Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, December 8, 2010

Nasi basi...



Kata mak saya " Jika semalam kita termakan nasi basi, kenapa kita mesti ingat lagi?" Mak saya beritahu dia ada baca hal tersebut dalam buku `Jangan bersedih' . Buku yang famous dan dicetak berjutaan...


Buku tu saya beli untuk mak saya. Saya beli kat kedai buku popular juga tapi gambar di atas saya ambik di internate. Mak saya suka baca buku berunsur agama, berbeza dengan saya, he he he. Saya suka buku ekonomi dan hiasan dalaman...dan luaran...?
"Emmm...tok kena ke dia, kalu kena ke dia tentu dia sedih jugak..." Saya beritahu mak saya.



Jan: He he he

Saya tak boleh tinggal...

Saya tak rock mana zaman persekolahanwalaupun zaman tu zaman rock giler...seluar sekolah nak tanggalkan kena guna plastik, rambut ala rock juga, panjang... Sekarang rambut remaja lelaki macam perempuan, macam Zac Efron. Tapi rasanya lebih kemas dan menarik kan...
Ramai kawan-kawan baik saya sangat rock. Kawan baik saya zaman persekolahan adalah rocker. Ada juga kawan saya yang kena panggil iblis dek pengetua sebab terlalu rock, he he he.
Saya suka Search dan Wing, juga Lehanded... Febians dan Bumiputra Rockers. Tapi tentulah saya paling suka Search...
Seorang kawan rock saya bertanya saya... Kenapa saya lain daripada kawan-kawan saya yang lain...katanya kenapa saya beli kaset Sharifah Aini dan Sheila Majid, tak rocklah katanya (masa tu pertengahan tahun 80an)...
Memang saya suka rock tapi saya tak boleh tinggal Kak Pah dan saya suka Jazz...he he he.
Jan: He he he, ada ke dia kata saya lain daripada yang lain...


`Terbeli' LCD...



" Saya nak yang 32 inci, tapi nak full HD, nak ada boleh masuk pen drive, boleh tengok gambar dari kamera dan juga boleh buat komputer, main playstation" Saya beritahu jurujual tersebut...



Memang saya ke East Kost Mol hanya nak beli perem gambar dan baju kerja. Tetapi takdir mengatasi segalanya, saya terbeli LCD. Tapi memang dah setengah tahun Tv saya rosak. Nasib baik kawan saya beri tv beliau yang berukuran 14 inci.


Semasa jurujual tersebut nak terangkan bagaimana nak operate LCD ni saya beritahu dengan berhemah, " Tak payahlah terangkan. Saya ni jenis tau petik suiz je, pasang tak reti. Jangan bimbang nanti ada la orang yang akan tolong pasangkan" Kata saya sambil terbayang wajah Ja (Khairul Nizam Surbaini).


Oh ya...hari tu saya terlupa beli perem gambar dan baju kerja. He he he.

Jan: Harap tahun depan dapat beli lap top, lama dah mengidam...tapi tak mampu dan takut...

Asal pokok bongok saya...

Ni pokok dalam pasu, abang ipar saya nak beri pada saya. Oleh kerana saya tahu pokok ini mahal di pasaran, saya setuju. Harganya mencecah ribuan ringgit. Katanya kalau yang kecil pun harganya sampai RM400.

Saya sewa van dan pekerja, angkat dan tanam pokok ni. Mereka adalah pekerja di sebuah nurseri di Muadzam. Mereka datang dari Muadzam semata-mata untuk proses ini. Pokok tu berat walaupun hanya sebatang...



Saya harap pokok ni tumbuh subur... tapi saya dapati banyak pulak semut dan hama yang ada pada pokok ini. Saya dipesan abang ipar supaya spraynya....dengan racun serangga.



Pokok ni jenis ekzotik... Ada ditanam kat hotel atau spa yang ala Bali. Pokok ni manja sikit sebab jenis paku pakis. nampak tak cantik mana kan, tetapi seninya yang hebat. Payah saya nak hurai.




Nanti saya akan perindahkan pokok ini...saya dah ada design di kepala...tetapi simple jea...saya nak atur jokong (batu-bata), batu putih dan batu hitam dan... Nanti cantiklah di pandang mata....


Jan: he he he. perasan never ending...


Rumah atas bukit...

Pada zaman persekolahan saya, saya bukanlah pelajar yang bijak. Pernah di dalam kelas, ustad tanya saya " Sukiman, bila musim haji tiba? "
" Bila ada panggilan baitullah, macam dalam tv ". Saya jawab dengan yakin. Dan muka ustad bergigi emas tersebut nampak keruh...he he he. Sebab masa tu dalam tv memang ada rancangan haji, siap dengan lagu-lagunya.
Seingat saya, saya menjadi ketua kelas daripada tingkatan satu sampai tingkatan 5. Jadi pengawas perpustakaan dan AJK kelab kerjaya. Ramai undi saya walaupun saya rasa saya bukannya handsum sangat. Tetapi tu mungkin lambang saya orang yang baik, walaupun saya tak ramai kawan, para pelajar suka kat saya (walaupun saya mungkin bukan kawan mereka...pelik...)
Satu kepelikan saya ialah saya risau jika kawan saya tak study, suka main atau dapat result rendah. Saya tak study dan dapat resut yang rendah tak apa...he he he.
Pernah saya bagai nak menangis menasihati `kawan' saya supaya belajar rajin-rajin. Sebab kami berjanji nak buat rumah atas bukit. Kami kena rajin-rajin belajar, cari duit dan buat rumah atas bukit...kami akan hidup berdua, bahagia...ada rumah besi dan kaca yang indah...
Jan: harapan dan impian kami terpukul, berkecai....oleh hidup di dunia yang nyata...

Penasihat perniagaan?

" Saya rasa elok taukeh perbanyakan perabut warna putih, sekarang tereng (trend), ramai suka" Saya beritahu pembantu taukeh cina tersebut. Hujung minggu lalu saya ke kedai perabut nak beli rak buku yang simple tapi MESTI putih.


" Ada oder... tapi sampai macam ni jea, warna kayu, hitam dan coklat".


"Tolak lah oder, suruh mereka cari juga. cari biar dapat. ramai yang suka perabut putih. Kalu awak nak untung lea... Sapa nak beli kalau tak warna putih" Saya pulak bagai penasihat pernigaan, he he he.


Saya berlegar sekitar kedai. Cuma ada satu saja rak yang saya boleh letak buku, harganya RM499. Yang lain warna koko dan hitam...tapi yang ni putih dan ringkas, saya suka.


" Ni simple sangat, tapi saya tak naklah berukiran sarat, saya nak bawa beberapa buah buku daripada Muadzam, nak letak rumah baru saya di Indra sempurna" Saya beritahu pembantu taukeh tadi walaupun dia tak tanya, walaupun dia tak kisah dan dia tak peduli pun, he he he.


Dan sebenarnya bukan rumah baru sebab dah dua tahun dah usia rumah tersebut...



Akhirnya tersadai juga...he he he

Jan: putih nampak bersih...

kerana saya sangat bagus...

Saya kena terima hakikat. Bukan kerana sudah sampai masanya. Bukan kerana sepatutnya begitu (sepatutnya seorang manusia terima takdir? he he he). Bukan kerana saya redha atas apa yang berlaku. Bukan kerana hati saya sudah tenang...bukan! bukan! dan bukan!
Saya kena bangun. Betul-betul bangun pandang dunia yang luas...Huh!. KERANA? Kerana saya bagus! He he he... kerana saya sangat bagus...
Emak saya sms saya beritahu yang dia sudah pergi jumpa tok guru (guru agama) di kampung untuk sembahyang hajat supaya hidup saya terurus. He he he. Mak saya bertemankan kawan baik dia ke rumah tok guru tersebut. Dan mak saya kata tok guru/tok iman tu akan sembahyang hajat untuk saya tiap-tiap malam...he he he.
Saya rasa tak ada apa-apa yang tak kena dengan diri saya. Cuma dah setahun saya tak beli tupperware, dah setahun saya tak masak, dah setahun saya merokok dengan tegarnya... saya okey jea. Orang lain yang tak okey kot, he he he...
Mungkin mak saya tengok bilik tidur saya, dapur saya atau bilik air saya. Itu semua kerana saya sibuk, tak sempat berkemas. Malas. Dah berbulan tak kemas. Saya sibuk. Kalau minum pun ambil gelas dalam sink basuh dan minum (minum air dari paip sink), he he he.
Atau kerana saya suka termenung. Memanglah saya suka termenung sebab bila termenunglah otak jalan sikit... saya nak buat novel tajuk `puaka!, kau jahanam 18 kali!!!'
Atau kerana anak saudara-anak saudara saya beritahu saya dah tak `fun' macam dulu? He he he. Ah jangan bimbanglah...mungkin di hadapan saya ada rahmat menunggu, ada rahmat...
he he he, besar. Sebesar dunia...
Cuti maal hijrah tersebut, saya pun berhijrah jugak... Saya mula kemas rumah (tapi tak cukup sehari, rumah macam store... tapi nak buat kek dan tom yam, saya dah lupa caranya...he he he. tapi hidup kan macam roda....(orang kata)...tak kanlah saya nak ok 24 jam sepanjang hayat. He he he.
Jan: kepada tok iman tersebut, saya tak apa-apa pun...(i'm okey, but, just do your job, he he he) hu hu hu.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home