Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, January 19, 2018

Kehilangan kad pengenalan, kecuaian adalah kos!


Image result for denda hilang ic kali pertama


Seminggu lebih saya risau mengingatkan kehilangan kad pengenalan saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali kehilangan kad pengenalan, dan biasanya saya temuinya semula selepas saya mendapat kad pengenalan baru. He he he.

Namun kali ini saya bimbang didenda dengan jumlah yang banyak sebab kadar denda baru adalah mahal bagi saya (yang tidak ada banyak duit). Saya hubungi Jabatan Pendaftaran Negara. Melalui telefon saya diberitahu kadar denda yang baru  tersebut sudah tak main`puluhan', dia main `ratusan' dan `ribuan'.

Saya hilang kad pengenalan akibat saya tidak letakan semula ke dalam dompet setelah mengeluarkannya.

Saya anggap RM100 adalah besar pada zaman ini. Maksud saya dengan harga barang naik kiri kanan, RM100 itu banyak kesannya.

Tiba-tiba saya jumpa kad pengenalan itu dalam beg lap top saya. Baru saya ingat saya letak di situ. pelik kan?

Saya harap pembaca blog ini berhati-hati kerana kecuaian adalah kos.

Sharifah Aini ‎– Pilihan Sentimental Emas, 1988, 2017.



Pilihan Sentimental Emas


Sharifah Aini ‎– Pilihan Sentimental Emas


Label:
EMI ‎– 5764080, Universal Music Malaysia ‎– 5764080
Format:
CD, Compilation 
Country:
Released:
Genre:



Kak Pah telah menyanyikan lebih dari 700 buah lagu. Jadi Kak Pah mungkin artis yang paling banyak mempunyai album kompilasi (kena buat kajian ni). Dan salah satunya ialah album ini, yang diterbitkan semula pada tahun lepas 2017. Kali pertama diterbitkan pada tahun 1988.

Ini adalah album Kak Pah saya yang terbaru. Saya membelinya di Lazada. Sebelum itu saya mencarinya di Giant Kuantan - tak ada, di Kuantan Perade - tak ada dan di Megamall Kuantan - juga tak ada.

Saya memgetahui kewujudan album reissue melalui sahabat Adnan. Beliau menghantar cover album ini di geruk wasap kami. Dan saya jadi panas punggung. He he he.

Terdapat 12 lagu dalam album ini. Tentulah sukar untuk memilih lagu sentimental dari nyanyian Kak pah kerana bagi saya terlalu banyak lagu-lagu Kak Pah yang boleh dikatogerikan sebagai `pilihan sentimental emas'. Sebabnya mudah, banyak lagu yang sentimental bertaraf emas berlian. Intan.

Saya ingin membuat kupasan ringkas tentang lirik lagu. Kupasan Tracklist 6 lagu terawal:

1. Mengharap Cintamu (5:15)

Lagu ini dari albun `Kasih' yang diterbitkan pada tahun 1987. Dari tajuk lagu kita sudah mengetahui bahawa ia adalah mengenai sebuah hati yang mengharapkan cinta. kapada yang terlibat dengan cinta-cinta, mereka mungkin lebih memahami lirik ini.

Mengharapkan cinta adalah sesuatu yang tidak menyenangkan. berdiri salah duduk pun salah. Ada perasaan hati di mana ada unsur kekecewaan dalam diri akibat mengharapkan buah yang entah gugur entah tidak. He he he.

Dia tahu perasaan mengharap itu seolah tersepit di rimba, kaki dicucuk duri dan atas kepala pula seolah ada timbunan bara. tapi itulah, dia terus mengharap. He he he.


2. Tiada Maaf Bagi Mu (4:27)

Lagu ini adalah antara 10 buah lagu Kak pah yang saya amat minat. Ia seolah kisah hidup seorang sahabat saya. Dalam lagu ni apabila hati sudah hancur ia tidak akan dapat dipulihkan lagi. dan lebih parah lagi dia tidak tahu apakah salah dia...

Dalam lagu ini dia tidak kecewa tetapi apabila kekasihnya datang kembali memohon maaf darnya. Dia tak sudi memandangnya apatah lagi memaafkannya. malah dia menghalau kekasihnya dengan kata-kata "Jangan menyelas kerana cinta bagiku sekali'.

Apabila mendengar lagu ini, saya rasa sedih. saya pernah menangis bila mendengar lagu ini. Saya menitiskan air mata sambil menyumat donat ke mulut disulami air nescafee.


3. Malam (3:10)

Ada beberapa lagu Kak Pah yang bertajukan `malam". Antaranya `Seri Dewi Malam', `Tiga Malam', `Selamat Malam', `Di Malam Persandingan',` Halimunan Malam', `Malam Gelisah', `Tangisan di Malam hari', `Aku dan Malam' `Laguku Malam ini' dan lain-lain.

Mungkin malam merupakan masa yang sesuai untuk jiwa bergelora. manusia mungkin makin sensitif pada malam hari. dalam cerita `it come at night pun segalanya bermula apa bila malam.

Lirik lagu ini mengisahkan perasaan yang dialami apabila menjalang malam. perasaan gelisah itu akibat dari kekasih hatinya yang mati pada tengah malam. sebab itulah antara liriknya dia menuduh malam sebagai `kejam'.

Malam itu dipersonofikasikan sebagai kejam dan membunuh.


2.  Hati Seorang Kawan Baru  (5:15)

Lagu ini pernah dibawa oleh Hetty Koes Endang. Lagu Indonesia ini sangat merdu didengar. Apabila dibawa oleh Kak Pah, sukalah hati saya.

Lagu ini pelik. Kisahnya sebuah perasaan pada kawan baru. terpikat dengan wajah dan keterampilan. lalu diluahkan segala perasaan rindu dan mimpi.

Dan dia terus menanti jawapan dari kawan barunya. Tetapi kawan barunya hanya `saya anggap awak hanya kawan baru'. malu kan. He he he.

Tetapi hati yang sudah terpaut itu terus merayuu...menanti he he heh



5. Bayangan  (4:15)

Lagu `Bayangan' ini saya sifatkan sebuah lagu yang bertemakan `gila bayang'. Apabila kita bercinta bayangan wajah kekasih kita akan hadir dalam jiwa kita. Dan jiwa kita rasa resah dan merintih. Kita cuba halau tapi tetap menjelma...He he he.

Kadang-kadang adakah hanya kita saja yang bercinta? Kerana bayangan ini tetap bayangan.


6.  Hapuslah Airmatamu   (5:15)

Lagu ini adalah tajuk filem `Hapuslah Airmatamu (1976). Khabarnya ia adalah filem pertama yang berjaya melepasi tayangan selama sebulan sejak tayangan filem-filem P Ramlee. Katanya kutipan sampai RM200,000 lebih. Kutipan ini besar kerana pada masa tersebut RM10,000 pun `purchasing power' dia tinggi.

Ini liriknya


Dengarlah bisikan hati
Untukmu yang tersayang
Walaupun apa terjadi
Tiada perpisahan

Itulah janji-janjinya
Yang tak mungkin berubah
Tiada perpisahan
Yang akan terjadi

Tiada rintangan baginya
Yang dapat memutuskan
Begitu setia janjinya
Pasangan yang bercinta
Walaupun apa terjadi
Kan cuba di atasi
Begitulah…
Janganlah bersedih

Hapuslah air matamu
Usahlah kau bersedih
Tiada penyesalan
Yang insaf bagimu…

Tiada rintangan baginya
Yang dapat memutuskan
Begitu setia janjinya
Pasangan yang bercinta
Walaupun apa terjadi
Kan cuba di atasi
Begitulah…
Janganlah bersedih

Hapuslah air matamu
Usahlah kau bersedih
Tiada penyesalan
Yang insaf bagimu…


Bagi saya, lirik lagu ini seolah lirik nasihat dan dalam masa yang sama ia adalah menceritakan hakikat.

Saya tidak reti nak ulas lagu ini tetapi bagi orang yang bercinta tiada rintangan bagi mereka. tiada apa pun yang dapat memutuskan cinta mereka kerana setia janji orang yang bercinta... Walaupun apa yang terjadi mereka cuba atasinya...

Entah... dengarlan sendiri dan ulas jika ada blog.

Lagu ini mungkin nasihat kepada seseorang yang tak insaf-insaf tentang maha besarnya nilai sebuah cinta... Weak..

Saya amat minat lagu ini...lagu untuk diri saya.

Pulak...



Tuesday, January 16, 2018

Farid Kamil, manusia biasa dan juri tetap



Farid Kamil tampar polis, positif ganja dan masuk lokap. Itu berita yang saya dengar dan lihat di teleysion, saya tidak memegang handphone 24 jam.

Saya ambil kisah sebab dia Farid Kamil. Kalau Fatah Amin saya buang kisah.

Sudah lebih 10 tahun saya meminati lakonan Farid Kamil. Saya lihat dia pandai berlakon, menghayati watak. Lakonannya bukan macam tiang elektrik atau tiang jamban. Saya boleh nampak disiplin dan kesungguhan dan harapannya dalam bidang seni. Dan saya ke panggung untuk menonton Tombirio adalah kerana dia dan Faizal Hussin. Bukan kerana Zul Ariffin.

Saya tidak suka tema dalam filem-filem lakonannya pada peringkat awal, tetapi selepas Anak Halal (2007), dia semakin buktikan dia boleh berlakon dan akan jadi hebat. Jika ada skrip cerita yang bagus, dia boleh jadi yang terbaik antara yang kita ada. Dia sudah ada ilmu dan kesungguhan. Ini terbukti dalam filem Tombirio, dia sangat hebat sekali, sama hebat dengan Faizal Hussin.

Berita penahanannya bukan sekadar berita penahanan orang biasa, dia adalah Farid Kamil. Jadi di internate banyak pandangan sama ada positif dan negatif. Kencaman juga ada, dan beberapa gambar beliau yang kelihatan mengaibkan juga dikeluarkan. 

Farid Kamil mungkin tertekan. Tekanan itu mungkin datang dari banyak perkara. Dia bukanlah secara semula jadi berkarektor yang negatif. Mungkin dia kelihatan agak kerek jika kita tidak mengenalinya tetapi dia jenis orang yang boleh kita berbual dan ajak minum-minum kopi... dia sangat ok.

Kita boleh hukum seseorang tetapi mengaibkan seseorang bukanlah suatu cara terbaik dalam kes ini.  Kita terlalu sibuk hendak masuk celah kain orang dan mahu bercerita. jangan kita lupa orang yang jatuh boleh bangun dan duduk lebih tinggi daripada kita. Orang yang kita hina boleh jadi jauh mulia dari kita nanti. Banyak kecaman juga menunjukan masyarakat kita seolah sudah jadi juri tetap untuk slot menuduh dan menghina.

Mungkin hari ini hari dia, dan mungkin esok lusa kalaupun bukan hari kita hari anak-cucu kita pula...

Jom, kita doakan yang baik-baik

Image result for filem pertama farid kamil
Bercintalah sampai mati, jangan ada perpisahan seperti diriku...



Abang Jan: The truth is technology in media nowadays is killing us...

Awan yang cerah...

Dua tiga hari ini awan cerah. Seolah banjir sudah berhenti.

Saya memandang langit dan tersenyum sebelum masuk ke kerata. Saya mahu menuju kerja...tempat kerja.

Walaupun perjalanan hanya mengambil masa selama lima minit, pemikiran saya membawa kepada beribu perkataan dan ke merata tempat dan deminsi. Salah satu perkara yang unik tentang otak kita ialah ianya bebas. Bebas kita berfikir apa sahaja. sangat bebas...namun kitalah mengawalnaya...

Hidup ini adalah keperluan, cinta adalah pilihan dan kematian adalah pasti... Saya berfikir mengenai tiga perkara tersebut.

Saya tidak dapat lari dari berfikir dengan banyak mengenai perkara yang pada orang lain hanyalah kecil. Sebagaimana saya fikir perkara yang difikirkan oleh orang lain adalah kecil walaupun besar bagi mereka...

sampai di tempat kerja saya lihat awan cerah...saya mesti positif...


Monday, January 15, 2018

Dunia IKEA seorang kawan baru... dan dunia pantang kawan saya.


Sekarang saya rasa gembira sebab saya ada seorang kawan muda yang boleh uruskan pembelian saya dengan IKEA. Saya jarang ke IKEA. Rasanya sudah bertahun-tahun tidak ke IKEA. Mungkin lebih dari lima tahun. Saya asyik tatap katelog sahaja, memanjang...

Paling akhir saya kirim hanger kayu dengan Adnan. Kebetulan dia hendak ke IKEA...

Namun tahun 2017 nan lalu menemukan saya dengan seorang kawan yang sanggup membeli barang IKEA untuk saya, tanpa apa-apa bayaran tambahan. Saya terharu. saya gembira.

Saya mengenalinya lebih dari 10 tahun tetapi beliau tidak menjadi kawan saya. Dia adalah kawan kepada bekas kawan saya. Sebelum ini kami tidak berhubung dan kami tidak rapat. Setelah bekas kawan saya tersebut menjadi `bekas', maka kami mula rapat.

Saya mengumpat selamba sahaja bekas kawan saya tersebut di hadapan dia.  Adakah patut? He he he.

Image result for sharifah aini
Add caption

Saya selalu juga berfikir alangkah gembiranya kalau dapat jumpa Kak Pah. Mungkin pada masa tersebut dunia ini tidak ada cerita untuk ketemukan kami. Kawan saya ini sangat istimewa kerana jika arwah Datuk Sharifah Aini ada, dia dapat kenalkan saya kepada arwah. Namun sudah tidak ada rezeki kerana kami lambat berkawan...maksud lambat bertemu sebagai kawan.

Namun saya tetap bersyukur.

Setahun nan lalu (yang nan lalu) juga saya mendapat seorang kawan yang sudah bertaraf warganegara emas. Dia juga sangat istimewa sehingga saya bertanya kepada tuhan kenapa kami tidak bertemu lebih awal. Saya dapat rasai perkenalan kami akan berpanjangan kerana masing-masing berkawan atas dasar berkawan.

Dia dapat buat saya tersenyum. Dia juga selalu kata mengapa saya tutup hati saya untuk sayangi orang? Dan banyak soalan lain lagi...

Kawan saya ini penuh dengan pantang larang dalam hidupnya. Namun saya tidak kisah sebab kadang-kadang pantang larangnya agak melucukan. Contohnya tidak makan ikan besar, tidak makan ikan lembik, tidak boleh tidor dalam cerah, hari jumaat tidak boleh keluar sebelum sembahyang jumaat dan banyak lagi pantang-pantang yang melucukan saya. He he he.

Image result for ikan aji aji
Ikan aji-aji lembik...(amberjack)


Terima kasih untuk kamu kerana sudi hadir pada hayat-hayat terakhir ini...



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home