Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, February 5, 2012

Hutang tak berbayar

“Life ends when you stop dreaming, hope ends when you stop believing, love ends when you stop caring, friendship ends when you stop sharing... so share this with whom ever you consider a friend.”
-Friendship quotes


HUTANG tak berbayar atau pinjaman yang tak berbayar ini saya rujuk kepada pinjaman yang kawan kita buat, atau pinjaman yang kita buat dengan kawan kita (bukan bank). Yang tak berbayar.
Saya menulis hal ini kerana seorang kawan saya merasa serba salah sebab kawannya masih tidak membayar hutang dia. Janji seminggu dua tetapi kini sudah berbulan dan sudah masuk tahun baru. Dia tidak tahu apa yang nak dibuat. Saya pun tidak pandai juga nak bantu dia sebab saya juga jadi mangsa.
Kawan saya kata dia terdesak mahukan duit itu tersebut sebab mahu buat bayaran kepada perkara yang memerlukannya. Saya faham benar sebab saya mengalaminya. Sampai kini saya tidak akan maafkan kawan saya. Apa yang saya lalui amat perit. Sehingga saya menulis posting ini saya masih membayar hutang saya bagi pihak dia kepada kawan saya yang saya pinjam duit. Yang saya rasa tidak patut.

Biarlah saya cerita. Jangan ingat saya solo dan berjawatan pensyarah, saya tidak ada komitmen besar. Saya perlu menyimpan dengan gigih untuk dapat seribu dua dalam simpanan saya. Dan kedua saya juga suka berbelanja, he he he.

Mulanya begini. Apabila sahabat baik saya perlukan duit, saya tidak ada duit. Dan saya kesian kerana dia perlukan duit untuk perjalanan basik hidup dia. Dia tak tahu nak pinjam kat mana sebab orang tak akan percaya dia tak ada duit. Dia juga agak berjawatan dan perlu meneruskan gaya hidup dia yang bergaya.

Saya pun begitu kalau saya beritahu kawan-kawan saya tak cukup duit, mereka gelakan saya. Perkara ini pernah terjadi. Maka saya beritahu kawan saya yang kawan baik saya mahu pinjam duit, bukan saya. Saya minta tolong benar pinjamkan duit kepada sahabat baik saya dunia akhirat tersebut. Saya merayu...demi nak tolong kawan. Demi persahabatan....

Maka saya pinjamlah daripada kawan setempat kerja saya. Saya pinjam untuk kawan saya dan saya ada beritahu hal ini kepada kawan saya. Saya beritahu "aku pinjam duit kawan ni, mung kena bayar nanti malu aku kat tempat kerja. Sebab mung tahu aku pun tak ada duit".

Dan begitulah terjadinya, sehingga kini sudah dua tahun lebih dah berlalu. Dan dalam FBnya ada saya lihat dia hidup dengan bergaya dan ada pula dia melancong ke luar negara lagi.

Tentulah hati saya amat sedih dan tuhan sahaja yang tahu. Saya pula terpaksa meminjam seribu sana, seribu sini untuk bayar dulu duit kawan saya yang saya pinjam sebab sudah terlalu lewat.... Dan kemudiannya saya kena bayar ansur-ansur kepada kawan saya yangs aya baru pinjam ini (gali lubang tutup lubang). Semua kawan yang terlibat adalah kawan setempat kerja. Saya malu sangat. Sampai hari ini saya tidak dapat menerima kejadian ini kerana dia tahu saya pun tiada duit. Lebih memilukan dialah sahabat baik saya yang saya rasa memahami perjalanan hidup saya... Yang amat saya hargai dan percayai.

Tetapi kalau persahabatan kami hanya bernilai sejumlah duit itu, saya redhalah. Ambillah duit tersebut. Carilah sahabat yang lain...

Jan: saya tidak kisah sangat pasal duit yang beribu tersebut tetapi saya sayang persahabatan kami...tergamak dia buat begitu...

4 comments:

wawadave said...

mmg la mangkuk kalau kejadian mcm ni berlaku... tensen tgk dlm FB sengih2,makan tmpat hebat2.. pdhal penah berjanji nk pulangkan.. weng kan?

Anonymous said...

perkara seperti ini pernah terjadi pada saya.. sampai duit dalam akaun bank dalam poket tinggal sen je.. tapi akhirnya saya redha walau dia tidak bayar sesen pun.. dari saya simpan dendam dalam hati sampai mati.. tapi dia hidup berlagak kaya sampai mati.. saya juga yang susah hati nanti.. ada lah bahagian untuk dia suatu hari nanti.. Tuhan maha kaya maha adil..

Nong Andy said...

oh.. sungguh kejamnya kawan itu.. mana boleh panggil dia kawan lagi!!

Abah Mui'zz said...

Mang, Tuhan Maha Adil. Walaupun aku tahu mu mesti tak doakan benda2 yg tak baik pada dia, tapi percayalah, Allah itu Maha Adil. Masing2 akan ada hari dan bahagian masing2. Kawan tu mungkin tak sedar hakikat tu agaknya.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home