Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, October 29, 2010

Secebis Impian: Tema dan persoalan

Apakah itu tema? Apa beza pulak dengan persoalan?
Kefahaman saya tentang tema adalah fokus cerita secara dasar. Maksudnya cerita itu mungkin mempunyai tema percintaan, peperangan atau tema persahabatan. Manakala persoalan pula lebih kepada cangkupan yang lebih detail. Contohnya dalam tema persahabatan mungkin ada persoalan mengenai `kesetiaan', `kejujuran' `pengorbanan` dan `khianat'.
Maknanya tema satu sahaja, persoalan adalah pelbagai...ada banyak.
Bagi saya tema novel ini adalah mengenai perjuangan. Perjuangan yang saya maksudkan bukannya yang angkat senjata menentang musuh tetapi perjuangan untuk kelangsungan hidup. Watak utamanya iaitu Johan berjuang untuk mendapatkan kehendak hati dan juga berjuang untuk kehendak masyarakat yang terhimpit.
Kepada saya (kepada orang lain tak tahulah) kekuatan cerita ini ialah kerana kelainan tema yang diutarakan, biasanya kalau novel banyak yang tentang cinta yang tak sampai, kena kencing atau anaiya... itulah yang menjadikan novel ini lain.
Banyak persoalan di dalam novel ini. Bila kita baca novel kita tak boleh pisahkan novel tersebut dari dunia nyata dan dunia fikiran kita yang kita lalui. kalau ada orang yang kata kita ni jenis `jiwa' atau `lara' sebab baca novel, boleh kita tampar dia secara lembut 2 kali!. Maksud saya kita boleh relatekannya (novel tersebut) dengan pengalaman kita atau apa yang berlaku di sekeliling kita. Kat negara barat, ada ditubuhkan kelab novel lagi, iaitu semua ahli baca sesuatu novel dan selepas tu berjumpa dan mengupas novel tersebut secara santai... Kita kalau berjumpa mesti nak mengumpat....he he he.
Saya ambil satu contoh persoalan mengenai semangat kita yang hilang apabila kita menerjah ke dunia nyata. kalau kat universiti dulu bukan maik, bila dah lepas universiti kita jadi lain. Saya terasa tertampar dan turut tersenyum apabila membaca kata-kata Syafik (temanserumah Johan) kepada Johan (muka surat 134):

" Kau terlalu berpegang pada idealisme kau, Johan. Ramai orang macam kau, aktif cuma semasa di kampus, tapi bila dah dapat kerja bagus penghidupan bertambah baik, semua yang diperjuangkan masa di kampus berkubur begitu aja. Apa lagi jika sing malam sibuk dengan komitmen lain. Masa tu kau tak kan ada masa nak fikirkan tentang masyarakat, tentang orang susah. Anak isteri, tugas mengisi perut, mengejar pangkat, harta dan segala kemewahan menjadi agenda utama".

Terkenang pula kepada seorang kawan saya yang memang aktif semasa di universiti, siang malam berpesatuan dan berpidatu berbahas sana-sini. last-last selalu tiru jawapan tutorial saya. Saya ingat lagi saya disindir oleh beliau kerana katanya saya ni jenis asyik baca buku dan nak makan sahaja.
Pada masa tersebut tanpa segan silu dia berkempen di kantin di fakulti. Orang lain sedang makan. Saya tak tolong dia, saya makan jea sambil melihat dia berpidato. Tapi kini saya tahu lepas kahwin dia kena queeng kontrol, he he he. Kata-kata isterinya pun dia tak dapat patahkan. Tuhan lebih mengetahui...
"Buat apa berkawan dengan Sukiman, dia tu tak kawin. Awak tu ada anak isteri". Begitulah kata-kata bininya apabila saya mempelawa beliau ke Pesta Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur. Saya tahu hal tersebut sebab dia sendiri yang memberitahunya, he he he. Tak sangka saya semasa di UM dulu dia begitu berkarismatik tetapi sekarang nak ke pesta buku pun kena mintak izin, he he he.
Kita kembali kepada novel secebis impian. Saya ni kalau dah mula bercerita selalu terbabas... Kita kembali kepada Johan. Beliau duduk rumah setinggan semasa belajar di Universiti Malaya (sama dengan saya yang pernah juga pernah duduk setinggan semasa belajar di Universiti Malaya, kena buang asrama sebab tak aktif). Di sinilah Johan terlibat dengan perjuangan orang setinggan. Kita akan diheret kepada persoalan pembangunan dan apa yang kita kena `bayar' apabila mahukannya.
Dalam kehidupan kita ni memang kita kena berjuang dan rela susah. Adaptasikan diri dengan kesusahan. Semasa belajar Johan hanya memiliki motor sahaja sedangkan kawan-kawannya ada yang berkereta kerana terdiri daripada anak orang kaya. Jika kita anak orang miskin tetapi berkeinginan nak hidup senang macam anak orang kaya. Itu salah, tak sedar diri namanya. Adik-adik di kampung beriok banyak bersusun paku. Tulah yang menyebabkan akhirnya kita jual diri tanpa kita sedari... kita jadi hina.
Jan: persoalan demi persoalan menerjah mindaku...namun? Namun ku tetap makan nasik dengan banyaknya. he he he.

Thursday, October 28, 2010

Ulasan Buku: Secebis Impian, watak dan perwatakan

Cover novel...
Apabila mendengar lagu, telinga saya lebih gemarkan alunan suara perempuan. Namun apabila membaca buku minda saya lebih terdorong kepada karya penulis lelaki. Itulah saya. Saya sambar buku ini kerana mahu melihat sejauh mana penulis lelaki dapat menggambarkan sesuatu yang halus. Mungkin perasaan apabila berhadapan dengan konflik berkasih sayang. Saya ingatkan/menduga `secebis Impian' adalah impian seorang perempuan/gadis untuk hidup bahagia. Cover novelnya pun ada seorang gadis tersandar di sofa, pasrah.
Ternyata tanggapan saya meleset 100 darjah kerana watak utamanya ialah lelaki diberi nama Johan, dan ianya bukan sebuah novel cinta.
Watak utamanya merupakan seorang mahasiswa Universiti Malaya. Perwatakannya sempurna, persis watak hero dalam novel-novel lain. Contohnya berpandangan jauh, rela berkorban, sayang ibu, perihatin masyarakat miskin, suka baca buku dan lain-lain yang positif.
Sebagai watak utama dia diacukan oleh penulis dengan menghadapi pelbagai konflik. Contohnya dia terpaksa bayar hutang bank abangnya sebab menjadi penjamin (dan abangnya yang teruk perangai juga mahukan geran tanah rumahnya di kampung). Dia selalu berhadapan dengan abangnya yang pentingkan diri.
Juga konflik yang lahir apabila dia memperjuangkan keadilan bagi kawasan setinggang yang mahu dijadikan tapak pembangunan perumahan. Para setinggang bergantung harap pada Johan agar dapat menolong mereka yang terpaksa dipindahkan.
Kita akan rasa simpati terhadap watak Johan sebab sepatutnya dia kosentrekan kepada pelajaran tetapi terpaksa menghadapi pelbagai dugaan. Pada satu tahap kita dapat rasakan Johan jadi sedikit serba salah, tertekan dan keliru. Semasa baca novel ini saya naik geram jugak sebab Johan asyik sabar je... Kalau saya, saya tampar Junid 8 kali, Datuk Mokhtar 4 kali...
Berbeza dengan saya yang pasif dan hanya pernah jadi AJK Kebajikan Asrama semasa di Asrama Kediaman Seksyen 17, watak Johan merupak seorang yang aktif dan berpengaruh berpersatuan sehingga ke peringkat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Malaya.
Saya suka watak Johan cuma kalau boleh dilebihkan lagi watak Johan secara fizikal. Tidak diterangkan secara detail jadi payah untuk saya mengamati dan mengenali Johan dengan lebih mendalam. Kalau kita menulis novel mungkin bagus kita gambarkan watak utama tersebut secara terperinci biar pembaca rasa `kenal' jea dengan watak tu.
Dalam novel saya (novel yang terbengkalai) yang bertajuk `Iskandar Mawar 8' saya lukiskan watak Tengku Iskandar dengan detail. Saya detailkan penerangan sehingga ke urat biru yang bergerak yang kelihatan di dahi Iskandar apabila dia tersenyum, dan juga warna biru kehijauan bekas cukuran misai dan janggut Iskandar apabila dia bercukur. Saya amat teliti dalam pelukisan watak secara fizikal sebab saya mahu pembaca kenal rapat dengan watak tersebut. Saya sisipkan sedikit sana sini sifat fizikal watak contohnya tinggi rendah, warna kulit, gaya rambut wahima bentuk hidungnya. Lihat petikan novel saya yang terbengkalai yang saya cut and pastekan di bawah...
4.WAJAH KESAYANGAN HAMBA (Bab 4, m/s ke 16)
`Rasa rindu hati ini, tuhan sajalah yang tahu’ Bisik hati Hasmah. Dia memandang ke arah gunung ganang yang menghadap hijau di hadapannya. Suasana yang indah dan nyaman itu kemudiannya mengheret dirinya ke suatu daerah yang usang tetapi tidak asing. Musim pertemuan dulu, harumnya masih terhidu. Perpisahan dalam apa jua bentuk adalah suatu yang menyakitkan, menghanyutkan dan akhirnya membuahkan rasa rindu. Betapa pun berada di dalam kesetiaan perpisahan terjadi, seraut wajah yang disayangi mustahil dihapus...
Raut wajahnya yang jernih itu sukar untuk dilupakan. Mukanya bentuk panjang. Keningnya lebat dan hitam. Matanya jernih, bulat dan kuyu. Bulu matanya lebat dan lentik sedikit. Kulit mukanya licin dan putih, kadang-kadang dapat dilihat ada urat biru pada dahinya akibat kulitnya yang putih itu. Hidungnya mancung tetapi lubang hidungnya besar sedikit. Misainya yang lebat selalu dicukur rapi dan begitu juga janggutnya tetap dicukur elok. Apabila bercukur, bekas misai dan janggutnya meninggalkan kesan warna biru kehijauan. Bibirnya bawahnya lebih besar berbanding bibir di atas. Giginya jenis panjang dan salah satu gigi hadapannya ada tanda. Bila dia tersenyum macam gaya orang tua, persis ayahnya.
"Aneh sungguh kehidupan ini, sesuatu yang kita tidak milikilah selalunya sesuatu yang kita mahu, yang mahu kita miliki. Kalaulah kehidupan ini dapat memenuhi kehandak hati manusia… ah mustahil" bisik hati Hasmah lagi sambil menyuap konekto (perasa vanilla) ke mulutnya.
Perenggang di atas (yang masih dalam edit) mengambarkan usaha saya dalam memperkenalkan watak Tengku Iskandar yang digilai Hasmah. Saya cuba perincikan bagaimana rupa Tengku Iskandar yang di gilai Hasmah, berbaloi atau tidak terpulanglah kepada pembaca.
Namun novel tersebut tak dapat saya siapkan kerana pada masa tersebut saya telah berpindah ke kerja ke kuantan, saya kehilangan sebahagian disketnya entah ke mana. Dalam disket tersebut ada juga draf novel saya yang bertajuk `Keli dua selubang'.
Jan: he he he...

Wednesday, October 27, 2010

Dia gusar...

" Bahaya ke ngandung tua-tua gini? Bila yea orang puang patut berenti branok...?
Saya tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat, saya suruh dia tanya doktor jea. Saya tak nak bertanggungjawab atas jawapan saya. Saya tahu dia gusar tahap gaban apabila mengandung di usia tua. Marking paper lebih penting bagi saya berbanding dengan kegusaran kandungannya. Tetapi memandangkan 20 tahun dulu dia pernah tolong bindingkan kertas kerja saya, saya layan dia...
Sebagai kawan, saya berikan yang positif sahaja, kata saya " Tak apa beranak di usia matang pun, asal kita sihat". Itulah kata-kata saya wal hal saya memang tak menyokong perempuan beranak di usia tua. Tetapi pendapat peribadi tersebut saya benangkan dalam-dalam. Kalu saya butirkan perinciannya, takut dia beranak depan saya pula. He he he.
Saya guna unsur agama, saya tahu dia akan beli. Saya kata " Insyallah kandungan akan sihat, bacalah surah Yusuf ke, surah Ibrahim ke? Kalau nak dia ada rupa dan tahan goda, bacalah surah Yusuf, he he he" Sempat saya buat lawak.
Namun saya tahu ibu, janin atau bayi akan berisiko...
Jan: tak pernah mengandung...dan tak bercadang, he he he.

Ulasan Buku: Peristiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu - Cina

Cover buku kartun...

Saya sambar (beli) buku ni semata-mata untuk mengetahui sejarah masyarakat majmuk di negara kita. Ketika keadaan perpaduan semakin rapuh ini, saya rasa eloklah kita berpaling melihat sejarah. Sejarah mengajar kita...dari mana kita? dan hendak ke mana kita?. Sejarah mengajar kita menjadi dewasa (rujuk Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim (kini Datuk)).
Buku ini diterbitkan pada tahun 1985. Dan cetakan kedua pada tahun 2007 diterbitkan oleh IBS BUKU SDN.BHD. Saya membeli cetakan keduanya. Harga RM20.
Buku ini ditulis oleh Leon Comber dan diterjemah oleh Omarudin Haji Ashaari daripada buku yang bertajuk 13th May 1969: A Historical Survey of Sino-Malaya Relations, di terbitkan oleh Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.
Pendahuluan buku ini ditulis oleh Tunku Abdul Rahman (Bapak Kemerdekaan kita), di dalam pendahuluan buku ini, Tunku ada mengomen:
" Buku ini merupakan satu-satunya buku yang pernah ditulis yang telah memberi gambaran yang tepat, padat dan jelas mengenai perhubungan orang-orang Melayu dan Cina di Malaysia untuk diikuti oleh orang biasa. gaya persembahan Encik Comber begitu jelas dan menarik, menjadikan buku ini amat mudah dibaca..."
Buku ini setebal 170 halaman tidak termasuk lampiran-pampiran. Ada jadual, peta-peta dan gambar yang berkaitan dengan tajuk. Jenuh juga saya membacanya. Banyak juga bahagian-bahagia yang saya tak berapa faham. Mungkin saya kurang membaca buku sejarah...
Ada gambar Bapa Kemerdekaan kita...

Sukar saya nak gambarkan di sini betapa buku ini mempunyai banyak maklumat mengenai diri kita. Siapa diri kita dan nak ke mana bangsa kita. Ada juga kalanya hati jadi sayu, pilu dan ngeri.
Walaupun buku ini simple, ia boleh dijadikan buku rujukan yang berguna untuk dijadikan panduan atau bagaimana kita harus membina polisi/dasar yang berhubungkait dengan perpaduan di negara.

Buku ini sangat bagus dalam menceritakan menceritakan perjuangan orang dulu-dulu dan kemelut yang mereka hadapi.
 
Jan: Sejarah mengajar kita menjadi...terkilan? he he he.

Friday, October 22, 2010

Kerana laki...

" Kalau ikut saya, saya tak nak beranak dah Man... " kata kawan saya yang seusia dengan saya. Maknanya umur dia dah 40 tahun lebih tapi masih mengandung. Tapi kawan saya ni tak nampak tua mana. Dia pakai krem anti ageing sampai ke jari kaki.
Saya tak tahu siapa yang patut buat keputusan berapa bilangan anak di dalam satu household. Mungkin suami, mungkin isteri. Yang saya tahu tugas beranak bukanlah suatu yang simple dan menyenangkan. Ia suatu cabaran, satu dugaan dan kesusahan.
Namun kawan saya ni taat kepada suaminya...
Jan: Bawak berbincang...

Sedap ke beranak?

" Sedap ke beranak? " Itulah soalan yang terpancul daripada mulut saya apabila sekumpulan kawan wanita saya yang sedang makan pagi membicarakan pasal beranak, bilangan anak dan isi kandungan perut...
Maksud saya bukan proses kelahiran yang tentunya sakit tersebut tetapi proses selepasnya, seangkatan dengannya. Saya tidak pernah menanyakan soalan ini kepada anak dara, sebab mesti mereka akan jawab "sedap". Sebab? Sebab manusia ni sifatnya bila dia tak alami, tak dapat, dia nampaklah nikmatnya...he he he.
Ada kawan saya yang non stop every year beranak pinak. Ada yang anak keduanya dah besar panjang tapi tak menambahkan pengeluaran/output/anak. Saya pula janggal nak tanya, sebab paling akhir saya tanya kakak saya yang tak nak beranak lagi (anak dia ada dua), kakak saya jawab " Abang nok jaga ke?", (Kakak saya panggil saya Abang walaupun saya adik dia).
Selepas proses bersetubuh, adakah proses selepasnya penuh nikmat? Maksud saya mengandung, beranak, berpantang dan menjaga baby yang mahal tersebut.
Masa beranak kata kawan saya banyak putus urat saraf, saya tak tahu pulak dari segi pandangan doktor. Mungkin urat saraf yang kecil kot, kalau urat saraf yang besar contahnya kat leher tentu gila jadinya. Entahlah. Proses pantang pun menyusahkan dan tak menyenangkan.
Jan
: Mungkin tak sedap tetapi kenalah tempuh...(kalau nak jadi ibu).

Wednesday, October 20, 2010

Madah luka Mankisu


" ...walau laut mana direnangi, langit mana meneduhi, bumi mana kau injaki...penyesalan itu akan kau bawa sehingga akhir hayat...aku bersumpah atas kesetiaanku pada setiap matahari terbit dan jatuh..."

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home