"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, November 16, 2017

Awak pakai kereta apa sekarang?

68Awak pakai kereta apa sekarang?

            “When you judge others, you do not define them, you define yourself”

16 Nov 2017



Awak pakai kereta apa sekarang?

Saya terkedu dengan pertanyaan tersebut. Bila saya terkedu maka saya tidak terus menjawab. Saya jadi geram.

Sebelum saya membeli kereta, orang bertanya “Bila nak beli kereta? Nak beli kereta apa? Setelah saya miliki kereta, orang bertanya lagi “Bila nak tukar kereta baru? Setelah beli kereta baru tentu beberapa tahun kemudian akan ada orang bertanya `Bila nak beli kereta baru?. Sekali lagi.

Jika hidup ini kita habiskan untuk menjawab persoalan di sekeliling kita, nescaya  merugikan diri sendiri. Jika kita ambil berat tentang soalan sebegitu dan sejenisnya, ia tidak sihat untuk minda kita. Malas saya hendak melayannya.

Mungkin kerana saya sendiri tidak suka bertanya kepada kehidupan orang lain secara langsung, sebab pertanyaan saya biarkan di dalam otak, maka saya tidak tahu apa keperluan untuk bertanya secara langsung soalan sebegitu. Contonnya saya tidak pernah bertanya bila kawan saya mahu beranak lagi. Saya tidak pernah tanya sebegitu walaupun anak bongsu dia sudah besar. Sebenarnya saya tidak juga peduli dengan siapa dia tidor? He he he.

“Tentu sekarang awak pakai kereta besar kan? Pensyarahlah katakan? Kata kawan saya lagi.

Mungkin sebab saya tidak menjawab, terus kawan saya ambil peluang untuk bertanya. He he he.

Pertanyaan kali kedua itu membuatlkan saya rasa bersalah kalau tidak menjawab. Tapi kalau saya jawab tentu dia sentap!

Saya berpendapat tidak salah bertanya tentang apapun tetapi lihat situasinya. Kalau rasa tak sesuai dan sensitif janganlah bertanya. Bagi saya hindarilah dari bertanya soalan sebegitu atau seangkatan dengannya, ia mungkin membawa rasa tidak selesa kepada orang yang ditanya. Dan dalam kes ini saya memang rasa tidak selesa. Bukan kerana saya malu berkereta Myvi. Saya tidak akan malu jika berkereta Myvi sepanjang hayat pun. Saya lebih malu berhutang kerana beli kereta kereta baharu sepanjang hayat!

Saya rasa tidak selesa kerana dapat saya rasakan kawan saya ini sedang `mengukur’ kejayaan hidup saya dan mahu membandingkan kehidupannya dengan kehidupan saya. Saya tidak suka perkara sebegitu terjadi. Saya kenal sangat perangai dia. Kenaal sangat.

Saya memang tidak suka dengan kawan saya seorang ini. Walaupun sudah lama berkawan sejak sama-sama belajar di Universiti Malaya, perangai angkuhnya tidak berubah. Ingatkan bila sudah  dapat ijazah dia akan berubah. Atau apabila sudah berusia dia akan jadi lebih bijaksana. Rupa-rupanya memang sifat angkuh tidak dapat dibunuh dengan sekeping ijazah atau usia. Memang tidak boleh dalam kes dia.  

“Saya pakai Honda Accord sekarang, lagi laaaa berbulu pengetua saya kepada saya”

Mungkin kerana lama sangat dia menunggu jawapan dari saya terus dia cerita pasal kereta dia pulak. Kelakar... atau memang pada mulanya lagi dia sangat berharap saya akan tanya dia pakai kereta apa? He he he. Choii...

Selepas itu dia galak bercerita mengenai perangai guru besarnya yang kononnya cemburukan kehidupan dia yang lebih berjaya. Cemburukan kereta dia. Saya terus dengar dengan penuh minat walaupun dalam hati saya, guru besar tersebut mungkin langsung tidak kisah walaupun kawan saya tersebut nak pakai kereta kebal pun.  Asal jangan kereta lembu sudah, nanti ada tahi lembu merata di kawasan sekolah.

He he he.

Lama tidak bercakap dengan kawan saya ini, nasib baik ada FB dapat kami bertemu akhirnya tetapi nasib tidak baik sebab dia masih tidak berubah sikap. Sebenarnya dalam FB pun dia ada tanya perkara yang saya rasa tidak patut ditanya di hadapan khalayak FB.

‘Saya pakai Myvi…, tempat kerja saya dengan rumah saya tak sampai pun 10 minit kalau naik kereta” Jawab saya setelah lama mendengar ceramahnya melalui telefon.

“Man ni memang dari zaman universiti dulu pun selalu rendah diri, tak suka menonjol diri…” Katanya.


Emmm....jadi benarlah dia suka meninggi diri dan suka menonjolkan diri. He he he.

No comments:

.