"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, February 5, 2012

Saya juga bukan seorang yang jujur...






Jawapan yang jujur dan ikhlas, bukanlah jawapan yang betul dan tepat dalam setiap temuduga. Saya sangat tahu akan hal ini. Saya tahu seawal umur saya 35 tahun.

Oleh itu saya akan berlagak nampak bagus di setiap temuduga yang dihadiri. Ada di antara temuduga, saya beritahu yang saya mahukan pekerjaan tersebut kerana suasana sekeliling pekerjaan baru nanti akan dapat membantu saya mencapai cita-cita dengan lebih cepat. Saya mahu buat PHD, dan menerbitkan banyak buku.

Namun sebenarnya jawapan yang ikhlas mungkin berbunyi " Saya mahu dipandang tinggi olehnya. Saya seorang lelaki yang terlalu biasa. Saya mahu dia lihat saya sebagai orang yang istimewa. Saya mahu dia rasa bangga memiliki saya".

Kehilangan orang yang dikasihi meragut banyak perkara, bukan sahaja kecerian hidup, tetapi juga harapan dan impian masa depan.

Saya tidak tahu apa yang tuhan mahu tunjukan. Dan saya tidak boleh banyak menyoal tuhan kerana.., mak saya marah.

Saya tidak pernah sembuh, saya hanya meneruskan sisa perjalanan ini...

Jan: Kini semua pergi, ternyata semua pergi. Tiada lagi apa-apa yang saya mahu minta sangat pada Nya kecuali tunjukan kebenaran...

15 comments:

Nong Andy said...

tapi kenapa n3 ni macam n3 jujur dr hati?

Adie Achim said...

Kredit kepada gambar yang begitu jujur di mata saya.

Adie Achim said...

Jan Kau Lu menulis. saya mau memabcanya...

Nong Andy said...

dah 2 minggu..
aku masih tunggu
ke mana kamu?
ku menanti tulisanmu

memula adie yg membisu
kini pula giliranmu?
aku memang nak mengaku
dah rindu benar dgn tulisanmu

oh encik pensyarah
harap kamu x marah
dah berkali blogmu ku terjah
kamu dah berajuk kah?

* sekadar menyapa lagi :)

Adie Achim said...

Harapnya kamu baik-baik di sana,
Hati bisik mungkin kamu sedang gulana?
atau busymu membuat kamu merana,
hmm tak tau nak bantu camana...

Ambo said...

Kembali lah Bro Jan... Wife ku khuatir dengan keadaan diri mu Bro Jan... Peminat-peminat di luar sana seramai 138854 orang semuanya ternanti-nanti entry terbaru mu, Bro Jan..

greenrose said...

sir, kenapa dah lama tak tulis blog...emmm :(

greenrose said...

aku baca sebuah blog...
posting nya sgt menarik adakala sgt lawak...
lalu aku menbaca baca dan menjadi followernya...
tetapi dari penulisannya aku dapat rasa dia tak bahagia...
sudut gelap hatinya sgt berduka...
mungkin di dunia kamu tidak bahagia...
tetapi aku sebagai peminat penulisanmu mendoakan...
dirimu nanti akan berada di syurga :)

wawa said...

di mankah jankaulu?
dah lama sangat tak dikemaskini
sakitkah?
sibukkah?
harap sentiasa sihat..rasa ingin terjah ke tempat kerjanya
dekat sangat ni!

Nong Andy said...

Minggu bertukar bulan
jan kau lupa menulis kawan
tulisanmu masih ku nantikan
harap kau ada kesempatan

* Terima kasih atas sapaan di blog ku meski kau sunyi sepi di sini :)

Adie Achim said...

Dulu semasa pertama kali masuk blog Jankaulu saya agak kehairanan kenapalah gunakan nama blog sebegitu. Takkanlah kerana nak bagi ingatan kepada diri sendiri utnuk 'jangan kau lupa menulis'.

Kini saya hampir pasti bahawa seolahnya anda sendiri telah memberi amaran dan peringatan kepada diri sendiri yang pada suatu hari anda akan berhenti menulis. Mesti ada sesuatu di sebalik semua ini.

Teruskan menulis. Sekurang-kurangnya ada pembaca tegar yang sentiasa senang dengan apa jua yang anda tuliskan.

Tak begitu?

Nong Andy said...

kalau padi katakan padi
jangan aku tertampi-tampi
terjah kesini mencari-cari
apa dicari ku pun tak pasti

Terima kasih ucap diberi
sebab masih menyapa kulagi
moga hendaknya terbuka hati
menulis semula walau satu entri

dah lama engkau bercuti
kalau x silap dah lebih sebulan ni,
aku berpantun, pantun tak jadi
berharap kau menulis lagi

*Terima kasih atas sapaan. Amat menghargai :)

Nong Andy said...

terjah lagi...

dan masih setia menanti :)

greenrose said...

Setiaku Disini - Ziana Zain
lagu yg sedih... T_T

kueh said...

rindu <3

.