"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, September 28, 2017

59Sudah mahirkah saya?

59Sudah mahirkah saya?

Sekarang tahun 2013, bermakna sudah empat tahun saya bawa kereta. Setakat ini saya bersyukur, tiada saya mengalami kemalangan. Cuma dua ekor ayam telah mati dilanggar oleh CCJ 8824. Saya tidak sempat membrek apabila ayam itu melintasi jalan. Dari cermin hadapan kereta saya ternampak bulu-bulu ayam itu berterbangan.

Apakah sebenarnya ukuran untuk kita katakan seseorang itu sudah mahir kereta?, dan adakah saya sudah mahir kereta? Persoalan ini bermain di fikiran saya sejak minggu lepas. Kemahiran memandu kereta amatlah penting untuk keselamatn diri kita, penumpang dan orang lain yang berada di jalanraya, tepi jalan raya kiri dan kanan. Dan kemahiran memandu juga dapat memanjangkan hayat kereta kita, iaitu kterjaga dengan baik.

Saya sudah mengenali beberapa fungsi penting yang ada pada sebuah kereta. Minyaknya pastikan selalu ada, semahir manapun kita, tentu kereta tidak dapat kita pandu jik atiada minyak. Maka saya akan terus bubuh minyak jika saya dapati meternya sudah menurun benar.

Tahap dua saya sudah mengenali kawalan kenderaan seperti gear, kawalan steering, penggunaan cermin. Saya juga sudah boleh parking dengan elok, kecuali sehingga kini saya tidak boleh parking sisi. Saya tidak sempat belajar kerana ia memerlukan masa yang lama dan menyusahkan kereta lain yang turut sama mencari tempat parking. Jika say acuba ramai orang akan tengok satu pertunjukan badut, seperti di sarkas.

Saya percaya kemahiran ini boleh didapai dengan hanya kita memandu kereta. Kita kena berani pegang steering kereta. Kena ingat kita tidak boleh selamanya bergantung kepada orang lain.

Namun apakah ukuran sebenar seseorang itu sudah mahir berkereta? Tidak pernah berlaku kemalangan bukan bermakna mereka sudah mahir, berlaku kemalangan juga tidak boleh dikatakan mereka tidak mahir. Namanya pun sudah `kemalangan’. He he he.

Jika ukurannya seseorang itu tidak lagi rasa berdebar apabila memandu, maka saya masih lagi tidak mahir berkereta. Saya masih lagi berdebar. Sokmo begitu, Cuma saya dapat mengawalnya.

Kawan saya kata apabila sudah pandai bawa kereta kita akan teruja untuk bawa kereta. Sehinggakan kedai di hadapan rumah kita pun kita mahu pergi dengan kereta, walaupun jaraknya dekat boleh berjalan sahaja. Namun keadaan ini tidak berlaku pada saya.

Saya sudah dapat mengawal debaran saya untuk memandu lebih 100 kilometer ke Kuantan. Alhamdulilah, ianya pencapaian besar. Dan ada kalanya saya tenang apabila tiada banyak kereta. Dan ketenangan itu tentulah terusik apabila saya nanpak lori. He he he. Saya benci lori.

Kawan-kawan saya kata saya sudah mahir bawa kereta. Namun tahukah mereka sentiasa ada gelojak debaran dalam dada saya apabila saya bawa kereta.


Oleh itu sudah mahirkah saya?

No comments:

.