"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 11, 2017

Graduan diploma diutamakan sebagai guru Kemas

Image result for tadika kemas
Gambar sekadar hiasan


Pada zaman saya kecil dahulu, sesiapa sahaja yang bertuah dan memiliki syarat yang minima boleh berkerja sebagai guru tadika. Jika tisdabernasib malang dalam SPM, masih boleh jadi guru, guru tadika. Tidak banyak isu yang timbul kerana kehadiran tadika pada masa tersebut adalah lebih kepada tempat menjaga dan memberikan pendidikan yang minima.

Sekarang zaman telah berubah. Berubah kepada zaman ilmu pengetahuan. Semua orang terkejar-kejar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. (Siapa yang malas akan pupus atau dunia akan memberikan kesempitan hidup yang hebat kepada mereka).

Mulai tahun ini 2017, Jabatan Kemajuan Mayarakat (Kemas) akan mengutamakan graduan diploma bidang penjagaan kanak-kanak sebagai guru mereka. Target Kemas menjelang 2020 semua guru tadika Kemas mempunyai sekurang-kurangnya ilmu penjagaan kanak-akanak di peringkat diploma.

Keperluan tersebut selaras dengan perkembangan semasa dan senang untuk kita fahami. Ilmu pengetahuan mengenai penjagaan kanak-akanak harus dipertingkatkan dan diaplikasikan. Semoga jati diri kanak-kanak tersebut boleh berkembang dan capai potensi diri seawal-awalnya. Khabarnya itulah tujuannya.

Walaupun begitu tidak bolehlah kita perlekehkan guru-guru tadika yang tidak ada kelulusan yang telah lama berbakti pada masa dahulu. Mereka ada cara dan keadah terbaik pada zamannya. Semoga guru-guru tadika tersebut dirahmati selalu. Kepada guru-guru tadika yang memiliki diploma pula gunakanlah ilmu tersebut sebaik mungkin kerana kalau tidak digunakan ibarat pokok berbuah pahit.


Kemas miliki lebih dari 11,000 tabika dan 499 Taska.

Sekian.


No comments:

.