Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, January 9, 2009

Gelora di hati Sara...

Selain daripada hadiri meeting, antara perkara yang saya malas nak buat ialah melihat drama bersiri. Bukan apa, saya tak sabar orangnya. Kalau nak tengok drama bersiri kita kena rancang waktu kita, orang yang tidak pandai merancang waktu tak payahlah tengok drama bersiri. Dan kadang kala potong stim, maksud saya tengah cerita nak capai klimaks terus `Bersambung...'.

Tapi lain pula dengan drama bersiri `Gelora di hati Sara'. Sebabnya mudah saya suka tengok jee daripada anak dara sampailah terkini, janda. Saya tidak minat suaranya sebab bagi saya biasa-biasa sahaja.Masa saya tengah belajar di UM dulu, Jee tengah naik, saya minat sangat. Tapi bila dia kahwin dengan cucu sultan Selangor saya jadi suam-suam kuku sikit.

Dengan pertolongan Mek Zue, bila dah dekat 10.30 mlm dia akan SMS. Biasanya pukul 10.30 mlm saya dah mula membaca buku atau tengok ASTRO AXN. Bila sms sampai saya terus ke dapur buat nescafe panas dan masuk bilik heret tilam bujang ke tengah ruang tamu, nonton.

Jee bawak watak isteri yang tertekan dan mempunyai masalah, pendapat saya:

1. lakonan Jee lebih baik berbanding dengan Erra dan Nasha, jauh lebih baik... Sederhana dan tidak over.

2. Ada emosi dalam getar suara serak basahnya.. (tapi hairan bila nyanyi serak basah tak kedengaran pun.).

3. Memek muka, redup kelopak mata pun bertepatan dengan tema `gelora' yang dibawanya.

4. Bahasa badan tak payah ceritalah... ok.

Mungkin dia banyak belajar dengan Rosyam kot atau memang semulajadi...berbakat

CUMA apabila Jee marah tak berapa nak menjadi..., macam kemarahan itu tak lepas, tak nampak marah sangat, terpendam atau terendam saja (ataupun memang skrip mahu jee jadi begitu? supaya dia terus dipermainkan Abang Ros?.

Saya rasa lebih menjadi lagi bila Mek zue marah. Contohnya pabila lecturer tak antar carry marks pada masa yg ditetapkan, he he he.

Jan: Adengan tu Mek Zue mengalahkan Jee... he he he. Ampun zue.

Thursday, January 8, 2009

BERSELINGKOH I

`Kalau awak dah kahwin, awak benar tak isteri awak berkawan dengan lelaki lain? Tiba-tiba soalan tersebut diajukan oleh seorang kawan saya lewat petang semalam. Pada mulanya semasa dia masuk ke bilik saya, saya tak berapa layan sangat, saya ingatkan dia nak cari biskut, ada tin Jacobs atas meja saya biasanya. Lagipun saya asyik layan lagu ABBA, Dancing Queen. Nak buat posting di blog pun tak ada nafsu, tak boleh letak gambar dan buat apa-apa adjustment.

Memang kadang-kadang ada juga kawan yang datang bertandang ke ke bilik saya pada lewat petang. Biasanya datang berbual sahaja, tak ada topik yang penting sangat.

`Saya ni cemburu sikit, saya akan royat ke bini saya. Bakpe pulok nak berkawan dengan lelaki lain, kan saya ada?’ Saya beri jawapan yang agak sempit pemikirannya, saja nak dapatkan respon daripada dia.

`Saya akan royat dia molek, saya ni jenis cemburu dan kedua bini kita tanggungjawab kita, suami, Nanti suami tok pasal2 tanggung dosa isteri.’ Saya huraikan lagi persoalan tersebut macamlah saya ni pakar dan ada 4 orang bini, he he he. Saya campurkan juga dengan unsur agama sikit memandangkan kawan saya ni pun bertudung agak labuh juga, he he he.

`Tapi mungkin bini saya kata balik, awok pun jangan kawan dengan orang perempuan di tempat kerja awok!, he he he’. Saya buat lawak supaya dia rasa lucu padahal hati saya ni sayu, dua tiga hari ni saya asyik memikirkan mengenai ketidakcukupan duit untuk bayar muka kereta pada hujung bulan dua ni…sedangkan saya dah canang yang saya akan beli kereta akhir bulan dua ni…

`Saya tok reti nok royatlah. Tapi kalu kawan saja no hal rasanya…’ Jawap saya pulok, tadi saya kata tak beri, he he he. Sambil tangan mencapai tin biskut Jacobs. Saya guna hujung stepler buka tudung tin dan ambik dua keping biskut. Kemudian saya hulurkan tin tu kepadanya.

`Mula dengan kawanlah pah tu timbul bibik-bibik atau ruang untuk benda2 lain? Dia sambung topik tu lagi, sambil memasukkan tangannya ke dalam tin biskut Jacobs saya.

`Maksud awok?’, Saya buat-buat bodoh padahal saya faham maksud dia. Tentu dia maksudkan suami akan bercinta atau luah perasaan kepada kawan sekerjanya yang juga dah berkahwin, kerana orang dah kahwin tentu memahami perasaan orang yang dah kahwin. Dan selepas tu…kita selalu dengar cerita apa yang terjadi kan…

`Betul jugak bila doh baik tu, pas tu mulalah luoh perasaan cerita ketidakbahagian rumahtangga masing-masing kan, berdosakan? Kan?’. Sebelum dia jawab, saya menjawapnya dulu, dan bersama soalan lain pulak.

Senang je kan kalau kita nak berselingkoh, kat tempat kerja kita pun mungkin terjadi. Sebab tulah cinta antara suami orang dengan bini orang kadar dengupan jantungnya lebih tinggi daripada kadar dengupan jantung anak dara dan si teruna… Adanya.

Jan: Tak pernah berselingkoh…setia je…he he he

BERSELINGKOH II

Saya percaya kalau kita suami isteri benar-benar ikhlas dan benar-benar soulmate kata kan, masing-masing akan tahu apabila pasangannya berselingkoh. Tuhan akan beri isyarat atau petunjuk pada kita dengan syarat kita adalah suami/isteri yang baik, yang suci, mengambil berat akan suruhan dan tuntutan tuhan dalam kehidupan berumah tangga. Saya percaya tuhan akan tolong…

Contohnya, katalah jika si suami berselingkoh, maka si isteri akan merasai sesuatu, mungkin berdebar-debar atau rasa tak sedap duduk (atau tak sedap bangun?) dan sebagainya.

Pasangan suami isteri bukan sahaja mempunyai hubungan dalam kehendak nafsu sahaja, atau hubungan kerana mereka adalah ayah dan ibu kepada anak-anak mereka tetapi juga hubungan kejiwaan atau spiritiul di antara dalam diri masing-masing. Contohnya si suami akan rasa sesuatu kalau isterinya dalam bahaya. Ya, bukan semua pasangan boleh dapatkan feeling ni, tetapi kata kawan saya (yang ambik psikologi kat UM yang kini rumahtangganya juga agak mulai retak.) ia bukannya sesuatu yang semulajadi, ianya boleh dipupuk.

Boleh ke si isteri menuduh si suami dengan terang dan direct yang dia berselingkoh? Kerana perlu diingat suami yang mampu, boleh berkahwin empat. Cuma sama ada dia boleh tergamak atau tidak sahaja.

Oleh itu setakat mana terbukanya pintu kebebasan (antara pasangan masing-masing untuk berkawan dengan kawan yang berlainan gander) ini adalah antara sebab-sebab menyumbangkan kepada pengselingkohan ini.

Persoalan memberi kebebasan kepada pasangan masing-masing amat merumitkan. Ia bergantung kepada individu. Memang ada suami yang cemburu di mana melarang isterinya bergaul dengan lelaki-lelaki lain di tempat kerja. Dan memang ramai isteri cemburu (sama ada rabun atau buta) terhadap kawan perempuan suaminya di tempat kerja.


Jan: Kubuka seluasnya pintu ini… namun tiada siapa yang nak masuk (pulak dah).

Wednesday, January 7, 2009

Kotak

Bukan main lagi saya suka hati apabila dapat beli kotak dengan Intan. Masa tu Intanlah yang supply kotak kepada lecturer yang nak berpindah ke Shahputra Kuantan. Best beli kotak dengan Intan sebab saiznya seragam dan murah.

` Ada banyak lagi Suki, esok ada lagi’. Jawab Intan sambil membetulkan rambutnya yang bergelombang dan kelihatan agak berombak kembang terkembang, namun sesuai benar dengan anting-anting besi yang dipakainya. Bersungguh sungguh Intan menyakinkan saya bila muka saya dah masam macam bulan gerhana sebab kecewa kotak dah habis.

` Intan, ada tak lagi jual kotak?, Nak guna nak pindah Muadzam?’. Itulah pertanyaan saya kepada Intan yang pada masa tu tetap vouge walaupun dah memakai tutup kepala. Saya masih lagi tanya dia sama ada masih jual kotak lagi (tanpa menyedari bahawa tak kanlah Intan nak jual kotak sepanjang hidupnya, he he he.).

` Mat ada tak kotak lebih? Simpan ya, saya nak.’ Semacam mengarah pula meminta Mat simpankan kotak untuk saya. Bahagian peperiksaan selalu ada kotak-kotak kecil bekas kertas A4. Kotaknya kecil tapi keras, kalau besar tapi lembik tak guna jugakan, tak dapat bertahan lama. Dan sebenarnya Mat sudah tahu perangai saya yang suka kotak. Pernah dia tanya ` Encik Sukiman buat apa dengan kotak-kotak tu?’.

`Kotak-kotak ni siapa punya, buat menyemak je’ Pernah kawan seuniversiti tanya dengan nada tak puashati bila dia nampak kotak-kotak saya di tepi almari. Bukannya menyemak tapi saya menyusunnya dengan kemas. Dan sebenarnya dialah yang ambil kotak itu kemudiannya bila kena buang asrama sebab masalah sosial. Huh!

`Kotak-kotak ni guna lagi ke? Tanya makcik pembersih (cleaner). Dia memang selalu datang vakum bilik, lap dan sapu apa yang patut dalam bilik kerja saya.

`Aaaa..guna lagi tu’. Jawab saya walaupun saya sebenarnya tak tahu nak digunakan untuk apa. Saya mengutipnya di depan pintu seorang pensyarah senior, dia nak buang. Saya rasa sayang pulak sebab itu saya kutip.

Peranan kotak dalam kehidupan.

Kalau kita perhati betul-betul kotak memainkan peranan yang penting dalam hidup kita daripada kita lahir sehinggalah setelah kita mati, masa tu kotak kayu lagi, he he he.

Tapi saya pelik sikit sebab rasa teruja bila tengok kotak (mungkin begitu rasa yang Datuk Seri Anuar Ibrahim rasai bila dia tengok speaker atau mikropon, he he he). Dan rasa sayu bila nak buang kotak. Mungkin sesayu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dua tiga bulan nanti, he he he…

Bila beli jam tangan tiruan daripada Adnan gembira sangat sebab jam tu ada kotak cantik. Bila beli cream anti ageing berjenama Clinique RM178 (50 ml) juga saya tak buang kotaknya, cantik. Kotak fair and lovely pun saya tak buang…!

Kotak sebagai simbolisme perlindungan?

Kotak ni simbul perlindungan dalam kehidupan kita (alamak dah mula nak berfalsafah ni, he he he). Kotak melindungi, menjaga dan menghargai.

Benda-benda kita sayang kita ada simpan dalam kotak kan. Barangan yang kecil-kecil pun kadang-kadang kita kumpulkan dalam satu kotak.

Masa kecil dulu saya guna kotak untuk membuat rumah perlindungan kepada anak2 kucing yang ditinggalkan ibunya. Siap dengan buat pintu sekali dengan mengunakan pisau kecil. Pintu yang boleh buka dan tutup, siap guna pen colour juga.

Kotak jugak boleh kita gunakan untuk letak barangan yang kita tak tahu nak letak di mana. Katalah kawan kita tiba-tiba nak datang bertandang dan kita tak sempat nak kemas rumah, kita bubuh je semua barang tu dalam kotak dulu, senang gitu.

Atau barang-barang mainan anak-anak kita yang pandai main tak pandai simpan tu boleh kita masukan ke dalam kotak kalau tak ada bakul plastik. Bukan sahaja kemas tetapi juga melindungi barang mainan mereka.

Kota yang cantik

Kini ada pulak dah kat supermarket jual kotak yang cantik-cantik. Bukan yang nak beri hadiah sahaja tapi ada yang besar coraknya menarik sekali. Tetapi saya tak belilah buat masa ini, guna kotak biasa sahaja. Namun bila ada duit lebih nanti saya akan membelinya. Tiada siapa yang boleh menghalang saya daripada membeli kotak-kotak tersebut nanti, he he he.


Jan: Bila nak buang kotak selalu tertanya-tanya `Kan nak guna kan semula…’.

Tuesday, January 6, 2009

Sahabat yang sorang ini pulak...

Tidak semua orang mempunyai stail dan pandai bergaya. Fesyen datang dan pergi tapi stail adalah ada pada batang tubuh dan cara pembawakan diri. Dan bukan semua orang ada stail…termasuk saya he he he.

Orang yang berduit boleh membeli pakaian baru fesyen terkini yang cantik menarik tetapi betapa banyak mana duit pun manusia tidak akan mampu membeli gaya atau stail.

CARA BERPAKAIAN

Orangnya kemas, ada stail dan ada gaya. Sopan, santun dan tertib, gentelman. Pada pengamatan saya, apa yang dia pakai kena saja. Mungkin susuk tubuhnya tegap dan tak berpenebat. Pakai baju t’shirt berleher kura-kura pun kena.

Susuk tubuhnya tanpa pakaian (tapi berseluar la…) boleh dimuziumkan, maksud saya boleh dipamirkan tanpa rasa segan, apatah lagi silu. Bila pergi berkelah dia tidak perlu malu untuk tidak memakai baju, mandi manda dengan selesa. Tidak malu sekalipun awek tengok. Badannya ok tidak ada spare tayar atau penebat.

Badan macam saya ni kalau buka baju, mati hidup balik pun saya tak berani, malu! (kecuali dapat bayaran berpatutan dalam US dollar…pulak dah).

CARA KELUAR DARIPADA KERETA

Paling saya tertarik gayanya itu. Contohnya dia mampu keluar dari kereta penuh bergaya. Jarang orang boleh turun dan masuk ke dalam kereta dengan bergaya sekali. Bila kereta dibuka cara dia hulurkan kakinya untuk keluar dan cara dia keluarkan badan dia daripada kereta sangat berlainan, penuh stail dan ada gaya. Ah… payah lah nak terang hal ini. Saya selalu perhatikan bagaimana dia keluar daripada kereta dan stail dia menutup pintu keretanya ada gerakan yang saya dapat katakan ada kelas!.

Pada masa tu saya masih tidak berkawan lagi dengannya, saya ada selalu nampak dia turun daripada kereta Satrianya. Pada masa tersebut saya tidak terpikir saya akan jadi sahabatnya kerana antara kami berlainan bak payung terjun dengan payung biasa yang kita guna bila hujan atau matahari terik.

jankaulu: bersambung pulak dah, huh!

Tag: 10 weird things/habits/little known facts about me.

1. Suka menikmati muka orang terutama telinga dan hidung,

Kalau pertama kali bertemu seseorang, bahagian hidung dan telinga menjadi perhatian saya. Hatta bila order makanan di kedai pun begitu, saya perhati orang yang ambik oder.

Kawan-kawan ada yang perasan, contoh saya pernah `ditegur’ oleh Joe dulu, dia kata itu satu penyakit. Emm entahlah…

2. Memiliki koleksi baju yang akan dipakai jika kurus.

Sekarang dah 11 helai…Rasanya sejak menuntut di U lagi sifat ni dah tersemai…

3. Bila duduk saja ada pen di tangan suka lukis muka perempuan.

Terutama jika meeting yang panjang…

4. Paling tidak suka melihat permainan bolasepak.

Rasa lucu sebab tak sedap di telinga dan tak indah di mata, lainlah Gimrama ada bawak reaben bergulung-gulung…

5. Tidak boleh hampiri orang cacat, jadi gelap mata…nak pintam.

6. Bahagia tengok TV atas tilam/katil.

Rasa selesa dan mewah macam raja-raja Arab dahulu kala… dulu ada Tv ke?

7. Tak boleh bawak kereta

8. Suka kotak.

9. Nasihat orang bukan main lepas tu diri sendiri buat.

Contoh 1. Bukan main tak beri Kamal beli rumah di kawasan Inderapura, tup tup saya beli, he he he.

Contoh 2. Nasihat orang jangan emosi bila orang yang kita sayangi tinggalkan kita tapi bila kena atas batang hidung sendiri, terduduk…

10. Suka `nok jugok’.

Taq pilihan...Jupe Mung De'Nung dan Eja

Jan: Banyak lagi sebenarnya, he he he…tetapi terlalu peribadi…(pulak dah).

Pengurusan cuti tahunan

Kawan saya (seorang manager di sebuah bank) pernah menyatakan cuti tahunan yang diberikan majikan haruslah diuruskan dengan baik dan bijak. Katanya lagi beliau sering mengingatkan para pekerja di cawangannya supaya bijak mengunakan cuti tahunan masing-masing.

Jika gagal menguruskan cuti tersebut bermakna seseorang itu gagal dalam merancang jadual tahunannya.

Kenapa kita perlu cuti tahunan ya? Tak boleh ke kalau cuti tahunan tu kita tak ambik langsung? Kenapa pula semakin kita lama bekerja semakin banyak pula bilangan cuti tahunan yang kita dapat? Tak kan suka-suka majikan beri je kan...? Macam mana nak urus cuti tahunan kita?

Cuti tahunan yang dimaksudkan tadi bukannya cuti yang kita ambil kerana kecemasan atau pun EL tu. Cuti tahunan ni memang cuti yang diberikan oleh majikan sebagai hakmilik kita sepenuhnya. Untuk mendapatkannya kita tidak perlu sakit (atau buat-buat sakit? he he he), tak perlu bersalin atau kena ada ahli keluarga terdekat mati...
Kenapa kita perlu cuti tahunan ya?

Kita sebagai manusia biasa memang perlu cuti untuk berehat... rehatkan minda dan juga fizikal. Kalau diasak-asak jentera pun kiot kan. Minda dan badan kita tidak boleh digunapakai secara berterusan 24 jam sehari 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun. Kita bukannya badang, jauh sekali Kyle XX.

Kita perlukan cuti tahunan untuk merehatkan badan, membelai diri. Maksud saya beri perhatian pada diri daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Contohnya ambiklah kaki kita ni. Kita gunakan dia selalu, setiap hari kita ke sana ke sini kaki kita jugalah yang bawak kita. Bila kita tidur je dia dapat rehat tu pun dia kena `bangun' bila kita tidur, he he he. Gosok-gosoklah apa yang patut dengan minyak zaitun ke. Kira upahlah sebab penat kaki tu bekerja. Tak salah dua tiga hari kita cuti tahunan tu kita peruntukan sebahagiannya untuk membelai diri.

Begitu juga cuti penting untuk minda kita rehat daripada tekanan kerja. Pada zaman teknologi ni kerja apa yang tak tertekan kan? So kita boleh rehatkan minda kita dengan duduk rehat membaca cerita yang santai, menonton atau pergi berjalan-jalan ke. Biarlah pergi berjalan ke tempat yang sama tetapi kali ini dengan minda yang rehat dan tenang, kita boleh menikmati keindahannya dengan maksima. Kita akan terkejut melihat impaknya….betul-betul menikmati alam maya.

Untuk rehatkan minda dan badan tidak semestinya kita kena ke luar daripada rumah. Saya pernah ditempelak oleh kawan saya kerana bila bercuti duduk rumah sahaja. Katanya baik jangan bercuti. Saya hanya tersenyum kambing sahaja, saya tidak menjawabnya. Cuma bagi saya tidak semestinya kita bercuti kena keluar daripada rumah duduk rehat di hotel peranginan. Rehat boleh kat umah je (sebab itulah rumah kita hendaklah sentiasa kemas…)


Tak boleh ke cuti tahunan tu kita tak ambik?

Tidak ada pulak undang-undang dalam Akta Pekerja 1955 (hingga 20hb Jun 2003) yang boleh memberi kompaun jika pekerja tidak mengambil cuti tahunan.

Cuti tahunan yang tidak diambil mungkin akan di`burnt’ oleh majikan atau sebilangannya dibenarkan `naik’ ke tahun hadapan, atau berbayar( bergantung kepada persetujuan secara bertulis...) Rujuk terma di bawah:

" Majikan hendaklah memberikan dan pekerja hendaklah mengambil cuti tahunan tersebut tidak lewat daripada dua belas bulan selepas berakhirnya setiap dua belas bulan berterusan perkhidmatan dan mana-mana pekerja yang gagal mengambil cuti tersebut pada akhir tempoh tersebut adalah dengan itu hilang kelayakan terhadap cuti tersebut."

"Dengan syarat bahawa seorang pekerja adalah berhak kepada bayaran sebagai ganti cuti tahunan tertentu jika, atas permintaan majikannya, dia bersetuju secara bertulis tidak mengambil mana-mana atau semua cuti tahunan haknya." (Akta Pekerja 1955, seksyen 60E, (2).)

Berbelit jugak ayat-ayat di atas ya, maklumlah ayat `Law’ katakan. Ayat-ayat `Law’ ni saya kureng sikit tapi saya faham kita tak dihukum kalau tak ambik cuti tahunan dan kita juga tak boleh gatal-gatal minta duit daripada majikan sebagai ganti kerana kita bekerja pada hari tersebut (lainlah kalau ada perjanjian antara majikan bersetuju secara bertulis).

Terdapat majikan yang memberikan hadiah kepada pekerja yang tidak mengambil cuti tahunannya. Emm… betul ke tindakan tu? Atau kita kena pastikan pekerja kita ambil cuti tahunan supaya mereka dapat rehat, tidak tertekan dan dapat kembali bekerja dengan segar dan prokduktiviti meningkat.

Kenapa pula semakin kita lama bekerja semakin banyak pula bilangan cuti tahunan yang kita dapat?

Kita ni kan semakin umur meningkat semakin banyak perlukan rehat, semakin umur meningkat fizikal dan mental tidak lagi segalak hati kita (hati nak buat guana…terus-terusan muda je, he he he). Bukan bermakna kita menjadi semakin malas tetapi minda dan fizikal kita lebih perlukan masa rehat berbanding masa kita muda-muda dulu.

Bukan semua orang macam Anita Sarawak, cuba bayangkan kita terketar-ketar naik dan turun tangga untuk menyampaikan kuliah, sedangkan relajar kita laju je naik turun tangga di kiri kanan kita, he he he.

Tak kan suka-suka majikan beri je kan...?

Ya, kita memang perlukan cuti tahunan tersebut. Majikan juga mahukan kita sihat dan dapat cukup masa untuk berehat kerana secara tak langsung dapat menikmati peningkatan produktiviti.

Ianya bukan pasal akta sahaja tetapi mengenai tanggungjawab majikan untuk tidak meletakkan pekerja tension sepanjang tahun. Majikan sedar bahawa pekerjanya perlukan cuti tahunan untuk merancang kehidupan yang lebih sihat, cergas dan menyeronokan jua.


Macam mana nak urus cuti tahunan kita?

Soalan ni sukar dijawab, saya guna jawapan yang biasa digunakan oleh artis kita yang baru nak mula meningkat naik (maknanya tak berlagak, santun gitu), `Ah…, emmm…bergantung kepada individu…’ Sambil tersenyum, lehernya dilembikkan sikit. Mata dibulatkan…tak ketinggalan buat-buat diam seketika (kononnya nak guna atoklah tu, nak berfikir). Semuannya segalanya dibuat-buat namun masih di bawah pengaruh sopan.

Ya, jawapannya bergantung kepada individu. Namun kita boleh bermula dengan bertekad ambil cuti tahunan 2009 ni hanya untuk berehat khas untuk tubuh badan dan minda kita. Jangan lagi ambil cuti tahunan kerana nak panjangkan raya sebab nak beraya panjang di kampung, maklumlah nak minta maaf kerana umpatan berkala di sepanjang tahun yang dilakukan atau ambil cuti tahunan nak pergi KLIA, nak antar sedara pergi buat haji.

Kita boleh mulakan dengan menjadualkan cuti tahunan kita dengan serius. Contohnya di bulan tertentu atau di tengah tahun kita ambik cuti tahunan kerana nak rehatkan diri. Betul-betul nak rehatkan diri. Kita boleh balik Lampung tapi balik semata-mata nak rehat, nak lihat suasana kampung dengan mata hati, nak menikmati ikan keli di kali, air perigi di telaga…

Bukannya dalam kes nak panjangkan raya tadi di mana kita kena melayan ramai orang, keluarga, saudara mara, kawan-kawan. Nak menjawab soalan, nak menunjukan kita mesra dengan suami/isteri kita, nak menunjukan baju raya kita yang ditempah khas daripada Den Wahab, atau nak tunjuk sport rim kita yang kita hutang 4 kali bayar dan lain-lain…

Sedangkan kita patut berehat untuk diri kita sendiri. Balik Kampung tanpa ada apa-apa agenda selain daripada bercuti!

Bergantung kepada individu

Dan kalu nak cuti tidak semestinya ke luar daripada rumah, di rumah kita sendiri pun kita boleh bercuti dan rehatkan diri kalau kena gayanya, caranya. Jangan beri alasan ada anak-anak pulak, atau suami/isteri menganggu. Kalu gitu jangan beranak (eh emosi pulak tapi seminit je, he he he).

Namun seperti saya katakan tadi ianya bergantung kepada individu...(baca dengan nada sedikit merajuk dan sedar diri…)

Saya pun tidak boleh nak beri cadangan yang lebih-lebih kerana saya sendiri seorang yang gagal menguruskan cuti tahunan dengan cemerlang tahun 2008 nan lalu. Namun tahun ini saya berharap dapat menggunakan cuti tahunan saya dengan lebih bererti dan betul caranya biar memberi makna.

Jan: Sendiri tanya, sendiri jawab, macam dalam kuliah pulak…

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home