"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, April 19, 2012

Kasih sayang dalam semangkuk tom yam: KFC, Bee Huat dan Rossa

Dalam renyaian hujan, saya sendirian memandu pulang ke Indera Sempurna. Saya ke Giant semata-mata untuk makan KFC. Dulu agak janggal tetapi kini sudah semakin biasa makan KFC seorang diri di supermarket Giant (mungkin akan menjadi kebiasaan di seumur hidup... he he he). KFC di Giant sedap, setaraf dengan KFC di Kuantan Perade. Bagi saya, rasa sedap KFC berbeza antara satu sama lain, mungkin cara dia mengoreng ayam tersebut. Entahlah. Saya tetap menyukai KFC walaupun harga `snake platenya' sudah berubah. Bertambah mahal.
Memang ketika ke tempat parking, hujan sudah mula merintik. Saya mendongak. Langit makin kelabu. Dengan senang saya berlari-lari anak menuju ke kereta tanpa membimbit apa-apa barang. Memang saya ke giant semata untuk membaham KFC.
Dalam renyai hujan saya memandu penuh berhati-hati. Kata kawan saya memandu laju dalam hujan berbahaya, tayar kereta kita tidak jejak ke bumi. Saya memandu selaju 45km. Ketika memandu perlahan saya melepasi bangunan yang tertulis Bee Huat. Saya tersenyum (seperti babak dalam drama-drama swasta di ASTRO).
Bas Bee Huat banyak menyumbang jasa kepada saya. Kalau saya sultan tentu bas tersebut sudah menjadi Datuk Bee Huat. Sepuluh tahun dahulu, pada mula-mula injak tanah Pekan. Bas Bee Huatlah yang menjadi kenderaan rasmi saya. Saya berBee Huat ke tempat kerja dan juga jika mahu ke Bandar Kuantan. Saya ada juga naik bas Rahmat Alam tetapi saya lebih suka naik bas Bee Huat. Bas Bee Huat lebih mesra alam, cerah di dalamnya, banyak tingkap yang tidak dilangsirkan.
Dalam renyaian hujan saya tersenyum lagi. Teringat saya suatu peristiwa yang lucu (setidaknya kepada saya). Ianya melibatkan saya dan bas Bee Huat. Dan kini cerita lucu tersebut membuatkan air mata saya bergenagan. Sedih… (pulak dah).
Ceritanya begini…
Saya pegang tiang bas Bee Huat tersebut sekuat hati. Ramai juga penumpang yang senasib dengan saya. Mereka terpaksa berdiri sebab semua tempat duduk sudah penuh. Hari pasar minggu di perumahan 500 memang begini keadaannya. Bas penuh sesak. Bertambah sesak sebab pelajar Kolej Shahputra juga akan ke pasar malam tersebut (sebenarnya pasar tersebut beroperasi hampir seharian, petang sudah ada hinggalah malam).
Saya sedar beberapa orang masih memerhatikan gelagat saya. Sebab itulah saya pegang beg plastik yang berisikan ayam, udang, tomato, karot, bunga kubis dan daun limau purut itu dengan erat. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya buat-buat serius seolah tiada apa-apa yang berlaku… saya buat muka empat sepuluh (muka masam).
Dan semasa saya menulis posting ini saya juga tersenyum. Cuma kali ini air mata yang mengalir saya kesat dengan lengan baju… Saya tidak mahu lap top saya atau cadar saya basah. Hanya allah yang tahu bumi hati ini namun saya terus juga menulis. Ia amat memilukan… (baca dengan nada sedikit sedih…)
Saya teringat lagi…
Cepat-cepat saya dengan handsumnya mengutip buah tomato tersebut, begitu juga daun limau purut, bunga kobis dan kiub perasa tom yam. Memang saya malu tetapi saya mengutipnya jua… Saya terpaksa membongkok dan merangkak untuk mengutip buah tomato. Yang jatuh berserakan dan bersembunyi di bawah bangku para penumpang bas Bee Huat tersebut… Nasib baik ada yang mengangkat kaki memberi laluan supaya senang saya mengutip buah tomato yang bertaburan tersebut. Saya beli banyak buah tomato.
Sebenarnya bas Bee Huat tersebut membreak secara tiba-tiba, saya yang berdiri manco terhenjut ke depan. Dan beg plastik nipis berisi bahan makanan terkoyak. Rabak. Habis bertabur buah tomato dan segala isi perut beg plastik tersebut. Melenting ke serata penjuru lantai bas. Beg plastic itu nipis.
Saya suka ke pasar malam Rumah 500. Kawan saya beritahu pasar malam rumah 500 ini dikenali sebegitu nama kerana ada 500 buah rumah di situ. Saya tidak membilang kerana saya terus percaya. Kerana dia ustad. Kadang-kadang saya saja pergi jalan-jalan dan berlama-lamaan di pasar tersebut untuk hilangkan rasa sunyi rindu pada kampong halaman. Hidup seorang diri di tempat orang sangat sukar tetapi saya harung. Sepenuh hati. Menaruh harapan.
Setelah saya mengutip mana yang ada, saya masukan ke dalam beg plastik yang berisi ayam dan udang. Kali ini saya pegang erat-erat bahan-bahan makanan tersebut.
Ayam tersebut sudah dihiris kecik-kecil. Saya sudah menyuruh penjual supaya memotong ayam tersebut kecil-kecil, siap saya beritahu saya mahu buat tom yam. Beg plastik isi ayam ini tidak mudah koyak sebab penjual tersebut buat dua lapis.
Saya hendak masak tom yam. Balik ke rumah sewa saya di Taman Maulana, saya akan bersihkan ayam dan hiris bahan-bahan lain. Saya tahu benar tom yam makanan kegemaran dia. Kadang-kadang saya lihat dia hirup kuahnya sampah habis licin.
Semangkuk tom yam tersebut resipinya biasa-biasa sahaja. Namun dalam semangkuk tom yam itu bukan sahaja mengandungi ayam, udang, tomato dan bahan-bahan lain, ia juga mengandungi kasih sayang dan keikhlasan saya. Walaupun hanya semangkuk tom yam sahaja yang dapat persembahkan saya tetap bersyukur. Saya amat berterima kasih pada tuhan… (Pada masa tersebut).
Dalam renyaian hujan tersebut saya baru sedar sudah lama saya tidak masak tom yam. Mungkin kalau disuruh buat tom yam saya sudah tidak pakar. Bertahun sudah saya tidak memasak tom yam.
Yang saya ingat untuk membuatkan rasa kuah tom yam kita dipuji orang, kita harus letak banyak udang supaya air udang tersebut `turun’ dan membuat kuah berbau wangi. Begitu juga air buah tomato pula akan kontribiuk (menyumbangkan) rasa masam kepada kuahnya.
Sudah bertahun-tahun saya tidak masak tom yam. Hujan sudah tidak renyai lagi. Hujan sudah bertambah lebat. Disulami manja dengan guruh dan halilintar. Saya terus memandu. Dan kemudiannya kereta Myvi saya membelok ke kiri ke jalan hala ke Pekan. Selepas melepasi KIPSAS, kereta saya mula menaiki jambatan. Dulu jambatan ini rendah sahaja dan bila hujan paras air sungai melimpah ke atas jambatan.
Tiba-tiba saya terdengar sebuah lagu dari radio kereta…

Ku menunggu, ku menunggu
Kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu
Kau dengan kekasihmu
Ku kan s'lalu di sini
Untuk menunggumu

Cintaiku
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

Datang padaku
Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Akan selalu setia tuk menunggumu

Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Dan aku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu
(Aku tetap menunggu)
Ku tetap menunggu
(Aku tetap menunggu)
Ku tetap menunggu


Untuk menghalau perasaan sedih, seperti biasa saya turut sama menyanyi part `na na na na na’ tersebut. Sambil menyanyi saya membetulkan gaya rambut korea saya (gaya rambut macam hero cerita korea). Saya terus ber `na-na-na’. Saya tidak kiralah kalau nyanyian saya menyebabkan hujan berapi atau gempa bumi.Sumpah saya tak peduli.Lagu itu rancak, membirah (mengada-ngada) dan seksi…

Namun saya tidak dapat menghalau ingatan saya ke atas semangkuk tom yam tersebut. Lalu saya kesat air mata dengan lengan baju. Pedihnya tiada terperi. Semangkuk tom yam dan sedulang kepercayaan saya terhadap dunia goyah. Dengan suara hati yang dalang (dalam) saya teringatkan segalanya….

Apabila kereta saya sudah memasuki kawasan perumahan Indera sempurna hujan telah tiada. Rupanya tiada hujan menimpa di Indera sempurna. Bandar Kuantan hanya berhujan.

Jan: Namun bumi hati saya tetap basah…

12 comments:

Nong Andy said...

akhirnya..... :)

terima kasih :)

greenrose said...

:) <3

wawadave said...

Kesedihan sy yg berterusan juga menyebabkan sy mcm jankaulu..merintih dgn oftennye.. (cume reasons yg mungkins sdikit berbeza).. Welcome suki!

UJ said...

welkam bek...

Nong Andy said...

teringin merasa semangkuk tomyam yg penuh kasih sayang.. er. minta resepi? :)

Anonymous said...

akhirnya...

aima said...

akhirnya abe mer kembali, berbaloi penantianku dan nong andy serta peminat peminat lain.....nk kena pergi juga pasar malam rumah 500 ni, tapi di mana ya?

tulis lagi, tulis lagi, tulis lagi ...

mau cari abe mer kat kfc giant la....kheee

Anonymous said...

suke2....hihi

k anum said...

welcome back suki....

Eja said...

emmm...masih gugur airmata ker bila tringatkn dia...kata dah kering airmata utk dia... sabar skiman..

kueh said...

i shed my tear not because of ur posting but touched by ur sincerity of writing.

sukiman said...

hanya allah yang tahu apa yang bumi hati saya merasa...

.