Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, October 18, 2016

Untuk orang-orang tertentu...teruskan hidup adalah perkara paling berani yang mereka buat!

Menurut statistik Pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia, setiap hari ada orang yang bunuh diri.

Ketika pada suatu hari kita sedang tengok wayang- ada orang bunuh diri. Ketika pada suatu hari kita sedang siram pokok bunga, atau beli suratkhabar - ada orang bunuh diri...

Kawan saya dari Besut mewasap saya mengenai kejadian bunuh diri di kampungnya. Seorang lelaki berumur 27 tahun telah membunuh diri. Saya terus tertanya-tanya kenapa dia bunuh diri? Apa punca sebenarnya yang saya percaya taklah berapa besar, yang saya percaya akhirnya membesar (punca tersebut).

Image result for suicide

Pernah atau tidak pembaca blog Abang Jan ini rasa mahu bunuh diri? Rasa tiada harapan dan terseksa...(kononnya hidup sudah tidak bermakna? He he he). Jawap dengan ikhlas? Dan jawap pula kenapa niat untuk membunuh diri tersebut terpadam begitu sahaja? Haaa...

Abang Jan berpendapat tidak ada punca bunuh diri disebabkan perkara yang remeh seperti terlupa makan pagi - terus bunuh diri, tunggu bas lambat - terus bunuh diri atau tak siap soalan tutorial- terus pelajar bunuh diri. Atau tunggu laki balik, laki balik lewat terus bunuh diri... Atau bini masak rasa masin - terus bunuh diri.

Bila tanya pihak polis yang melakukan siasatan, biasanya mereka beritahu punca sebenarnya adalah kemurungan yang dibawa oleh masalah yang kompleks. Dan masalah kompleks tu pula berpakage...pakage. Haaa...

Antara sebab bunuh diri yang popular ialah gangguan mental (yang membawa kepada kemurungan) masalah penyalahangunaan penyalahgunaan dadah, kewangan, hilang pekerjaan dan konflik dalam perhubungan (berpisah dan bercerai).

saya tidak mahu memperkecilkan masalah yang membawa kepada bunuh diri. Sebabnya tentulah yang `kecil' itu adalah besar padanya yang membawa kepada aksi bunuh diri. Memang cakap murah tapi saya akan cakap lagi... Orang yang berani adalah orang yang berani teruskan hidup...

Saya berani...

Abang Jan: Dan sebenarnya kita tidak ada pilihan, kita kena hidup!


No comments:

   

.

.

.