"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, January 16, 2018

Farid Kamil, manusia biasa dan juri tetap



Farid Kamil tampar polis, positif ganja dan masuk lokap. Itu berita yang saya dengar dan lihat di teleysion, saya tidak memegang handphone 24 jam.

Saya ambil kisah sebab dia Farid Kamil. Kalau Fatah Amin saya buang kisah.

Sudah lebih 10 tahun saya meminati lakonan Farid Kamil. Saya lihat dia pandai berlakon, menghayati watak. Lakonannya bukan macam tiang elektrik atau tiang jamban. Saya boleh nampak disiplin dan kesungguhan dan harapannya dalam bidang seni. Dan saya ke panggung untuk menonton Tombirio adalah kerana dia dan Faizal Hussin. Bukan kerana Zul Ariffin.

Saya tidak suka tema dalam filem-filem lakonannya pada peringkat awal, tetapi selepas Anak Halal (2007), dia semakin buktikan dia boleh berlakon dan akan jadi hebat. Jika ada skrip cerita yang bagus, dia boleh jadi yang terbaik antara yang kita ada. Dia sudah ada ilmu dan kesungguhan. Ini terbukti dalam filem Tombirio, dia sangat hebat sekali, sama hebat dengan Faizal Hussin.

Berita penahanannya bukan sekadar berita penahanan orang biasa, dia adalah Farid Kamil. Jadi di internate banyak pandangan sama ada positif dan negatif. Kencaman juga ada, dan beberapa gambar beliau yang kelihatan mengaibkan juga dikeluarkan. 

Farid Kamil mungkin tertekan. Tekanan itu mungkin datang dari banyak perkara. Dia bukanlah secara semula jadi berkarektor yang negatif. Mungkin dia kelihatan agak kerek jika kita tidak mengenalinya tetapi dia jenis orang yang boleh kita berbual dan ajak minum-minum kopi... dia sangat ok.

Kita boleh hukum seseorang tetapi mengaibkan seseorang bukanlah suatu cara terbaik dalam kes ini.  Kita terlalu sibuk hendak masuk celah kain orang dan mahu bercerita. jangan kita lupa orang yang jatuh boleh bangun dan duduk lebih tinggi daripada kita. Orang yang kita hina boleh jadi jauh mulia dari kita nanti. Banyak kecaman juga menunjukan masyarakat kita seolah sudah jadi juri tetap untuk slot menuduh dan menghina.

Mungkin hari ini hari dia, dan mungkin esok lusa kalaupun bukan hari kita hari anak-cucu kita pula...

Jom, kita doakan yang baik-baik

Image result for filem pertama farid kamil
Bercintalah sampai mati, jangan ada perpisahan seperti diriku...



Abang Jan: The truth is technology in media nowadays is killing us...

No comments:

.