Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, May 13, 2015

Bagiku agamaku, bagimu agamamu...

Saya jarang menulis pasal agama sebab selalunya pandangan agama saya agak berberbeza dengan pandangan umum rakan seagama saya. Dan sebab kedua saya rasa pengetahuan agama saya masih kurang. Contohnya saya tidak berani menyebarkan hadis di dalam wasap jika saya tidak yakin hadis itu betul-betul sah. Saya tidak mahu menjadi seperti segelintir kawan saya yang terus `fowok' walaupun tidak tahu sah atau tidak status sesuatu hadis tersebut.

Namun peristiwa yang berlaku di Taman Medan, Petaling Jaya semalam membuat hati saya terdetik untuk menulis pandangan saya mengenai agama.

Dalam konteks warganegara di sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia, mempunyai kepercayaan adalah wajib. Mempunyai kepercayaan wujudnya tuhan termaktud dalam rukun negara Malaysia. Dengan konsep agama adalah harmoni, maka hasratnya tentulah untuk mewujudkan warganegara Malaysia yang harmoni.

Kepercayaan adalah perkara yang senang dalam kompleks, terbuka dalam sensitive.  Dan yang paling sensitif adalah pandangan terbuka terhadap sesuatu agama kepada agama lain. Agama akan menjadi sangat bahaya jika ia jatuh ke tangan orang yang bodoh dan ego.

Adanya salib di merata-rata bukanlah bermakna islam telah tercabar dan tercemar. Kebebasan beragama dan mengamalkan amalam agama masing-masing tidak boleh diganggu-gugat. Tidak bijak kita berandaian kehadiran salib akan menganggu-gugat kepercayaan agama keluarga kita, masyarakat islam kita.

Saya tidak menyokong tindakan 50 orang berhimpun membantah penggunaan tanda salib di sebuah gereja tersebut. Apatah lagi dilaporkan tindakan itu dilakukan semasa upacara keagamaan mingguan gereja sedang berlangsung. Tindakan mereka sungguh memalukan.

Bantahan yang berlangsung di Taman Medan itu dianjurkan atas alasan tanda salib itu mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam.

Memang ianya berakhir dengan pihak gereja bersetuju menurunkan lambang salib gergasi (yang dipasang pada tingkap dinding gereja) yang terletak di tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai. Apabila salib itu berjaya diturunkan akibat demostrasi, tidaklah bermakna umat islam tersebut berjaya... Kan?

Kepada saya peristiwa salib gergasi di Taman Medan Petaling Jaya tersebut, bukanlah kemenangan total agama islam dan penganutnya. Malah ia adalah sesuatu yang memalukan dan memburukan imej islam dan masyarakatnya. Ia menampakan ketakutan dan lemahnya jiwa penganut agama islam itu sendiri. Saya berani kata ia bukanlah tindakan yang islamik.

Kita seharusnya menjaga keamanan dan tidak menggangu gugat amalam dan tempat keagamaan agama lain. Hidup saling menghormati saling membantu. Orang islam sejak dulu lagi termasuk zaman nabi Muhammad kita pun hidup harmoni dan tidak memusuhi kaum Kristian.
Allahualam...
Add caption

No comments:

   

.

.

.