Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, October 15, 2008

Tentang tidur 2.

1. Kebimbangan yang mendalam membuatkan saya tidak boleh tidur (insomia).



2. Jika kita bimbang, contohnya sebab ada masalah di tempat kerja atau isteri kita dingin seks atau laki kita buat tak layan (mungkin sedang galak bercinta), anak tak maju dalam pelajaran sedangkan banyak duit melayang bayar kelas tambahan, akibatnya kita tak dapat tidur. Atau bagi yang tak kahwin-kahwin bimbang akan keseorangan sampai akhir hayat...



3. Tak dapat tidur mungkin jugak akibat teringat mengenai kata-kata masyarakat kat kita (contoh, dalam kes andaratu dan antertu tadi) atau dalam kes dah lama kahwin (dah melepasi Rancangan Malaysia yang 5 tahun tersebut) tapi tak dapat-dapat juga anak. Masyarakat mengata.



4. Atau terlalu banyak makan atau minum? Dok nguyah 24 jam. Atau banyak minum kopi (kalau setakat secawan kopi tak akan dapat buat kita berjaga). Tak naklah minum secawan kopi pas tu buat-buat mata segar sebab nak study (selalu berlaku kes ni kat asrama).



5. Mungkin juga boleh disebabkan daripada menahan diri daripada seks atau hubungan seks yang tidak puas?




6. Tempat tidur (bilik tidur) pun memainkan peranan yang penting. Kalu dalam tu disumat dengan macam-macam perabut ia tak mententeramkan. Kalulah boleh bilik tidur tu ada katil saja atau setidaknya dressing table, best kan.



7. Katil pun kena ambik kira jugak. Kena katil yang kukuh dan selesa apatah lagi jika pasangan yang kerap buat seks atas katil (bagi yang pelbagai tempat seperti di ruang tamu atau di dapur tidak terkecuali).



8. Saya percaya katil dan bilik tidur antara yang penting untuk memberi ketiduran yang baik namun jika katil berkaki 6 pun jika kepala kita sarat dengan kebimbangan kita tak dapat tidur jugak kan.



9. Bila tak boleh tidur mulalah buat lawak. Membilang sampai menguaplah, membaca kamuslah, minum susu panaslah (sedikit je bukti perubatan tentang menyokong benarnya dakwaan ini).



10. Mereka sanggup mencuba apa sahaja (kecuali menyelesaikan masalah dalam kepala tu, he he he).



11. Dan paling parah lagi mereka tak boleh tidur kerana mereka ada kebimbangan yang mereka tak cukup tidur, he he he.



12. (Padahal orang jenis macam ni moleklah menganggap diri mereka bernasib baik sebab mempunyai lebih masa untuk berjaga dan buat aktiviti setiap malam berbanding dengan orang yang memerlukan 8 atau 9 jam sehari untuk tidur....)




jan: Sepanjang malamku gelisah...


Tuesday, October 14, 2008

Rumah impian...


1. Saya dibesarkan di dalam sebuah rumah yang sederhana besarnya di sebuah kampung di pantai timur. Rumah itu adalah sebuah rumah batu yang dibina dengan gaya lama yang ringkas. Ayah saya ada mengatakan sebuah rumah mewakili zamannya, dan cara hidup penghuninya.



2. Rumah ini dibina dengan tidak mengikut trend sangat, dan ayah saya percaya rekabentuk yang serdahana itu mampu bertahan dan sesuai untuk semua zaman. Saya selalu berfikiran `kalaulah saya boleh memiliki sebuah rumah seperti itu’.



3. Saya suka tinggal di Pahang, maka memang daripada dahulu lagi saya mahu memiliki sebuah rumah di Pahang. Saya ada beli tanah di Pekan (saya pernah berhajat untuk membina rumah dan tinggal di Pekan), namun apabila Kolej Shahputra berpindah ke Kuantan, setahun kemudiannya saya jual tanah tersebut dengan hati yang sedikit luka.



4. Namun untuk miliki sebuah rumah di Kuantan bukan suatu perkara yang mudah, ibarat nak hilangkan kesan leban di bawah mata atau macam nak jumpa wakil insurans selepas kita beli insurans.


5. Rumah di Kuantan mahal (jauh lebih mahal berbanding di kampong halaman saya, tapi saya percaya ada rumah di kampung orang lain yang lebih murah, he he he). Rumah teres yang dah siap melebihi RM100k (namun ramai juga berpendapat harga rumah di indera mahkota adalah bersesuai dan berpatutan kerana lokasinya dekat dengan bandar malah ia murah berbanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia, pulak dah. Tapi lojik sebabnya kan).


6. Masa zaman riang kanak-kanak saya berimpian mahu sebuah rumah di tepi pantai. Sebuah rumah yang banyak bilik (termasuk sebuah bilik untuk dijadikan perpustakaan dan juga bilik pandang dengar). Kamal ada tanya bilik untuk sembahyang ada tak? Saya jawab sembahyang boleh di mana-mana. Kemudiannya kami berdua setuju hati yang ikhlas paling penting bila mengadap tuhan...


7. Sebuah dapur yang luas, banyak kabinetnya. Kabinet untuk tikus dan lipas pun ada dibuat khas. Bilik tidur saya pula besar, ada sliding door lagi. Bila saya buka pintu pada pagi hari, kononnya haruman ros daripada taman (taman mengadap bilik) menerpa masuk...1000 mawar.


8. Kononnya tepi rumah ada kandang kuda. Saya nak berkuda pagi-pagi di tepi pantai. Sambil berkuda pelan-pelan saya akan mengimbau kisah-kisah silam saya...



9. Saya siap lukis lagi rumah dan plan tu tunjuk kat ayah, he he he.


10. Tapi hakikatnya nak beli rumah banglow tepi sawah pun saya tak mampu, he he he. Kandang lembu pun jangan haraplah. Saya tahu saya tidak mampu nak beli rumah banglow kat Kuantan, saya tak mampu...


11. Namun sekarang hati saya tuhan sajalah tahu. Saya gembira, dan apa yang penting ialah saya belajar bersyukur dan menikmati dengan apa yang saya mampu.




jan: Rumah kecil tiang seribu, rumah besar tiangnya satu...

Rumah saya







Ketika sa a melawat rumah ini, saya amat bimbang kalau rumah ini tak siap. Dan bila rumah siap nanti saya akan bimbang tak mampu bayar, he he he

Tentang tidur...



1. Tidur lebih penting daripada melakukan hubungan seks.



2. Tidur penting bagi setiap orang. Sama ada lelaki perempuan, tua muda, janda duda, kahwin atau tak kahwin (he he he) mereka memerlukan tidur.



3. Pun begitu tidur adalah suatu perkara yang tersendiri. Melibatkan tabiat, keperluan dan perangai kita.



4. Hatta doktor pakar pun tak boleh mengada-ngada menetapkan sebarang peraturan tentang cara kita tidur.



5. Napoleon hanya tidur 4 jam je sehari, bukan itu saja dia boleh bantai tidur bila-bila masa dia nak, hatta semasa peperangan pun.



6. Winston Churchill (Perdana menteri United Kingdom dari tahun 1940 hingga 1945 and sekali lagi tahun 1951 hingga 1955) perangainya suka tidur tiga jam setiap tengah hari, dan molek ada je bekerja berterusan hingga ke awal pagi.



7. Masa saya kat UM dulu, terdengar gossip yang kita tak boleh jumpa dengan Prof Diraja Ungku Aziz waktu tengahari tepat, sebab dia tidur sekejap masa tu.



8. Tun Dr Mahathir pulak tidur sekejap di dalam flight dan secara otomatik selepas itu bila sampai ke negara yg dilawatinya, badan dan otak beliau boleh terus menyesuaikan diri dengan jam negera itu!.



10. Saya pulak awal semester tidur pukul 10 malam bangun pukul 6 pagi, sekarang tidur pukul 1 pagi bangun pukul 5.30 pagi. Bangun pagi kemudiannya gi kerja ada pening-pening sikit (tak cukup tidur kot)



11. Masa remaja dudu masa study saya boleh tidur sampai pukul 3 atau 4 pagi dan bangun pukul 8, dan terus ke kuliah tanpa pening-pening lalat. Tapi tidak sekkarang.



12. Maka tidur ni bergantung kepada banyak faktor kan... contohnya orang tua kurang tidur daripada orang muda, orang lelaki tidur kurang daripada wanita. Orang berkahwin tidur lebih baik daripada orang bujang...(he he he).



jan: tulis artikel ni sebab tertidur kejap tadi selepas makan nasi lemak...


Sunday, October 12, 2008

Dah akhir sem...ya.




1. Minggu ni adalah minggu ke 14 sem, minggu terakhir berkuliah. Minggu depan study week, so minggu ni akan mulai bertambah sibuk (sebenarnya minggu lepas dah mula sibuk).



2. Sekarang dalam proses menyediakan carry mark, mesti disiapkan setidaknya sebelum menerima skrip jawapan soalan final.



3. Sehingga sekarang masih tak siap-siap proses marking tersebut, he he he. Nak marking bukan mudah, kena ada mood dan masa yang sesuai kalau tak hasilan marking terjejas.



4. Semester ni ajar ECOB 313 Malaysian Economy untuk pelajar semester 5.




5. Masa berkuliah 8 jam sahaja tapi ada 10 section, 9 tutorial. Jumlah student seramai 379 orang tapi dek kerana satu subjek sahaja, cara penatnya lain sikit.



6. Semester depan tak ramai ambik ECOB 313, so kena ajar juga ECMF 013 Principles of Microeconomics untuk student foundation (kira macam pra/sijil...).



7. Rasanya sem ini persembahan yang diberikan lebih baik dan terkawal (ke perasan ni...?). Harap-harap sem depan lebih terkawal.



8. Sem depan masuk sem yg ke 4 saya di sini, semoga sem depan akan lebih komit dengan kerja.




jankaulu: Teringat kat raya dari tuan pengetua PPYIT pada raya nan lalu, beliau memberikan semangat untuk terus mencurahkan bakti kepada anak bangsa...



Saturday, October 11, 2008

Berkahwin atau tidak berkahwin...

1. Tidak berkahwin bukanlah satu kesalahan, sama ada berkahwin atau tidak berkahwin tetap bukan merupakan suatu dosa. Yang dosanya datang daripada bagaimana kita pandui hidup kita dengan sebaiknya sama ada kita berkahwin atau tidak.

2. Kalau ada rezeki dan `usaha-usahi’ yang dijalankan berhasil, maka berkahwinlah kan…

3. Bukan semua golongan tidak berkahwin itu memang tidak mahu berkahwin. Mungkin mereka sangat-sangat nak berkahwin (bak kata ustad Ahmad mungkin masuk dalam bilik menangis malam-malam) atau mungkin ada yang sudah mengambil keputusan tidak mahu berkahwin atas sebab kita tak perlu tahu, he he he.

4. Siapalah kita untuk mengata dan memberi penghakiman terhadap hidup mereka ni…(sedih pulak rasa…)

5. Dewasa ini perkahwinan mungkin bukan lagi keperluan malah boleh jadi ia merupakan suatu pilihan kepada pihak-pihak tertentu.

6. Ramai juga individu yang memilih untuk tidak berkahwin. Mereka menganggap perkahwinan bukan pelengkap kehidupan yang utama. Contohnya, mereka sudah merasa amat selesa dan berpuashati dengan kehidupan mereka, khususnya dari segi kerjaya yang memuaskan, gaya hidup yang lebih kondusif dan mempunyai kebebasan dalam pelbagai perkara dan juga kestabilan kewangan.

7. Perkara yang lebih salah dan bangang adalah memiliki sebuah perkahwinan tetapi pengisiannya adalah tidak betul. Terdapat banyak kes berlakunya pengabaian, ketiadakadilan mahupun kecuaian di dalam institusi kekeluargaan. Contohnya kebajikan isteri yang diabaikan oleh pihak suami, pihak suami yang diabaikan oleh pihak isteri, dan pengabaian anak-anak.

8. Saya berpendapat mengabaikan tanggungjawab dalam perkahwinan merupakan kesalahan yang besar berbanding kesalahan tidak berkahwin (kalaulah ia merupakan kesalahan…salah ke?).

9. So saya sarankan sama ada berkahwin atau tidak berkahwin sama-samalah kita mengisinya dengan kehidupan yang bermakna, janganlah menjadi hakim macam lebih daripada tuhan pulak.


Jan: Kot-kot sebenarnya kawan kita yang tak kahwin tu sebenarnya kahwin dengan org bunian. Mana kita tau kan, he he he.

Friday, October 10, 2008

Golongan wanita yang tidak berkahwin...

1. Kawan baik saya ada menyatakan bahawa bebanan yang ditanggung oleh pihak perempuan jauh adalah lebih berat berbanding dengan apa yang saya telah lalui pada raya nan lalu. Dia menceritakan dengan terperinci mengenai masyarakat di sekelilingnya lebih cenderung memandang negatif terhadap perempuan yang tidak berkahwin berbanding lelaki yang tidak berkahwin.

2. Tanggapan cetek masyarakat yang begitu perjudis terhadap golongan ini kadang kala `menyeksakan’ golongan tersebut secara langsung dan tidak langsung. Masyarakat yang sepatutnya bersikap lebih `suportif’ menjadi sebaliknya, iaitu mereka telah memberikan tekanan secara halus kepada wanita yang tidak berkahwin tadi (tekanan ini mereka `hadiahkan’ mungkin tanpa mereka sedarinya).

3. Pada suatu tahap golongan wanita tidak berkahwin ini berasa sangat serba salah kerana hendak `berdikari susah, tidak berdikari juga salah’. Terpegun saya mendengar ceritanya. (saya pendengar yang baik sebenarnya, he he he. Kadang-kadang kaki penyibuk jugak).

4. Bayangkan bagaimana perasaan seorang perempuan yang tidak berkahwin menguruskan majlis perkahwinan adik perempuannya sedangkan dia masih membujang. Sekuat mana setabah mana pastilah hatinya terguris kerana manusia adalah insan biasa yang serba kekurangan.

5. Katanya pada saya “...Pada kemeriahan majlis itu tidak ada orang yang akan sedar terlukanya sebuah hati kerana golongan seperti kami memang pakar sangat melindungi kepiluan hati dengan senyum tawa dan gurau senda…”.

6. Perasaan orang yang tidak berkahwin hanya orang yang tidak berkahwin sahajalah yang merasainya.

7. Saya mungkin akan bertanyakan soalan yang sama apabila saya berjumpa kawan saya yang tidak berkahwin jika saya berkahwin.

8. So, jika saya ditakdirkan berkahwin suatu hari nanti, saya akan lebih berhati-hati dengan soalan ini kerana perasaan orang yang tidak berkahwin perlu dijaga jugak, mereka manusia.


Jan: Bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang tiada...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home