Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, March 30, 2015

Ketakutan kita pada GST

He he he...
 
 
 
SEPULUH daripada sepuluh kawan yang saya temui melahirkan kegusaran mereka mengenai GST yang akan berkuatkuasa esok lusa. Bersungguh-sungguh mereka percaya GST akan menyusahkan kehidupan mereka.... Saya mendengar dengan teliti dan `buat-buat' bersimpati dengan mereka...
 
Saya tidak menyalahkan mereka kerana saya sendiri juga ada kekhuatiran akan perlaksanaan GST akan membebankan diri saya dan masyarakat amnya.
 
Jika dilihat dari sejarah negara-negara yang melaksanakannya, hampir seratus peratus Negara terus mengamalkannya kerana kesan perlaksanaan GST membawa keuntungan kepada negara dalam jangka pendek dan kepada rakyat dalam jangka panjang. Ini kerana kerana hasil kutipan cukai dapat digunakan  ke atas pembangunan ekonomi dan sosial. Pembangunan ekonomi inilah akhirnya akan dinikmati oleh rakyat. Dan dalam kamus ekonomijan, tiada pembangunan tanpa inflasi. Ibarat tiada cinta tanpa airmata...

Namun begitu tentulah pembangunan ekonomi dan sosial `makan masa' untuk dilihat dan dirasai oleh rakyat. Contohnya lihat pembangunan bandar-bandar kita ibarat menanam benih hari ini, tak kanlah esok lusa dah berbuah.
 
Dan maksud `rakyat' tadi adalah rakyat yang rajin...kalau rakyat yang malas, bangun tidor tengahari... Kita beri subsidi gajah rimau pun, dok gitu jugoklah...
 
Sesuatu yang baru, asing dan tidak difahami akan menyebabkan manusia berada di dalam kegusaran. Perkara ini memang berlaku sejak zaman kucing kirong lagi, maksud saya mereka bukan sahaja gusar tetapi juga menanam tanggapan yang negative. Seolah-olah habislah mereka bila ada GST nanti.
 
Saya tidak menyalahkan diri saya dan kawan-kawan saya seratus peratus kerana bagi saya kerajaan masih tidak cukup usaha dalam memberikan penerangan kepada rakyat mengenai keperluan negara kepada GST. Masa yang dimiliki bagi memberi kefahaman kepada rakyat mengenai kepentinagan-kepentingan perlaksanaan GST tidak digunakan dengan maksima. Contohnya perlaksanaan GST penting untuk membasmi pengangguran di kalangan siswazah kita. Bahawasanya GST akan membawa generasi akan datang ke tahap kehidupan yang lebih selesa. 
 
Bagaimana pula GST dapat menghapus pengangguran? Mengapa bila kena bayar cukai tahap kehidupan lebih selesa?  Haaa...di sinilah saya berpendapat penerangan GST tidak sampai ke akar umbi yang sebenar-benarnya. Hanya diulang-ulang `negara lain semua sudah buat GST...maka ia baik"... Haaa. Dan dicampur pula dengan isu politik, maka bertambah kaburlah pemahaman rakyat.
 
Mungkin keberkesanan positif perlaksanaan GST tidak secara langsung terhadap kita tetapi kesannya ke atas kesejahteraan hidup anak cucu kita pada masa akan datang.
 
Dan rakyat kita pula bukanlah jenis yang ingin atau suka mencari ilmu pengetahuan selain galak menghadap television pada lewat petang. Melihat drama adanya. Atau `main' telefon bimbit. Haaa..

 
 
Mereka ini terus berada dalam ketakutan yang wajar. Saya kata wajar kerana dengan pengetahuan yang hanya seciput, dan dengan fikiran negatif,  memang layaklah mereka gusar!
 
Abang Jan: Gusar para peniaga akan `menaguk di air yang keruh"... Haaa...

Wednesday, March 25, 2015

1000 Mawar: Buat hati yang mengerti...

 
 
"Jatuh cinta pada yang tidak ikhlas adalah satu tragedy yang sadis bagi pemuda yang setia... Ia akan merubah segalanya, bukan sahaja tanggapan mengenai cinta, kasih dan sayang..."
 
 "Kepiluan sebuah hati, kemusnahan sebuah harapan dapat dilindungi dengan senyuman...tetapi tidak mata..."
 
 
- Abang Jan, Mac 2015
 
 
Terimalah lagu ini buat hati yang mengerti...:
 

Peluang untuk membentuk generasi muda semakin nipis

Saya bersetuju dengan pendapat jika mahu wujudkan dunia yang sejahtera, manusia mesti melahirkan generasi yang bijaksana. Kita tidak mahu miliki generasi yang kcau-bilau dan tipu daya, atau generasi yang bodoh dan sombong tetapi perasan cerdik dan benar. Atau kedua-duanya sekali.



 
 
Generasi itu adalah manusia. Manusia yang bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Manusia tidak terbentuk dengan semulajadi menjadi baik, bertimbangrasa, berdisiplin, santun dan bijakana.

Generasi dewasalah harus bertanggungjawab membentuk dan tanamkan nilai kemanusiaan yang baik. Sedangkan nabi kita juga melalui `pembedahan' untuk muncul sebagai manusia yang seharusnya dihormati dan disanjungi.
 
Apabila melihak anak kawan saya yang nakal pecahkan pasu antik yang saya beli RM450, saya terus berpendapat bahawasanya kenakalan itu dapat dikawal. Pasu tersebut mungkin dapat dibeli semula, namun kesantunan dan ketertipan tidak dijual beli dimana-mana...

Tidak bolehlah kita sebagai ibubapa mengandaikan nakal itu sifat biasa dan tidak perlu ibubapa berbuat apa-apa. Ini hanya pasu, bila besar mungkin Bank Negara `dipecahkannya'...

Namun saya percaya untuk menghapuskan sama sekali sifat nakal pada kanak-kanak  adalah mustahil sebab mereka tidak cukup akal. Tetapi kita tidak bolehlah lepas tangan...
 
Namun siapakah paling bertanggungjawab terhadap perkembangan sahsiah diri anak-anaknya? Ayahnyakah? ibunyakah? Masyarakat? Kerajaan? Haa...
 
Secara tradisi ibulah yang selalu ada di rumah. Ibulah pendita yang mengajar banyak perkara sehingga maha hebatnya ibu, kita simbolikan syurga itu dibawah tapakm kaki mereka. Sebab mereka buat banyak perkara, maha besar tanggungjawab dan pengorbanan mereka pagi petang siang malam.

Namun keadaan tradisi ini telah mulai berubah apabila berlaku pembangunan dalam ekonomi dan dunia pendidikan. Dalam masyarakat moden si isteri tidak selalunya berada di rumah. Dengan taraf pendidikan yang tinggi, wanita mula keluar bekerja untuk membantu kewangan keluarga.

Dewasa ini jarang ada lelaki yang boleh sara anak bini.

Dalam kajian yang dibuat oleh sebuah universiti awam, 50% lebih wanita keluar awal pagi untuk pergi kerja dan kembali ke rumah lewat petang atau awal malam!. Mereka menghabiskan purata antara 8 hingga 10 jam sehari ditempat kerja. Haaa... Dan peratusan ini terus bertambah dari setahun ke setahun.
 
Apabila mereka pulang dari kerja, mengaku letih lesu dan stress. Yalahkan, nak urus rumah, anak-anak dan suami. Sebab itulah mereka tidak dapat menjalankan fungsi surirumah dengan baik sebab mereka bukan surirumah.

Mereka menghadapi cabaran yang hebat untuk membesarkan anak-anak, maka tidak bolehlah bebanan membentuk sahsiah anak-anak diletakan di bahu si isteri sahaja. Mereka letih dari segi fizikal dan mental. Mereka bekerja dua alam. Satu alam kerja dan satu menjadi pekerja dalam rumahtangga. Dengan balik lewat petang atau awal malam, mati hidup balik dan jadi zombie pun mereka tidak mampu merasai nikmat keseimbangan antara kerja dan keluarga.

Hendak harapkan suami? Kadang-kadang mereka rasa mereka macam tidak ada suami pun..he he he.

( maksud mereka mungkin suami mereka juga sibuk bekerja...)

Maka sebab itulah peluang untuk membentuk generasi muda ini semakin menipis. Dan peluang untuk kita menjadikan bumi tempat yang sejahtera juga semakin tipis. Sebabnya anak-anak yang terbiar akan membuat onar, kesannya besar dan berpanjangan terhadap pembentukan bangsa dan negara.

Mereka yang tidak terbentuk akan menjadi ejen pemusnah bumi dengan caranya sendiri...

Haaa...
 
 

Pernah tak terfikir...?

Pernah tak terfikir anak kita ada hak atas gambar mereka?. Hak untuk tidak dipaparkan berleluasa gambar mereka tersebut dalam FB kita? Atau sebab mereka anak kita, kita boleh buat apa sahaja ke atasnya...
 
Kata kawan saya "Mengapa pulak saya tak boleh letak gambar-gambar anak saya yang comel yang baru boleh menirap tu dalam FB saya?".
 
Saya diam...
 
Malas nak jawab...
 
 
 

Monday, March 23, 2015

Dia tak pandai jaga anak!!!



Bersambung... (tak mula pun lagi...he he)

Cinderella 2015: Biarlah saya terus `bermimpi'...



 
Selalunya orang yang sabar, halus tutur kata, baik dan selalu tersenyum akan mendapat kehidupan yang baik. Itulah yang kita selalu dengar (dan mahu dengar). Ringkasanya pembalasan positif bagi mereka...sebab keajaiban sebenarnya ada...
 
Dan cerita Cenderella mengiakan kata-kata tersebut.
 
Tidak ada banyak perkara yang berjaya menarik hati saya apabila menonton cerita ini. Ceritanya seperti biasa sahaja. Seperti cerita-cerita yang diberitahu kepada kita.
 
Saya dapati ramai juga ibubapa yang seret anak-anak mereka untuk melihat cerita ini. Mungkin mahu menanam moral kepada anak-anak kerana mereka tak sempat buat. Sibuk dengan kerja dan KPI. 
 
Seperi biasa, watak Cenderalella adalah watak yang baik hati...Dan mak tirinya jahat hati...
 
Adegan yang paling saya suka apabila dentungan jam 12 malam menukarkan Cinderalle, tikus, kuda, angsa dan lain-lain kembali ke bentuk asal... Yang lain-lain biasa sahaja.
 
Saya suka lihat Kate Blanchett (mak tiri), dia nampak jahat...
 
Saya beri 3 bintang untuk cerita ini (maksima 5 bintang).
 
 
 
Saya pun tidak mahu komen panjang-panjang, semua orang tahu ini cerita...
 
Semua orang boleh bermimpi suatu hari nanti akan ada orang  datang `menyelamatkan' mereka. 
 
Kita tidak perlu membayar untuk dapatkan mimpi yang indah...

Abang Jan: Saya terus bermimpi dia berlari kepada saya meninggalkan segala-galanya...SEGALAnya. |Datang memeluk erat dan berkata "Menipu Abang adalah perkara terburuk sekali...yang saya lakukan dalam hidup saya"...

Oh...saya hanya teruskan mimpi hingga tutup mata...titik.

 

Friday, March 20, 2015

Everything happens for a reason, right?

Saya senyap sebab kawan-kawan perempuan saya seolah `bersising lengan', menghentam bekas suami salah seorang kawan kami.
 
Daripada cerita seolah-olah 100% kesalahan ditimpa kepada suami kerana berkahwin lain...
 
Saya senyap sebab saya fikir jika tidak dengan Si A, suami kawan saya tersebut juga akan curang dengan orang lain. Tapi bolehkah kita terus guna perkataan `curang' apabila seorang suami jatuh cinta kepada orang lain bila dia ada isteri?
 
Bagi saya isteri dia cantik pada asalnya tetapi kini terlampau obess dan tidak menarik. Kalau "jaga bentuk jaga rupa tiru macam saya" - bak kata Saloma. Mungkin ceritanya lain. Tapi ini cerita lain.

Saya pula senyap sahaja sebab kalau saya beritahu sebagi bini kita kena la jaga penampilan...nanti saya dicop gila seks. Lelaki gila seks. Tapi seanjang umur 45 tahun ni saya tak pernah pun jumpa seorang lelaki yang tak gila seks... Haaa...
 
Orang lelaki memang orang lelaki. Kasih sayang mereka di mata, percayalah saya. Mereka tidak pusing pasal pengorbanan isteri mereka. Lelaki memang begitu (tidak semua),... Mereka setia di depan mata...(tidak semua). Mungkin hampir semua. He. Mereka adalah lelaki. Kita kena sedar bila kita kawin dengan lelaki. Kalau tak tok sah kawin dengan lelaki...
 
Mengapa sudah ada isteri tapi masih jatuh cinta dengan perempuan lain? Kata kawan saya.

Berdosakah? Tentu tidak kan... Haaa...
 
Sekarang peluang ada di mana-mana. Mereka boleh berpoya-poyi kat mana-mana. Perkara yang paling mustahil adalah menyekat mata dan hati suami ke arah lain...


Selain sebab lelaki itu gatal (boleh ke tuduh mereka gatal semata kerana nak kawin lain? tak adil kan?), mungkin ada sebab lain...

Abang Jan: mesti ada sebab kan?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home