Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, May 6, 2015

Kemboja berguguran ke bumi...

Dalam masa lima tahun lagi barulah taman saya ini akan matang...


Minggu lepas, saya singgah sekejap ke 1000 Mawar, Saya singgah semata-mata mahu menyiram pokok-pokok. Saya kesian kalau kemarau...mereka tentu resah dahaga. Saya lihat kemboja berguguran ke bumi.

Saya menjaga setiap pokok sebolehnya seadil-adil. Wahima rumput sekali pun, saya siram. walaupun saya sendiri gersang tetapi saya tidaklah mahu tanaman saya gersang. He he he.

Saya pernah dipuji melambung graviti oleh pemotong rumput saya. Katanya rumput rumah saya tetap kelihatan hijau dan subur pada musim kemarau berbanding dengan rumput rumah-rumah lain.

Pemotong rumput itu tidak tahu sebenarnya bukan sahaja rumput saya hijau tetapi hati saya juga berlumut...

Booo...booo jealah. He he.

No comments:

   

.

.

.