"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, September 13, 2017

59Adik Abang sudah bawa kereta

59Adik Abang sudah bawa kereta

Adik, Abang sudah boleh bawa kereta dengan lancar. Setidak-tidaknya tidak menyusahkan pemandu lain di jalanraya. He he he. 

Namun begitu adakalanya Abang masih takut apabila ada pemandu yang pentingkan diri, mereka membahayakan orang lain. Tetapi Abang selalu berfikiran positif, ketakutan harus dilawa. Semua kawan-kawan rapat Abang tahu Abang sangat takut bawa kereta. Adik tentu tahu selama ini Abang tidak bawa kereta kerana Abang takut.

Selain berada di zoo, Abang takut berada di jalanraya. Mungkin kerana semasa darjah tiga dahulu Abang dilanggar kereta ketka melintas jalan. Abang mahu ke sekolah. Sebulan Abang berada di wad hospital dan tiga bulan Abang tidak hadir ke sekolah. 

Abang tidak suka berada di jalanraya. Dan semasa Abang ada adik, Abang risau setiap kali Adik mahu melintas jalan. Demi Allah. 

Apabila kita sayangkan seseorang kita tidak akan minta apa-apa lagi kecuali keselamatan dan kesejahteraan dirinya. Itu puncak kasih. Kita tetap akan gembira walaupun kegembiraan yang dialami oleh orang yang kita sayang itu, tidak merangkumi kita... Mungkin itu istilah bahagia dalam derita?

Kadang-kadang dan sebenarnya selalu, Abang teringatkan Adik semasa memandu. Di jalanraya, di lebuhraya. Adik ada dengan abang di mana-mana Abang pergi. Adik ada di sisi hati.

CCJ 8824 ini walaupun mendebarkan Abang, tetapi dia bawa Abang ke mana-mana. Abang suka ke pasaraya, pantai dan nursery pokok-pokok. Setelah Adik pergi, kereta ini menemani Abang ke mana-mana. Abang bersamanya dalam gembira adakalanya Abang berdebar-debar. Adakalanya Abang sunyi.

Adik, kalau Adik masih ada dan kalau Abang pakai Honda tentu Adik gembira. Setelah Adik tiada barulah Abang sedar kemewahan boleh beri kebahagian pada hidup Adik. Setelah adik pergi barulah Abang mengaku duit itu penting. Dan barulah Abang sedar kemewahan itu tiada pada diri Abang untuk Abang berikan pada adik. Kalaulah Abang tahu ini dari mula, iaitu akan jumpa Adik dalam perjalanan hidup Abang, tentu Abang akan belajar bersungguh-sungguh dan kerja di Bank Negara atau Abang akan berniaga jadi orang kaya. Atau Abang akan berjimat sementara menunggu kehadiran Adik

Tetapi kini Abang hanya ada CCJ 884 di depan mata. Kereta ini kecil sahaja dan tidak menonjol. Tetapi cukuplah untuk orang seperti Abang ini hendak ke mana-mana. Lagipun tiada di sebelah. Abang tidak perlu kereta mewah. He he he.

Adik, tiada satu jalan pun iaitu jalan mati bagi rasa kasih sayang Abang ini…



1 comment:

Anonymous said...

Entah kenapa sedih `abang' itu terbawa sama seperti yang saya rasa suatu ketika dulu hingga kini. Dia sentiasa ada di mana-mana. Saya sudah lama mengikuti perjalanan cerita tuan.

.