Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, May 19, 2015

Bulan depan dia akan menjadi janda!

Saya renung muka dia, dia contoh terbaik bila merujuk kepada kasih sayang yang akan buat seorang isteri menjadi manusia bodoh kelu. Saya boleh buat dia sebagai contoh klasik, bahawasanya kasih sayang kuat boleh menjadikan manusia itu bodoh walaupun ada PHD. 

Kalau boleh saya mahu tampar dia tiga kali!.

Pagi itu saya pakai agak kemas. Saya ambil cuti semata-mata kerana dia. Kerana dia kawan saya dan kerana dia dalam kesusahan. Saya tulis dalam email permohonan cuti saya ini berbentuk peribadi, hal keluarga.

Sepanjang perjalanan itu dia nampak terkawal. Beberapa kali saya minta kebenaran biarlah saya yang memandu kereta. Dia menolak dengan alasan dia bukannya gila, cuma suaminya sahaja kawin lain. Namun dia memandu perlahan sahaja.



Saya renung muka dia. Sebagai perempuan Melayu, saya katogerikannya ada rupa. Cuma agak gemuk. Saya pandang muka dia lagi...saya rasa sedih.

Dia beritahu suaminya kena `guna-guna' dan minta saya temankan dia untuk jumpa tok bomoh... Dia percaya begitu...

Saya pulak percaya sebaliknya. Saya tak percaya tok bomoh dan saya tak percaya suaminya kena ubat guna-guna. Saya percaya suaminya dah gilakan orang lain. Simple saja kepercayaan saya. Tapi saya tak berani lagi untuk beri pandangan saya, saya bimbang dia meletup. Saya kena tunggu masa yang sesuai dan semaga dalam perjalanan yang panjang ini akan ada masa yang sesuai.

Senang jea analoginya bila isteri dah tak menarik, ginilah jadinya. Dah beribu kes terjadi. Namun susah bagi kawan saya nak menerima hakikat. Tidak sedikit pun dia burukkan suaminya, dia burukkan perempuan yang suaminya gila itu...yang muda bergetah. Saingan dia.

Saya tahu dia dalam proses menafikan. Dia nak nafikan yang suaminya jatuh cinta pada orang lain. Payah dia nak terima yang seorang suami tidak berdosa bila jatuh hati atau mempunyai perasaan kepada perempuan lain selain darinya. Payah dia nak nafi yang seorang suami boleh kawin 2, 3 dan 4 kalau mampu.


Dan dalam banyak keadaan saya tak mampu mencelah sebab dia akan kata "Kau tak faham hati seorang isteri"...


Image result for denial stage



Saya rasa dia perlu terima hakikat dahulu yang suaminya memang dah gilakan orang lain...baru dia boleh buat keputusan yang lain dengan lebih waras.

Ini tergesa-gesa terkam cari bomoh...tak logik langsung.

Kalau beginilah tingkah lakunya, saya percaya bulan depan dia akan menjadi janda.


No comments:

   

.

.

.