"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 17, 2017

Makan-makan Raya 2017, Seribu Mawar: Bahagian Satu

Ini satu-satunya masakan yang saya sediakan sebagai tuan rumah

Saya berasa gembira kerana pada 8/7/2017 lalu, saya dan sahabat-sahabat berjaya berkumpul untuk makan-makan raya sempena raya 2017. Kami buat makan-makan kecil sahaja, namun meriah dan ramai yang dapat hadir.

Majlis makan-makan raya ini sebenarnya diselenggarakan oleh sahabat-sahabat saya yang bekerja di Kolej Widad (dulu Shahputra). Saya sebagai tuan rumah, menyediakan rumah sahaja, he he he.

Saya suka aktiviti sebegini sebab nak harapkan saya sorang, memang tidak laratlah...he he he.

Seperti biasa Jeha, Azwa dan Ida datang awal
Kami sudah biasa berkumpul sebegini, sebelum ini pun kami akan buat makan-makan bila rasa lama tak buat makan-makan. Kadang-kadang kami juga pergi berkelah, pernah sekali kami tidor di homestay 69, tepi pantai.

Tidak menjadi masalah untuk cari tempat berkumpul. Jika nak buat makan-makan, rumah saya terbuka bila-bila masa pada hujung minggu... Kalu saya tak ada kerja la. He he he.

Buat makan-makan ni memang kena rancang tapi kadang-kadang malas nak rancang betul-betul sebab biasanya tak jadi...kena buat spontan baru jadi. He he he.

Hapis serius giler mengupas buahan

Walaupun saya dah lebih 10 tahun meninggalkan sahabat-sahabat (berpindah tempat kerja). Kami tidak pernah berpindah persahabatan. Saya anggap ini rezeki maha besar dalam hidup saya.

Sahabat yang baik dan memahami adalah rezeki tuhan. Kita harus menghargainya.

Saya ada cerita hal aktiviti makan-makan ni kepada seorang kawan saya yang berkerja di RTM (kena sebut ke tempat kerja dia ni?). Dia beritahu saya sangat beruntung sebab ramai sahabat yang masih setia dan utuh.


Walaupun dapur kecil, mereka berjaya sesuaikan diri.Add caption

Kami sedar sekarang masing-masing sibuk sebab majoriti sudah berkeluarga. Namun sekali lagi ianya bukanlah alasan yang kukuh untuk tidak berjumpa dan makan-makan.

Saya rasa seronok apabila sahabat-sahabat datang ke rumah pada hujung minggu tersebut, sebab biasanya saya seorang diri sahaja mengurus taman dan membaca. Bila ada makan-makan, hujung minggu saya jadi berlainan. 

Kali pertama guna pemanggang ajaib yang dibeli di Lengkawi

Saya harap kami akan buat lagi makan-makan pada waktu yang bersesuaian. Ada juga sahabat yang tidak dapat datang atas urusan dan kengkangan tertentu. Namun insyallah nanti dapat berjumpa pada aktiviti seterusnya.


Antara hidangan terawal

Saya berpendapat aktiviti makan-makan ini bukanlah setakat jumpa dan makan-makan, secara tak langsung ia dapat mengendurkan tekanan kerja dan eratkan silaturahim. Tidaklah kita terpisah dan tumpukan kerja kita sahaja (yang sampai mati pun tidak siap).

Hapis memasak ayam yang saya perapkan. Periuk ini sangat berguna sebab ayam-ayam itu gerenti masak. Saya tidak rasa menyesal membelinya di Langkawi. Yang saya menyesal tak beli corelle adalah, he he he. Namun tak mengapalah saya sudah ada kawan kat sana yang boleh tolong belikan kalau saya nak.

Anak-anak turut ke dapur

Bila nak masak-masak, barulah saya sedar rupanya rumah saya tidak ada periuk besar. Saya akan membelinya nanti. senanglah juka ada periuk besar.
  


Sekian dulu nanti sambung...

2 comments:

Anonymous said...

Hafez sgt mnjaga ayam2 panggang itu..smpai sy nk tlg balikkan pon dia take over.hihihi..Excited guna vantage lebor agaknya. Mmg bjumpe cmni kurangkan stress kerja.. janji ada masa duduk bbual.

Engku Artini said...

Selamat hari raya en jan.. meriahnya raya tahun ni ..

.