"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, February 9, 2010

Perasaan ingin diam bila hati ingin mati...

...bilakah berakhirnya riwayat sebuah perasaan?
Riwayat kasih sayang, mungkin juga cinta dan harapan...
Ya! kerana jalan ceritanya telahl ama punah
Kanvas layar berhabuk tercalar-cerai,
carik robek...
yang akhirnya menjadikan hati ini bisa bernanah
yang sakitnya sampai ke tulang tubuh...
tulang tubuhku yang kian kaku, (bila hati kian sayu...)

Menghitung hari di sini...
terasa saja baik mati...
Mati bermula daripada hati...
kerana dialah yang tercedera tidak mampu bernafas...

(Ah! Lautan China Selatan itu tidak mengerti
kerana selalu menjadi diari diri untuk orang lain.
diri orang lain... bukan untuk biawak pasir... )

Apabila pelita tiada apa guna sumbunya...?
Hati yang sakit
menjadikan aku ingin saja berdiam
juga menjadi tuli
dan akhirnya buta tanpa nafas

kerana...? ( biarkan... biarlah...rahsia...)
kerana hati ini
ingin mati...
ingin saja mati...

8 comments:

LilYLiZ@ said...

betul tu...buat apa nak kenang2kan lagi orang lain...dia mungkin dah bahagia sekarang. bukalah hati untuk orang lain wak,mana la tau orang yang lain tu lebih baik

unclejoe said...

tol tol tol.... dia bukan yang terbaik untukmu... dah lah skiman... layan perasaan camni tak habih sampai biler...by the way... cina selatan laut je kan... bukan lautan...lautan hindi ye la kan...

sukiman said...

kita tak tahu lily, kita tak tahu....

thanks joe...

LilYLiZ@ said...

wak..sebab kita tak tau la kita kena cuba. Tak semua benda yang kita suka orang lain akan suka dan sebaliknya. sebab tu la kita diciptakan berbeza untuk menjalin keserasian. Ex-gf awak tu kahwini orang lain atas paksaan mak bapa ker?

sukiman said...

Ex-gf yang ke berapa maksud awak?

LilYLiZ@ said...

wah...ramai sgt ex gf yer. Alaa..si dia yang buat awak merana tahap dewa ni la. mesti istimewa sgt kan

sukiman said...

sya kecewa la lily. sya ingat bila dah tua sya dapat handle kkecewaan dgn matang tapi...macam pemuda putus cinta pulak...2 x 5 je.

tak tahulah apa akan jadi pada sya...

has said...

duit ada bahagiakan diri kita dengan duit kita, buat apa yang kita suka hati orang kita tak tahu sebab tak ada skrin yang boleh memaparkannya, jadi, masa lapang turun KL shopping dan jumpa kawan lama ni...boleh kan..

.