"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 18, 2017

10Menghadapi seribu ketakutan...

10Menghadapi seribu ketakutan...

Kata orang perjalanan yang jauh itu bermula dengan satu langkah pertama. Langkah pertama adalah terpenting, paling penting. Jadi Abang sematkan pepatah tersebut di hati. Sepanjang hari Abang bermotivasi diri tanpa ragu. Daripada pagi hingga malam.

“Aku boleh! Aku boleh! Bisik hati Abang dengan tegas. Kadang-kadang bisikan itu lahir juga di mulut. Macam orang tak betul. He he he.

Sebagai langkah pertama beberapa kali Abang masuk dalam kereta untuk menyesuaikan diri. Abang lihat apa saja yang ada di hadapan, di kiri dan kanan. Abang mahu biasakan diri. Tidaklah nanti Abang rasa pelik melihat alat-alat yang berserabut. 

Segalanya Abang tengok walaupun tidak segalanya Abang tahu akan fungsinya. Yang menjadi tujuan utama Abang ialah Abang mesti damaikan diri apabila melihat ada stereng kereta di hadapan dada. 

Abang perlu bertenang hati dan perasaan supaya tidak cemas semasa memandu. Maka perlu sangat untuk Abang mengawal degupan jantung. Abang harus kawal dengan menarik nafas dalam-dalam perlahan-lahan. Mempraktikannya berkali kali walaupun Abang rasa seolah dada Abang berasap.  

Abang fikir semuanya harus selesa. Pakai baju yang selesa dan kasut yang selesa. Pakai baju yang selesa supaya Abang tidaklah rasa pelik, dan pakai kasut yang selesa kerana Abang akan gunakan kaki untuk menekan pedal dan juga break.

Abang berlakonan di dalam kereta tersebut. Begitulah hari ke hari saya lalui. Penuh kelakar. Penuh debaran. Tanpa adik...

Abang teguhkan hati supaya berani. Abang banyak baca buku motivasi yang menceritakan halangan sebenar seseorang itu boleh diatasi dengan keberanian. Kadang kala bukan kerana kekurangan ilmu dan kemahiran yang menyekat kita daripada berjaya tetapi kurangnya keberanian!


Abang akan cuba memandu walaupun perlahan, walaupun penuh ketakutan. Walaupun pemanduan Abang bagai siput perlahannya tetapi Abang mesti buat perubahan. Abang cuba mahirkan diri dengan memandu kereta setiap hari.

Namun semasa posting ini ditulis, Abang masik lagi tidak memandu. CCJ 8824 masih tidak bergerak.

He he he.

No comments:

.