Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, October 26, 2013

Budget dan kita...

Katalah kita sikat rambut kita elok-elok, dan pakai fair and lovely kat muka (ada pakai kat peha ke?). Lepas tu kita duduk diam-diam di tempat awan seperti perhentian bas ke, depan pasaraya Tunas Mengada ke, atau kat simpang-simpang jalan pejalan kaki. Kita kemudiannya tiba-tiba menyapa pejalan kaki tersebut (orang awam) dan bertanya "Adakah anda membuat budget 2014 untuk diri atau keluarga anda?".

Aci kerat jari, antara 10 orang yang kita tanya tak sampai pun 0.8 orang yang melaksanakannya. Malah jangan terkejut jika mereka teragak-agak untuk menjawab soalan lain berikutannya seperti "Agak-agak berapa pendapatan anda tahun hadapan?", "Apa benda/perkara besar yang mahu dibeli" dan "berapa simpanan yang nak dikumpul tahun depan?".

Dalam bab-bab merancang kewangan ini kita memang tidak berapa pandai dan mahu, lainlah bab berbelanja kalah orang kaya. Maksud saya orang kaya ada la juga sifat nak mengkayakan diri mereka. He he he. Saya tidak menuju perkara ini kepada pembaca, saya juga begitu. Saya tidak merancang dengan kemas...Dalam bab-bab kewangan saya masih lagi macam orang purba dalam gua.

Saya dapati saya selalu tidak cukup wang kerana alah atau selalu tertarik dengan barang-barang yang menarik yang biasanya mahal. Saya pun rasa pelik dari mana perangai ini datang... Emmm mungkin dari mak saya kot.

Maka saya sedar, saya tidak akan kaya raya. Ramalan kawan saya yang kononnya saya akan mati dalam mewah dan kesunyian mungkin tak tepat. Saya mungkin mati di rumah orang tua. Saya tidak tahu bagaimana hendak berjimat-cermat. Itulah kelemahan saya. Saya rasa pembaca juga ramai yang macam saya kot. Jangan menipu diri, he he he.

Maka malam tadi saya kalikan (darabkan) gaji bersih saya kepada 12 bulan. Gaji bersih tersebut sebenarnya taklah suci bersih kerana tak lagi ditolak rumah, kereta dan bil-bil. Maka dengan jumlah yang terkumpul, memang patutlah saya berkereta Myvi dan lupakan cadangan nak renobek dapur...

Cuba pembaca blog saya ambil pen dan buat budget 2014.

Jan: Haaa...




Mendengar budget 2014

Saya buka semua pintu dan tingkap rumah. Saya mahu mendengar budget sambil membersihkan halaman rumah. Saya tidak mahu ketinggalan mendengar PM membentangkan budget negara secara langsung. Namun untuk saya duduk tercongak di depan tv tentulah membuang masa emas saya. Saya perlu bersihkan kawasan laman rumah. Buang rumput rumpai yang bermaharaja lela.

Saya tidaklah fanatik sangat dalam mendengar budget. Cuma saya haruslah menambahkan pengetahuan sempena menjadi pensyarah ekonomi. Nanti kalau pelajar tanya, taulah saya menggorengnya. Begitu juga kawan-kawan sering juga bertanya pasal ekonomi negara. Macamlah saya ni tahu segala-galanya. Huh!.

Saya cabut rumput-rumput yang tumbuh dalam pasu. Maklumlah seminggu sekali sahaja saya ke rumah saya di Kuantan. Saya benar-benar gunakan masa untuk membersihkan laman. Pokok-pokok saya semakin banyak dan sedang membesar. Dalam masa lima tahun lagi matanglah taman saya. Pasti damai dan tenang, dua perkara yang saya tak pernah dapat (fahami betul-betul ayat tersebut, he he he).

Emak saya juga mendengar budget untuk tahu pesara dapat duit ke tidak. Begitu juga kakak dan adik beradik saya yang lain tentu mendengar budget dan berharap. Saya juga berharap. Saya berharap rakyat kerajaan akan bantu golongan pembayar cukai terbesar di Malaysia. Saya terasa juga dengan kenaikan kos sara hidup.

Saya belek-belek daun pokok labah-labah saya. Kurang subur, di mana silapnya yea?. Terlebih air kot. He he he. Saya rasa tahun depan saya tidak mahu dah memikirkan mahu membeli kereta baru atau renobek dapur. Saya nak buang jauh-jauh hal tersebut. Sebab hal tersebut memerlukan duit yang banyak. Saya mahu buat budget yang berimbang.

Saya terus mendengar budget yang dibentang. Dan saya rasa tentu pihak pembangkang akan mengkritik dan pihak pemerintah akan memuji PM kita. Yalahkan, belanjawan mana yang tak dikritik? Haaa...

Saya terus mencabut rumput-rumput yang tumbuh liar. Dan saya juga teringat esok saya kena ke kedai Tupperware untuk ambil barang. Kawan-kawan dah oder dah...


Wednesday, October 23, 2013

P.S. I love you (2007)

Semalam saya bermimpi bertemu dengan orang yang paling saya rindui. Dia datang untuk tidur di sebelah saya. Kami tidak sempat buat seks dalam mimpi tersebut (mungkin tak ada rezeki atau plot mimpi ni bukan pasal seks). Saya hanya merenungnya dengan kasih sayang, bukannya bersunsurkan keghairahan. Dan saya juga melihatnya menyandar di sebuah kereta bercakap dengan seseorang muda. Saya tidak nampak adakah orang muda itu lelaki atau perempuan. Sebabnya mata dan perasaan saya melihatnya dengan penuh rindu. Sekarang dia berambut panjang...detik hati saya dalam mimpi itu.



Beberapa babak dalam mimpi tersebut adalah seperti sebijik babak dalam filem P.S.I Love You (2007). Ya, kerana terlalu menghayati cerita, ia terbawa dalam mimpi... Ada banyak perasaan, tidak boleh saya menulisnya di sini. Bukan kerana tidak mahu tetapi kesesatan dalam mencari ayat yang tepat. Saya pasrah.

Ini kali pertama saya lihat filem ini. Entah kenapa saya mahu melihatnya saya sendiri tidak mengerti. Mungkin sekarang saya suka melihat filem kisah cinta. Ini menghairankan kerana saya kerana sebelumnya saya tidak suka filem bertema cinta. Saya benci dengan happy ending sedangkan saya menderita... (kes dengki ni kot, he he).

Cerita ini berkisarkan seorang janda muda yang menghadapi episod-episod kematian suaminya. Maksud saya bagaimana beliau mengharunginya. Dia sangat sayang ke suaminya.

Tapi kata mak saya memang la kalau berpisah mati perkara yang baik-baik sahaja yang diingati...Rasa kehilangan sangat. Tapi kalau bercerai hidup (bercerai) perkara dan kenangan yang jahat dan menyakitkan la yang selalu diingati terutama pihak yang dicurangi. He he he, mak saya kata memang begitu, tapi betul juga katanya kan?.

Dia (watak utama) harung segalanya antaranya rumah tidak berkemas (saya pun gitu dulu), kuat makan (saya pun gitu dulu), bercakap sorang (saya pun begitu dulu). Namun dalam kes saya saya tidak duda sebab saya tidak berkahwin. Dan dia meninggalkan saya, bukannya meninggal dunia. Haaaa




“Life... It's a great and terrible and short and endless thing. None of us come out of it alive.”


Kita kembali kepada cerita ni. Cerita ini adalah dari novel Cecelia Ahern yang bertajuk sama dengan filem. Saya pernah membeli novel-novel beliau untuk anak saudara saya dulu. Saya tidak membaca novel beliau maka saya tidak tahu sama ada dia pandai menulis atau tidak. Tapi cerita yang difilemkan ini bagus. Ada ayat-ayat yang meruntun jiwa... Namun tidaklah bagus sangat. Saya beri 3.8 bintang.

Dalam satu adengan saya merasa sedih sangat. Saya beri kepada saya 5 bintang kepada saya sebab kesedihan itu... (he he he, saya dapat jugak bintang, pelik. Nak jugak). Pada masa itu watak utama sedang duduk di kerusi berpakain hebat dan berhias diri untuk `berjumpa' dengan pasangannya. Dengan hanya duduk di situ dia ternampak-nampak seolah pasangannya ada seperti tidak mati. sedih sangat masa ni...

Dalam kesedihan itu saya cicah roti dan saya juga makan dengan enaknya cendawan goreng tepung. Rasa macam ayam pun ada....lepas tu saya






Mampukah kita berkereta baru?

Secara umum, saya tidak melihat penurunan harga kereta sebagai satu bentuk yang positif terhadap ekonomi negara dan ekonomi rumahtangga dalam jangka panjang. Kalau kita tanya rakyat memanglah majoriti setuju, mereka gembira. Mereka ni kalau setiap hari harus datang kerja pukul sepuluh pun tetap gembira. Tak payah kerja (tapi dapat gaji) lagilah gembira. Haaa.

Dalam kes ini saya teringat pandangan Adam Smith (ahli ekonomi) yang menyatakan yang ekonomi dengan sendirinya akan melakukan penyesuaian, dan pengubahsuaian secara semulajadi. Di mana biarlah pasaran yang menentukan harga dan kuantiti. Ia berbeza dengan pandangan Keynes (ahli ekonomi juga yang terkemudian 130 tahunnya) menyatakan kerajaan harus campurtangan dalam ekonomi kerana penyesuaian lambat dan perlahan. Haaa...

Untuk melihat keupayaan meminjang bagi pinjaman perumahan istitusi kewangan selalunya merujuk kepada 1/3 daripada gaji kita. Maknanya kalau gaji kita RM3000, kita dipotong gaji maksima adalah RM1000 untuk rumah kita. Logik jugalah sebab kalau potong sampai RM2000 sebulan, apa anak bini/laki kita nak makan? Apa mertua kita nak makan? (dalam kes mertua duduk menumpang kita la...he he he).

Bagi pinjaman kereta pula ahli ekonomi ada menyatakan paras yang munasabah adalah sebanyak 15%. Paras ini menyenangkan kita untuk membuat pembayaran bagi perbelanjaan lain dan juga keselesaan hidup bulanan. Maknanya kalau gaji kita dalam RM2500, 15%nya adalah RM375. Dan perlu diingatkan yang RM2500 tu bukan gaji kasar tapi gaji yang dah ditolak KWSP. Ada tak kereta yang berharga dalam RM375 sebulan? 

Begitulah saya melihat secara kasar bagaimana, atau sebenarnya kawan-kawan saya mampu ke tidak berkereta seperti yang mereka beli. Maksud saya kalau dia bayar RM1200 sebulan gajinya haruslah besar di mana RM1200 tersebut adalah hanya 15% daripada gajinya. Dan sesungguhnya penyakit lain akan datang kalau melebihi 15% tersebut. Sebabnya kita sebenarnya tak mampu. Kalau tanya bank, tentulah mereka kata mampu jea walaupun sebenarnya ala-ala mampu jea. Huh!

Katalah beberapa tahun nanti kita berkenan kepada sebuah kereta sebab harganya dah jatuh murah sebab kerajaan tepati janji. Maka kita kena fikir dengan logik, kerana persoalannya bukan pasal harga kereta, persoalannya pokok cabangnya ialah adakah jumlah pinjaman yang kita buat untuk membeli kereta tersebut berpadanan dengan gaji kita (ingat konsep 15% tersebut...). 

Jan: Tepuk dada tanya selera...bila selera beri keputusan...akhirnya merana kewangan...Haaa...





Tuesday, October 22, 2013

Saya ada anak, macam mana nak menabung?

Walaupun saya bukannya jenis penabung tegar namun saya ada juga menabung sikit-sikit. Dan apabila kawan saya dengan senang wenangnya mengatakan saya ni senang laaaa nak menabung sebab saya tak ada anak, maka saya rasa tuduhan itu tidak betul. kalau bawak naik mahkamah, saya akan menang. 

Tetapi saya memang biasa dah dikata begitu. Huh!

Saya ambik contoh, raya haji nan lalu saya ke bank tukar duit syiling, dan dapar la RM575. Setiap hari saya letak baki duit dalam bekas seramik. Bekas seramik yang cantik tersebut saya letak di atas meja kopi tepi dinding. Sebenarnya bekas itu adalah hadiah sempena hari jadi saya yang ke 40. Walaupun saya pasti bekas tersebut adalah barang perhiasan yang paling murah di ruang tamu saya tapi saya letak jugak sebab bekas itu adalah hasil dari duit yang kawan-kawang saya usaha mengumpulnya. Mungkin mereka bimbang (sebenarnya mereka tahu) saya tidak menerima barang yang murah. Namun bagi saya persahabatan adalah mahal. Sebab itu saya letak bekas murah tersebut di ruang tamu. Lagipun cantik walaupun murah.

Namun posting ini bukanlah mengenai bekas seramik tersebut tetapi mengenai tabiat menabung...he he he.

Dengan duit RM575 tersebutlah saya beri ke mak RM200 untuk menempah nasi minyak krismis. Dan selebihnya perbelanjan minyak kereta, dan sempat beli baju raya sehelai (he he he). Teruk betul kan? Tak kan la raya haji pun nak beli baju baru. Budak kecil pun tak begitu. Tapi itulah saya. Baju tu memang sale dan cantik. Dan nak dijadikan cerita saya telah memakainya ke pejabat, terus kawan saya puji. Katanya cantik. He he he.

Namun posting ini bukanlah pasal baju tersebut. Saya minta maaf sebab bila menulis saya lupa diri.

Kita kembali kepada isu menabung. Biarlah apa orang nak kata tapi bagi saya dengan seringgit sehari pun kita boleh menabung. Ada anak ke? Mandul ke? Tak ada anak ke? Ada isteri ke? tak ada isteri ke?. isteri lari ke? Suami lari dengan perempuan lain ke? Suami lari dengan lelaki lain ke? Semua orang boleh menabung. Cuma sedisplin manakah mereka untuk menabung. Dan sesabar mana kita menabungnya. Itu persoalannya...pokoknya, daunnya dan cabangnya.

Duit RM575 tersebut membuatkan saya bukan sahaja lega tetapi dapat beli sepasang baju baru lagi. Dan baju baru tersebut merangkap juga baju kerja. Ya lah kan itu juga sebagai langkah penjimatan...

Jan: Haaa....

Gambar hanyalah hiasan, nak duit simpan sendiri! Huh!





Kisah bil-bil rumah kawan saya?

Seorang kawan maya saya beritahu dia selalu juga membaca blog saya. Katanya walaupun dia tak kenal saya tetapi dia suka membacanya. Katanya lagi kadang-kadang penulisan saya mengada-ngada (he he he) tetapi dia tetap baca. 

Dan katanya dia nak mengadu pasal hubungan dia dengan isterinya. Dia minta saya beri pendapat. Saya terus bersetuju dengan hasratnya dengan dua syarat. Pertama saya akan postkan kisahnya dalam blog saya. Kedua, jangan berasa hati atas pandangan saya, he he he.

Saya tidak tahu bagaimana nak mula bercerita tetapi saya rasa kisah ini lebih dari sekadar mengenai bil-bil. Kawan maya saya beritahu isterinya selalu menyuruh dia jelaskan bil-bil rumahnya, juga jelaskan segala maknika lain. Saya rasa kisah ini kisah yang amat biasa. Yang luar biasa ialah isteri menyuruh jiran tetangga atau adik ipar menjelaskan bil tersebut. Baru haru kan? He he he.

Dia banyak bercerita dan saya `nampak' masalahnya bukan pasal bil-bil. Lagipun sapalah di atas mukabomi ni yang tak bayar bil?. Bil Gates pun bayar bil. Dapat saya simpulkan masalah komunikasi antara pasangan. Amboi say ani macam pakar pulak dah.

Dengan ada tiga orang anak, rumah berkubang hanyar (tak terurus) dan usia perkahwinan yang mengjangkau lapan tahun, saya mengambil keputusan hubungan suami isteri tersebut dalam phasa `tiada manisan dalam madunya'. Maksud saya mereka suami isteri hanya berkomunikasi atas tanggungjawab. Antaranya ketika isteri menyuruh suami membayar-bil-bil atau suami memakan makanan masakan isterinya. Dalam usia perkahwinan sebegini aktiviti hubungan intim juga hambar dan tawar. Lemak tak berkrim gitu. Tiada lagi hubungan seks yang menakjubkan dengan persembahan-persembahan baru yang praktikal hangat. Tiada lagi lazat hingga menjilat jari macam KFC. Pendeknya tiada sesuatu yang bahru dan memang tidak ada usaha ke arah itu. Buat seks pun sekadar mahu letihkan badan sementara nak tidur lena. Haaa...

Itu bahru cakap pasal seks, dalam komunikasi bukan seks juga bak jadam pahitnya. Itu pengakuannya. Maka apa setiap pasangan melihat perkahwinan sebagai beban yang harus ditanggung dalam perkahwinan tersebut. Kawan maya saya mengaku bahawa perkahwinan yang dia ada tidak seperti yang dia bayangkan... Pulak dah. Setelah lapan tahun? Huh!

Nampaknya tiada pendapat yang boleh saya berikan. Sebabnya ialah ini bukan masalah besar pun. Dalam setiap perkahwinan memang ada phasa `tiada manisan dalam madunya' atau maksud sebenar saya ialah perhubungan tersebut sudah tidak teruja lagi. Ini kerana kedua pihak sudah ambil mudah. Tiada satu pihak pun cuba menyuburkan apa yang patut kembali subur.

Haaa...

Jan: Sekian...


He he he

Monday, October 21, 2013

The meaning of `gayat' is...?

Hotel Zenith 


Rabu, khamis dan jumaat saya bertugas di Hotel Zenith, Kuantan Pahang. Sebenarnya sudah beberapa kali saya ke hotel ini tetapi tidak berkesempatan untuk menginap. Lagipun apakah jadahnya saya nak menginap- di hotel sebab saya miliki rumah sendiri di Kuantan, haaa...

Namun kali ini saya sebagai AJK bagi 6th International Economics & Business Management Conference diberi bilik istimewa di hotel Zenith ini. Namun posting ini adalah mengenai diri saya, bukannya pasal konferen tersebut.

Setelah dengan bergayanya saya mendaftar, saya dengan ala urbannya menuju ke lif. Bilik saya 2310. Setibanya di dalam lif, saya tekanlah no 23 tetapi lif tidak berfungsi. Butang tidak bernyala. Saya terus panik sekejap. Saya bertambah panik apabila pintu lif tidak terbuka. Saya berhajat nak tukat lif la kononnya.

Tiba-tiba masuk lima orang Jepun dan seorang pekerja hotel. Pekerja hotel tersebut menunjukan cara menggunakan lif. Rupanya kita kena layang kad bilik kita di tempat tekan nombor-nombor tingkat di lif tersebut. He he he. Macam mana boleh saya lupa sedangkan saya pernah menggunakan hotel yang ada sistem sebegini di Melaka dan KL dulu.

Mereka keluar di tingkat 10, dalam hati saya `ada juga ke orang Jepun yang tak tahu teknologi?'.' Saya terus ke tingkat 23...

Apabila pintu lif 23 terbuka saya terus keluar dan di hadapan saya Encik Yahya yang baru sahaja nak ke bawah. Sebenarnya saya berkongsi bilik dengan Encik Yahya. Sambil bersalam, empat saya bertanya khabar dan sebagainya. Selepas itu saya melangkah meninggalkan lif... Tidak sampai 10 langkah, tiba-tiba!

Tiba-tiba saya nampak seolah seluruh ruang tidak berdinding! Saya terus gayat giler apabila melihat wajah bandar Kuantan melalui cermin-cermin tersebut. Lutut saya tiba-tiba jadi lembik, dada saya kencang dan saya rasa sesak nafas. Dan badan saya jadi lembut lemah gemalai macam penari-penari kebudayaan negara kita.

Saya tidak tahu apa nak buat kecuali berdiri di situ untuk menark nafas supaya saya bernafas. Namun saya tahu tentu muka saya biru dan saya tercungap-cungap. Saya mengambil masa lebih lima minit untuk berpusing balik badan saya ke arah pintu lif. Lif yang lebih kurang 10 langkah dari tempat saya berdiri.

Semasa saya menghalakan badan saya ke arah lif dari jauh saya ada ternampak seorang housekeeping. Tetapi oleh kerana dalam ketakutan saya tidak nampak dengan jelas. Kalau diturutkan hati mahu sahaja saya merangkak ke pintu lif tersebut. Namun bimbang pulak rakaman saya merangkak terlepas ke youtube dengan tajuk `lecturer merengkak ke lif'! Pelik kan dalam panik tersebut saya masih lagi mahu jaga maruah dan teringat pasal youtube. Sebenarnya saya juga tidak merangkap sebab dari jauh tadi saya nampak house keeping. Saya tentu malu bila dia nampak saya merangkak.

Tiba-tiba datang seorang perempuan muda yang cantik dan bergaya. Rambutnya pendek dan warna berkarat. Pakai make-up nipis sahaja. Tapi manis, tambah pula berkulit putih. "Boleh saya tolong" Kata perempuan tersebut. Saya terus jawab `Tak apa, saya sedikit gayat'. Sebenarnya saya teramat gayat tetapi demi perempuan terus jadi ego. Saya rasa bukan saya sahaja lelaki jenis sebegini kan?, he he he. Bila melihat mukanya yang manis saya terus bertambah bertenaga dan mancho.

Saya kuatkan diri melangkah ke lif walaupun satu langkah tersebut seumpama beratnya 10 tan!. Bila sampai ke dalam lif saya benar-benar lega. Tuhan sahaja yang tahu, saya gembira sangat. Dan dalam lif juga saya buat keputusan untuk tidor saya sahaja sepanjang konfereng tersebut. Habis cerita.

Sampai di tingkat tiga saya terus ke meja pendaftaran dengan muka yang biru putih sebab pucat. Kawan saya di meja pendaftaran beritahu dia nampak saya sangat pucat sebaik sahaja keluar dari lif. Saya beritahu yang saya gayat sebab bilik saya tingkat 23. Kawan saya tanya kenapa pilih tingkat yang tinggi.

"Bilik di tingkat tinggi lebih cantik" Jawapan saya, ...kononnya. He he he.

Jan: Saya rasa terkilan  kerana tidak boleh ambik gambar bilik hotel Zenith tersebut...

Tetap tersenyum walaupun tak dapat tidor di hotel Zenith...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home