Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, October 20, 2016

Kuliah malam, kisah cinta dan "Suatu hari nanti pasti ada orang yang nak kan aku..."




Kawan saya menyuruh saya menulis pasal cinta. Saya terdiam sejenak. Hendak menulis apa mengenai cinta...ya?

Kuliah malam agak penat (sebab di pagi dan petangnya juga berkuliah). Balik kuliah malam, semasa sedang memandu terdengar pula lagu Ogy Ahmad Daud di radio, `Kisah Cinta'. Sedap pulak layan lagu lama ni, teringat kisah-kisah masa zaman persekolahan menengah. Di Sekolah Menengah Tengku Mahmud.

Semasa di persekolahan menengah, saya tidak terkenal. Sebabnya saya bukannya yang terpandai, apatahlagi bukan yang terhandsum. He he he. Tetapi pada masa tersebut saya sebagai insan remaja yang lain ada menaruh hati kepada seseorang. Dan pada masa itu (sebenarnya hingga masa sekarang pun) saya jenis tidak akan luahkan apa-apa. Sehinggalah rasa itu musnah.

Lagipun ada kawan lain yang juga meminati dia. Kawan yang segalanya lebih dari saya...

"Suatu hari mesti ada orang yang nak kan aku..." Saya pahat dalam-dalam di ingatan, sambil mengepit buku kerja Fizik- SPM ke dalam makmal. Biar rasa itu musnah!

Semasa saya disapa mesra oleh pegawai keselamatan (dia angkat tangan), semasa saya membelok masa ke kawasan perumahan saya, hati saya MASIH berbisik...:

"Suatu hari nanti mesti ada orang yang akan sayangi aku betul2, kuat2..."

No comments:

   

.

.

.