Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, September 8, 2016

Kisah di Paksun Kuantan, jurujual bodoh dan baju kemeja hijau

Sekoyang-koyangnya semasa saya berjalan-jalan di ECM, saya teringat sudah lama saya tidak membeli baju kemeja. jadi saya rasa elok saya membelinya alang-alang berada di ECM. Kemeja tersebut kalau boleh, boleh dipakai untuk berjalan-jalan (luar waktu kerja) dan juga untuk dipakai pada waktu kerja. Pendek kata saya nak kemeja yang tak nak nampak serius sangat atau badut sangat.

Saya pun melenggang ke bahagian baju lelaki. Saya berkenan dengan satu kemeja harganya RM167.90 selepas diskaun. Masih mahal bagi saya. Saya lihat baju itu memang sesuai dengan saya punya personaliti dan sewaktu dengannya...tapi apakan daya harganya di luar kemampuan saya.

Saya terus ke bahagian jenama yang lebih murah dan terus berkenan dengan satu baju yang kotak-kotak. Kotaknya sangat halus dan tak ketara sangat. Lalu saya cari jurujual. Cari punya cari jurujual tersebut sedang sembang kencang di bahagian baju jenama lain. Duduk berlonggok di situ sambil sekali-sekala ketawa.... Situasi yang sepatutnya tak terjadi...(selamat datang ke Malaysia).

Jadi saya ikutlah jurujual tersebut ke departmeng dia. Saya beritahu saya nak terai baju ini tapi saya nak terai baju warna hijau. Namun dia tidak benarkan, dia beria suruh saya terai baju display tersebut yang warna merah. Dengan alasan saiznya sama. 

Saya ada dua alasan sebenarnya mengapa saya mahu cuba baju tersebut. Pertama sebab nak lihat saiz berpadanan atau tidak sebab walaupun saiz L, ia kadangkala tak sama antara satu jenama dengan jenama yang lain. Sebab kedua sebab nak lihat kaler hijau elok tak bila saya pakai. Sebab bagi saya kaler memainkan peranan penting bagi menyerlahkan kesesuaian penampilan saya.

Tetapi entah apa sakitnya otak jurujual tersebut dia buat tak tahu dan suruh saya terai baju merah juga. Saya rasa dia malas nak buka plastik untuk baju hijau yang saya nak...

Saya rasa peranan juru jual sepatutnya lebih besar dan lebih bermanafaat. Maksud saya bukan cari baju yang saiz diminta, dan tulis resit sahaja. Kalau boleh berilah panduan atau maklumat atau tanya sedikit sebanyak baju kehendak pelanggan. Contohnya untuk majlis apa atau untuk kegunaan harian atau tidak dan sebagainya. Apalah salahnya kalau kita buat hati pelanggan gembira dan rasa dihargai.

Tapi kat Malaysia ini begitulah rata-ratanya bila mengenangkan riwayat pembelian baju saya. Mungkin saya tak kelihatan seperti orang berduit sebab itu dilayan sebegitu. Tetapi tak kanlah nak saya kelihatan kaya atau berimej `datuk' atau seleberiti barulah dilayan dengan baik. Itu hipokrit...

Saya harap Paksun  latihlah jurujual mereka serba sedikit walaupun cara pengambilan jurujual itu takat muat sahaja.

Sekian...







Image result for bad salesman quotes

2 comments:

Dahlia Ali said...

Assalam Abang Jan,

Situasi macam ni bukan setakat di Paksun. Saya ke Sekret Resepi pun sama. Tanya apa ada dalam kek pun tak boleh jawab. Lebih baik letak robot je kat situ, tak perlu komunikasi..hehheh

Sukiman Ishak said...

betul, apa salahnya tahu serba sedikit pasal barang yang nak dijual...pelik betul...malas cari ilmu...pada hal dapat pahala itu semua sbb cari ilmu tak rugi...

selamat hari raya aidil adha Dahlia...

   

.

.

.