang maha hebat lahir di hati Mankisue yang maha punah.
'' Aku bersumpah membenciimu seumur hidup!... '' Tegas hati nurani Mankisu sambil menyetart kembali kereta dan menfreekan handbreak... Kereta putih itu terus melucur laju membelahi hujan yang lebat... Dia tidak takut mati. Dia redha...
“...nothing is all better, nothing ever gets better…!” Hati Mankisue berdetik.
Jan: Bodoh! bodoh! tak habis habis meratap nasib hidup...bodoh!

8 comments:

Eja said...

xyah la nk banding2kn diri tu... rumah di klantan, ghanu mahupun kotaraya kl, duit jutaan RM kt bank,naik keta perdana special editon pun,'terbang'sana sini sesuka hati tp kalau bkn harta dia,cari sndiri atas usaha sndiri x bermakna gak kn...

dah la xyah sedih2 lagi... dulu pernah ku dengar dah berjanji xnk di pk n sebut2 lg hal ni n ttg dia... (wpun sumpahan tu mustahil utk di tarik blk)

sukiman said...

yes,yes, no, no, alright,he he he...

sal said...

Jan, ini petikan kata2 drp seorang bloger.harap2 menjadi penawar lara buat seketika " Allah sudah menetapkan rezeki, jodoh dan maut untuk setiap hambaNya, Kita juga tidak akan mendapat semua yang kita ingini dalam satu masa. Jika ada pun itu adalah bonus dari Allah untuk hambaNya yang terpilih. jadi bersabarlah dan reda dengan apa yang telah dihamparkan kepada kita. Jika kita boleh membaca nasib kita di masa depan sudah pasti mudah untuk kita membuat keputusan, tetapi itu adalah mustahil. Jadi bertawakkallah dengan apa yang telah kita pilih pada hari ini. Mudah-mudahan Allah akan memudahkan hidup kita"

LilYLiZ@ said...

Awak kira bernasib baik juga sebab ada rumah yang dibelah 2 sahaja. Saya lagi sedih sebab hanya mampu beli rumah yang dibelah 6

sukiman said...

ya la Sal, sepatutnya mankisue tu bangkit dan pandang dunia yg luas...jangan meracun hidup. kena buat jahat ke org kira biasalah kan...


lilyliza@, awak buat lawak he he he. Rumah dibelah 6 tu buat saya tergelak. Thanks.

unclejoe said...

lerek-lerekan lagi ceriter mankisue tu... walaupun ada banyak unsur etnik dalam kebahasaannya ... hehehee.. ne tahu boleh jadi satu novel yang hangat ... dapat royalti.. boleh laaa.. rumah yang dibalah dua cantum balik.. tak de lah dengan hanya satu kerete kecil sahaja...tambah...

LilYLiZ@ said...

apa lak nak gelak wak...betul la tu.. rumah saya dibelah 6 ( rumah teres), dah tu lot tengah pula, kiri kanan tersepit, harapkan pintu depan ngan belakang jer.

sukiman said...

ya betul jugak kan, kita patut bersyukur org lain mungkin tak ada rumah. Ramai lagi yg dah membiak pun tapi nak hutang rumah pun tak mampu...

kita kena bersyukur, tapi tulah kan duduk dalam istana pun kalau dikhianati? tak bermakna jugak...

.