Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 18, 2016

Hari kerjaya dan gaya

Di tangan saya ada makanan dalam plastik dihadiahkan oleh pasukan Wataniah universiti

Hari ini saya tidak ada kuliah. saya terima email dari pihak atasan untuk melepaskan pelajar ke Hari Kerjaya mereka. Dan pada sebelah tengaharinya saya meninjau gerai-gerai yang berdekatan dengan bangunan.

Saya disuruh tunjukan tanda `Keamanan' untuk dunia...he he he

Ada pelajar mahu bergambar dengan saya, saya pun penuhi permintaan tersebut. Nasib baik saya sikat rambut. Nampak kemas sikit. 

Sebenarnya saya bimbang juga saya akan nampak `setopok' bila bergambar sebab saya dah lama tidak bersenam dan kuat makan. Bila bergambar saya rasa tak selesa. Senang cakap saya tidak selesa bila saya rasa saya gemuk.

Berbanding dengan masa saya belajar dahulu. Pakaian-pakaian kawan-kawan saya biasa-biasa sahaja. Tidak ada sorang pun yang bergaya. Mereka biasa-biasa sahaja dari pandangan mata saya. Para pelajar zaman sekarang pandai bergaya, mungkin tutntutan zaman menjadikan mereka begitu.

Bagus juga bergaya. Ada gaya.

Nasib baik dalam gambar ni saya nampak taklah gemuk.

Saya tidak suka berpakaian kemas walaupun saya seorang yang kemas. Entahlah sejak dari remaja lagi saya biasa-biasa sahaja dalam berpakaian. saya lebih selesa tidak berpakaian kemas. Pun begitu apabila ke majlis orang, saya berpakaian kemas sebab menghormati majlis kononnya.

Kadang-kadang saya hendak jugak bergaya tetapi saya rasa saya sudah tua...he he he. Nanti apa kata masyarakat.? Tentulah masyarakat mengata sebabnya saya mahu bergaya muda, kalau tak tak mahulah saya bergaya.

Tetapi sejak bila pula saya ambil pusing apa masyarakat akan kata?

Ha ha ha...

Sekian...

Untuk orang-orang tertentu...teruskan hidup adalah perkara paling berani yang mereka buat!

Menurut statistik Pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia, setiap hari ada orang yang bunuh diri.

Ketika pada suatu hari kita sedang tengok wayang- ada orang bunuh diri. Ketika pada suatu hari kita sedang siram pokok bunga, atau beli suratkhabar - ada orang bunuh diri...

Kawan saya dari Besut mewasap saya mengenai kejadian bunuh diri di kampungnya. Seorang lelaki berumur 27 tahun telah membunuh diri. Saya terus tertanya-tanya kenapa dia bunuh diri? Apa punca sebenarnya yang saya percaya taklah berapa besar, yang saya percaya akhirnya membesar (punca tersebut).

Image result for suicide

Pernah atau tidak pembaca blog Abang Jan ini rasa mahu bunuh diri? Rasa tiada harapan dan terseksa...(kononnya hidup sudah tidak bermakna? He he he). Jawap dengan ikhlas? Dan jawap pula kenapa niat untuk membunuh diri tersebut terpadam begitu sahaja? Haaa...

Abang Jan berpendapat tidak ada punca bunuh diri disebabkan perkara yang remeh seperti terlupa makan pagi - terus bunuh diri, tunggu bas lambat - terus bunuh diri atau tak siap soalan tutorial- terus pelajar bunuh diri. Atau tunggu laki balik, laki balik lewat terus bunuh diri... Atau bini masak rasa masin - terus bunuh diri.

Bila tanya pihak polis yang melakukan siasatan, biasanya mereka beritahu punca sebenarnya adalah kemurungan yang dibawa oleh masalah yang kompleks. Dan masalah kompleks tu pula berpakage...pakage. Haaa...

Antara sebab bunuh diri yang popular ialah gangguan mental (yang membawa kepada kemurungan) masalah penyalahangunaan penyalahgunaan dadah, kewangan, hilang pekerjaan dan konflik dalam perhubungan (berpisah dan bercerai).

saya tidak mahu memperkecilkan masalah yang membawa kepada bunuh diri. Sebabnya tentulah yang `kecil' itu adalah besar padanya yang membawa kepada aksi bunuh diri. Memang cakap murah tapi saya akan cakap lagi... Orang yang berani adalah orang yang berani teruskan hidup...

Saya berani...

Abang Jan: Dan sebenarnya kita tidak ada pilihan, kita kena hidup!


Monday, October 17, 2016

Janji-janjimu dulu...

janji berduri...

Image result for thorn


Kalau tiada lagu, tiada irama. Tentulah hidup ini semakin sunyi... Terima kasih lagu-lagu yang sedap. Menemani perjalanan yang semakin pendek ini...

Tapi hairan yea lagu-lagu zaman sekarang. Macam ada yang tak kena. Macam menyanyi untuk syok sendiri saja... Lirik entah apa-apa konon taraf tinggi.

Bila terdengar lagu-lagu dulu, kenangan lalu antara yang termanis dan ada duka juga... Sabarlah hati perjalanan ini tentu akan semakin dekat berhentinya...

Terima kasih kepada lagu-lagu lama yang hunii hati...


Thursday, October 13, 2016

Bodoh berganda kuasa tujuh...

Salam sejahtera dan selamat pagi kepada pembaca blog Abang Jan. Semoga hari ini pembaca dan sekeluarga berada dalam keadaan sejahtera semuanya. Hari ini Abang Jan mahu memperkatakan sikap masyarakat kita yang selalu sibuk mahu menilai orang lain berdasarkan ukuran hidup mereka.

Kadang-kadang hidup dalam masyarakat Melayu Malaysia sangat merimaskan. Daripada pengalaman saya, majoriti mereka suka memberi kehakiman/penilaian dalam banyak perkara pada kehidupan/perbuatan orang-orang di sekeliling mereka. Ada sahaja yang tidak kena pada `normal' kehidupun mereka. Ada saja mereka mahu labelkan.

Mereka menolak sesuatu yang berbeza berbanding mereka. Sehinggakan seolah-olah mereka mahu kita menjadi mereka. Kalau tidak, kita tidak `normal'. Atau tidak bagus.

Pendek kata mereka sahaja yang betul.

Image result for people judging others quotes


Saya semakin sedar akan isu ini apabila hidup atau pilihan saya semakin tidak sama dengan pilihan hidup orang-orang di sekeliling saya. Tidak sama dalam banyak segi. 

Kadang-kadang saya berpendapat seakan ada satu `kesalahan' besar dalam cara pemikiran masyarakat Melayu kita, yang menghalang kita daripada kemajuan diri. Mereka tidak berfikir panjang atau terlalu banyak falasi. 

Penyakit utama kita ialah dalam tidak sedar kita mahu orang lain jadi seperti kita (maksud saya individu bodoh tersebut tidak sedar yang sebenarnya tindak tanduk mereka seolah mahu orang lain menjadi seperti mereka). Bodoh berganda. Memaksa orang.

Kebodohan rupanya tidak dapat dihapuskan walaupun berpelajaran tinggi dan berPHD bagai. Percayalah. Tidak sesekali. Dan ini makin menakutkan saya...

Abang Jan: Stop labeling people just because they're not like you...

Monday, October 10, 2016

Terima kasih Z, Satu kejutan!

Dapat juga merasa masak dalam perikuk Baccarat!

Hari ini saya tak sabar-sabar mahu balik rumah. Sebab saya nak masak sup daging. Sebabnya saya dapat periuk baru yang saya terima dari Australia.

Bolehlah saya berbuka puasa dengan sup daging cicah roti...

Sebenarnya selepas tengahari, selepas asyik berbual dengan seorang profesar (mengenai banyak perkara), saya mengikuti Adnan ke wisma pentadbiran. Kata Adnan beliau mahu ambil barang yang diposkan kepada isterinya. Sue. 

Kain cederamata

Pada mulanya saya mahu tunggu sahaja dalam kereta dan biarkan Adnan saja naik ke atas bangunan, Saya mahu duduk dalam kereta sahaja... tetapi dengan tiba-tiba rasa ingin ikuti Adnan muncul. Jadi saya terus naik bangunan bersama Adnan.

Tak sangka pula saya menerima bungkusan yang besar. Saya senyum panjang... Adnan hanya mendapat bungkusan yang kecil sahaja, he he he.

Kain cederamata

Kain cederamata

Bungkusan tersebut bertarikh bulan 7, maknanya dah lama tersadai lebih kurang tiga bulan di  wisma tersebut. Memang biasanya barangan pos akan sampai di wisma pentadbiran dan saya terpaksa ke sana punggutnya.




Ada lima helai kain tuala yang bermutu, tebal dan lembut. tentu harganya mahal.

Saya ada banyak kain tuala tetapi yang murah-murah sahaja.


Ada tuala merah dan biru...

Tidak tahu macam mana saya mahu ucapkan terima kasih kepada peminat blog saya yang berada di Australia ini. Hanya tuhan yang dapat membalasnya. saya tidak tahu bagaimana nak cerita tentang hati saya...

Memang saya tidak tahu nak cakap apa. Sebab saya terharu...

Saya sedar saya tidak menjalinkan/memberikan hubungan dengan baik kepada para pembaca blog saya. Saya takut.... Saya tahu mereka ikhlas... cuma saya takut...

Saya berdoa dengan ikhlas agar tuhan gembirakan hidup Z sebagaimana saya tersenyum hari ini...

Busana Melayu - Mazran - Desa Ukiran Kayu Istana tenmgku long - Besut



Memakai busana Melayu menampakan kita nnggun. menyatakan bahawa bangsa kita sebenarnya bangsa yang bertamadun. mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri, undang-undang tersendiri dan juga cara hidup bermasyarakat yang beradab.



Gambar di atas adalah gambar salah seorang bekas pelajar saya. Saya rasa sangat cemburu kerana gambar ini cantik dan dirakamkan di kampung halaman saya.



Saya harap suatu hari nanti saya dapat balik kampung dan tinggak di sana. Mazran sangar beruntung kerana bekerja di tempat kelahirannya.

Semoga beliau gembira selalu...

Busana Melayu - Mazran



Memakai busana Melayu menampakan bahawa bangsa kita sebenarnya bangsa yang bertamadun. mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri, undang-undang tersendiri dan juga cara hidup bermasyarakat yang beradab.



Gambar di atas adalah gambar salah seorang bekas pelajar saya. Saya rasa sangat cemburu kerana gambar ini cantik dan dirakamkan di kampung halaman saya.



Saya harap suatu hari nanti saya dapat balik kampung dan tinggak di sana. Mazran sangar beruntung kerana bekerja di tempat kelahirannya. Semoga beliau gembira selalu...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home