Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, May 27, 2015

Balik tepati masa vs balik lewat: Jangan takut balik tepat pada masanya...



JUJUR KATA kata saya merasa segan dan tidak selesa untuk `punch out' pada pukul 5.15 petang. Saya rasa tidak selesa untuk ke pejabat dan `ketip pulang' pada kotak perakam waktu tersebut. Pada masa ini majoriti kawan-kawan saya masih sibuk walaupun jam sudah melebihi 5.15  petang.

Anehkah saya?

Namun saya berpendapat mesti ada manusia yang macam saya yang bukan mahu pulang awal tetapi mahu tepati masa. Mahu lakukan banyak perkara lain lagi dalam hidup. Tetapi orang seperti ini saya percaya tidak banyak... saya berani bertaruh.

Saya berani bertaruh sebab mereka yang balik lewat ini sudah sebati dengan perangai balik lewat. Mereka tidak terasa bersalah, kalau rasa bersalah pun mereka ini akan cepat-cepat cipta alasan untuk mematikan rasa bersalah pada diri mereka. Dan akhirnya mereka rasa tidak bersalah. Agak kelakar. Namun manusia begitu.

Masyarakat kita juga makin aneh. Balik lewat dan tidak bercuti (isu tidak bercuti ini saya akan kupas di lain entry) dinilai sebagai positif kerana rajin dan mahu majukan diri. Dunia sudah terbalik.

Kembali kepada perkara dalam perenggang pertama. Saya merasa malu sebab saya seolah kelihatan tidak ada kerja atau `tidak kerja kuat', tidak bersungguh dan sebagainya. Oleh kerana majoriti pekerja di tempat saya pulang lewat, saya seolah kelihatan pulang awal! Padahal saya pulang ikut peraturan.

Saya percaya kerja tidak akan habis-habis. Namun jika kita lakukan kerja kita dengan teratur kita akan dapat menjalankan kerja dengan cekap dan pulang ikut waktu. Kalau kerja itu masih tidak dapat disiapkan, ia sebenarnya juga menandalan kerja tersebut adalah di luar bidang upaya minda dan masa kerja pekerja. Tidak boleh sewenangnya cop pekerja itu malas.

Ramai yang berpendapat dunia sudah akhir zaman, hidup terkejar-kejar. Saya tidak mahu komen pasal dunia akhir zaman...namun pasal hidup terkejar-kejar itu saya setuju. Saya percaya ramai bersetuju hidup kita terkejar-kejar...

Salahkah terkejar-kejar? Kan kita mahu hidup maju dan moden...? Biar saya jawab soalan-soalan tersebut dengan soalan: Adakah kita dapat merasai keindahan kehidupan apabila kita hidup terkejar-kejar? Haa... Adakah kita dapat bersyukur dengan kehidupan yang tuhan bagi jika kita tidak dapat merasai keindahan (dek hidup terkejar-kejar?) Haaa...(sekali lagi haaa...)

Bagi saya orang yang pulang lewat, ada juga impak negatifnya. Bukan semua positif, silap buat  ianya akan lebih negatif. Selain tidak cekap dan buat juga kerja yang di luar keupayaan tenaga dan masa mereka...mereka juga sebenarnya `penjenayah'. Mereka mencuri masa yang sepatutnya diperuntukan kepada hubungan isteri/suami, anak-anak dan keluarga... Juga mereka mungkin mencuri dari tuhan...

Maksud saya mereka mencuri `masa' yang tuhan suruh kita peruntukan kepada keluarga dan diriNya sendiri.

Saya tahu pandangan saya ini 100% akan ditolak oleh golongan yang sudah terbiasa balik lewat... Mereka akan beri 1000 alasan yang memang nampak bagus....

Cuma saya mahu bertanya "Tak kan tak ada langsung kebenaran dari tulisan saya ini...?"

Haaa....

No comments:

   

.

.

.