Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, April 2, 2019

Padam muka saya!


61Padan muka!


25 november 2010

“Jangan sesekali kita berhenti belajar kerana kehidupan ini tidak sesekali berhenti mengajar kita…”


Hari ini sepanjang hari saya google mencari ‘Apa itu tangki air kereta? Saya perlu tahu kerana satu kejadian hampir ngeri telah berlaku. Satu kejadian yang mengajar saya supaya tahu fungsi tangka air yang ada dalam kereta. Saya juga dapat simpulkan daripada kejadian itu bahawa tuhan masih sayangkan saya dan `pembayarannya’  harus saya lakukan adalah terus belajar mengenai kereta.
Tangki air ini juga dipanggil radiator. Sebenarnya saya pernah terdengar percakapan `radiator’ ini dari perbualan kawan-kawan tetapi saya tidak tahu dan faham “Apa itu radiator?  Sekarang saya sudah tahu radiaotor adalah tangka air yang mengandungi air untuk menyejukkan operasi enjin. Maklumlah sebelum ini saya tidak pernah menggunakan tangka air ini. Saya tidak pernah isi air dalam tangki. Biasanya jiran atau ayah saya yang isi air tersebut. He he he.
Pelik tapi benar.
Perjalanan balik kampung tersebut memang mengajar saya mengenai banyak perkara. Pucat saya apabila ianya terjadi.
Entah macam mana tiba-tiba saya tertengok bacaan suhu kereta saya. Jarumnya tertanda di `H’. Ini menunjukan kereta saya panas dan kering air. Lantas saya teringat kawan saya beritahu kepanasan itu akan membuatkan tangki kita berasap dan enjin kereta akan punah.
Saya hairan macam mana tiba-tiba saya boleh mahu tengok bacaan tersebut sedangkan selama ini saya tidak pernah jeling pun. Jadi saya rasa ini adalah satu kejadian yang mistik. kalau saya bertanya emak saya, pasti emak beritahu tuhan sayangkan saya. kalau saya beritahu eayah tentu ayah akan kata saya cuai!.
Saya terus panik apabila melihat jarum tersebut. Namun jarum tersebut tidaklah sampai sehingga ke tahap kecemasan. Alhamdulillah. Saya terus memandu dengan hati yang kacau bilau seolah seorang suami di mana telefon bimbitnya dibaca oleh isterinya, he he he. Bayangkan…
 Banyak perkara yang berligar di fikiran saya pada masa tersebut. Yang paling penting ialah saya harus sampai ke distinasi dengan selamat. Saya bimbang sangat tangki air saya akan berasap dan rosak. Ini memerlukan belanja yang lebih besar. Sebagai hukuman ke atas ketidak acuhan saya.
“Lain kali aku akan pastikan air sentiasa penuh!” Beberapa kali saya bercakap seorang diri.
Saya tidak pandai mahu gambarkan perasaan saya pada masa tersebut. Saya mengaku saya salah dan berjanji akan pastikan perkara sebegini tidak berlaku dalam hidup saya. Namun memang saya tidak faham mengapa kereta memerlukan air sedangkan dia adalah jentera. Perlukan minyak, saya masih boleh terima.
Dalam pada itu saya juga menyalahkan pencipta kereta kerana sehingga kini sebuah kereta masih memerlukan air. Maksud saya teknologi kereta masih rendah. Saya juga tidak puas hati kerana kereta hanya bertukar design sahaja tanpa bertukar kepada teknologi yang lebih tinggi. Contohnya kereta tidak perlu guna air atau minyak. Atau guna minyak yang sedikit tanpa menggunakan air langsung.
Saya juga bertindak memperlahankan kereta dengan anggapan tidaklah enjin berkerja kuat dan menambah panas di enjin tersebut.  Saya buat analisis saya sendiri antara hubungan kelajuan dan kepanasan enjin. Makin laju kita pandu maka makin panas enjin kereta dan vice versa. (padahal dah terlambat!)
Saya mencari-cari papan tanda untuk melihat berapa kilometer lagi saya akan sampai ke tol Gambang. Saya sangat cemas dan terbayangkan Sisijay terdampar di tepi lebuh raya, dan saya sedang duduk mencangkung menunggu peronda lebuh raya. Jelas gambaran tersebut!
Akhirnya saya terpandang papan tanda Gambang 50 Km. Saya makin laju berdoa agar kereta saya tidak berasap. Hari ini hari yang saya paling banyak minta tolong pada tuhan. mahu berbaik dengan tuhan…he he he.
Selepas membayar tol saya terus ke sebelah hentian yang berdekatan dengan bangunan tol tersebut. Saya buka bonet depan kereta kononnya supaya angina hembus dan jadi sejuk. Dan saya duduk lesu di tepi tangga yang berdekatan dengan sisijay. Pada fikiran saya, saya perlu sejukan dahulu kereta tersebut sebab saya teringat kata-kata Abdullah Sani pada suatu petang:
“Kita tidak boleh terus buka tudung tangki air,  jika tidak ia meletup, biar sejuk baharu isikan air”. Pada masa itu saya lihat dia sedang tengok-tengok enjine keretanya.
Wah bahaya betulkan kerana tangki air kereta kita boleh meletup cetus hati saya.
Saya tidak tahu apa-apa. Apa yang saya mahu buat, saya hanya perlu tunggu injin kereta sejuk. Semasa termenung rungsing saya di tegur oleh dua orang petugas:
“Kereta ni ada masalah apa?”
“Tangki air kering, saya tunggu kereta ini sejuk, baharu saya mahu isi air.”
“Kering sangat ke?”
“Saya tidak tahu tapi bukan tahap maksima.”
“Kalau awak tunggu mungkin makan dua tiga jam” kata salah seorang pekerja tersebut. Seorang lagi diam sahaja.
Setelah mereka berlalu saya terus termenung. alahai kenapa dia tak tolong atau buat apa-apa? tapi dia pun tak dapat tolong sebab masih panas injinnya.
Saya teruskan kerugsinan saya di tengga tersebut. saya lihat kot-kot ada kereta lain yang senasib dengan saya tetapi taka da.
Dalam hati saya tidak apalah sebab saya tidak ada cara lain selain menunggu. Lagipun itu adalah hukuman bagi saya…
Tidak berapa lama kemudian saya ternampak dua orang pemuda tersebut datang kembali. Kali ini saya lihat mereka membimbit bekas plastik putih mengandungi air. Saya terus bangun.
“Kalau nak tunggu kena tunggu lama sampai berjam-jam, kita kena siram dahulu tangki air ini biar cepat  sejuk”. Kata seorang darinya.
Saya lihat salah seorang pemuda itu siram air ke atas tangki tersebut dan sekejap sahaja air itu diresapi tangka air. Mungkin akibat terlalu panas sangat. Saya lihat lelaki tersebut kembali siram tetapi kali ini agak perlahan. Setelah beberapa lama saya lihat mereka cuba pegang tudung tangki tersebut.
“Masih panas.” Kata beliau.
Mereka terus siram tangki air tersebut. Saya lihat beberapa orang sedang memandang saya dan Sisijay. Saya pasti dituduh mereka sebagai manusia yang malas dan tidak berdisiplin. Seorang yang hanya pandai bawa kereta tetapi cuai kerana biarkan tangki ini kosong!. seorang yang tidak bersyukur. orang lain naik bas sahaja!
Saya tidak salahkan mereka. Saya juga begitu. Maksud saya jika saya lihat ada kereta yang kekeringan air pasti saya juga menuduh pemilik kereta itu tidak berdisiplin dalam menjaga kereta mereka.
Sehingga ke hari ini saya rahsiakan peristiwa tangka air kering tersebut kepada ayah dan keluarga saya. Juga kawan-kawan. Biarlah ia terus menjadi rahsia. lagipun perkara buruk mengapa nak dihebohkan?
Sejak hari itulah saya belajar isi air ke dalam tangki kereta. Kita tidak boleh biarkan kereta kita dahaga.
Saya tidak perlukan sesiapa lagui untuk bubuh air dalam tangka air kereta saya!
Jangan sesekali kita berhenti belajar kerana kehidupan ini tidak sesekali berhenti mengajar kita…he he he



Monday, March 18, 2019

Masak gulai lemak telor itik... Lemak kuning

 

1. Hujung minggu lepas saya melangkah girang ke dapur.

2. Rumah saya kecil, selangkah dua dah sampai dapur, selangkah dua sampai ruang tamu, selangkah dua sampai bilik tidur, selangkah dua dah di luar rumah! kalau di luar rumah, selangkah dua dah ada di rumah jiran…!

3.Kembali kepada tema post, saya nak masak. Rasa nak makan gulai lemak telur itik, best rasa masam2 ada, pedah ada, manis ada...ahh best. Telur itik bawa dari kampong, ayah bagi.

4. Saya hidu bekas blander, bila sah bekas tu bukan untuk bawang, saya terus letak atas meja. Tak ada masa nak taging.

5. Saya ada dua bekas blander, satu untuk kisar bawang, satu lagi untuk blander buah2 kalau tiba-tiba saya rasa `urban'.

6.Saya campak lada merah, lada hijau,kunyit, lengkuas, bawang merah dan bawang putih...dan kisar dengan girangnya.

7.Panaskan kuali Teafal (bayar bulan, main kutu) masuk kisaran tadi dan godel dengan secuit garam, bila nampak masak letak santan cair, bila didih letaklah telur satu persatu...dan akhir sekali letak santan pekat dan daun kunyit (saya tanam sendiri) dihiris halus ala che wan.

8.Best baunya...jiran2 tentu tertanya2 dan mengata2.

9.Namun bila makan saya rasa kurang umpp, ada sesuatu yang kurang. Seperti dunia politik dan ekonomi Malaysia, saya rasa masakan ni ada sesuatu yang tak kena. Tapi apa dia yea?

10. Selepas makan, semasa saya bawa pinggan ke sink, saya ternampak asam gelugur di tepi meja!. Masih dalam plastik...

11. Memang kena lengkap resepinya, tak boleh tertinggal satu, jadi lain rasanya...tapi tak apalah nasi seperiuk (periuk kecil) habis juga tadi.

12.Saya terus insaf sekejap, kita manusia hanya merangcang, asam gelugur tertinggal jua...
 
Saya makan dengan ayam...tiada sayur.




Tuesday, March 12, 2019

Some Guys Have All The Luck






Some guys have all the luck
Some guys have all the pain
Some guys get all the breaks
Some guys do nothing but complain
Alone in a crowd on a bus after working, I'm dreaming
The guy next to me has a girl in his arms, my arms are empty
How does it feel when the girl next to you says she loves you?
Seems so unfair when there's love everywhere but there's none for me
Some guys have all the luck
Some guys have all the pain
Some guys get all the breaks
Some guys do nothing but complain
Woo woo woo
Woo woo woo
Someone to take on a walk by the lake Lord, let it be me
Someone who's shy, someone who'd cry at sad movies
I know I would die if I ever found out she was foolin' me
You're just a dream, and as real as it seems, I ain't that lucky
Some guys

Monday, March 11, 2019

Seorang tua dan seorang kanak-kanak

 
Hasil carian imej untuk poor people and rich people
 
 
 
Sedang saya makan di sebuah restoren yang kecil, saya lihat seorang tua (mungkin berumur lebih dari 60 tahun) memimpin seorang kanak-kanak (berumur mungkin tujuh lapan atau Sembilan tahun).
 
Saya lihat orang tua tersebut meletakan nasi ke dua pinggan. Diletak kuah kari di kedua pinggan tersebut. Namun hanya satu pinggang sahaja diisi dengan ayam goring. Sampai di meja, orang tua itu membahagikan seketul ayam itu. Dia memberikan isi kepada kanak-kanak itu dan dia hanya makan tulang ayam itu sahaja (yang ada terlekat sedikit isi ayam). Dan mereka minum air suam sahaja.
 
Saya lihat dalam pinggan saya. Selain nasi, ada sayur rebung, ada telur masim, ada ayam dan ada hati ayam....dan teo o panas.
 
Saya memandu dengan perasaan yang sedih. Dua tiga hari saya masih ingatkan pakcik dan anak tersebut.

Banyak pengajaran yang saya dapat, antaranya saya tidak patut mengeluh langsung dalam kehidupan saya ini.

Pasaraya Darul Makmur kian menjadi pilihan ramai!

Sejak kebelakangan ini kawan-kawan saya telah berpindah pembeliannya ke Pasaraya Darul Makmur (PDM). Kata kawan saya ini adalah satu langkah meningkatkan ekonomi orang Melayu, menyokong peniaga Melayu yang beragama islam. walaupun ada barangan yang mahal seposen dua, kawan saya kata ianya sebagai `sedekah'.
 
Di Muadzam Shah terdapat satu PDM di Bandar Satellite, saya pernah ke PDM beberapa kali tetapi sebelum ini saya lebih suka ke pasaraya yang lebih banyak barangan iaitu Tunas Manja. Di Muadzam Shah terdapat dua Pasaraya Tunas Manja. Pelik juga.
 
Namun kini saya semakin kerap pergi ke PDM berbanding dengan Pasaraya Tunas Manja. Mengikut kawan saya, pembelian itu menolong bukan sahaja meningkatkan ekonomi orang Melayu secara langsung tetapi juga kuasa politik dan status orang Melayu dari segi kedudukan kelas sosialnya. panjang lebar kawan saya menerangkannya. Saya mendengarnya sambil makan karipap. Dan saya benar-benar terpengaruh dengan ceramahnya.
 
Saya terfikir juga, sampai bila kita mahu abaikan ekonomi orang Melayu yang berasaskan `perniagaan kecil dan sederhana', jika kita tidak menolong kaum kita, bagaimana kaum kita hendak maju?
 
Saya tidak terfikir selama ini akan hal ini. Mungkin sebab itulah tidak wujud orang Melayu yang betul-betul kaya selain dari sebab politik. Sedangkan kita mahu orang melayu kaya atas usahaniaga mereka.
 
Mungkin tidak betul orang Melayu malas berniaga, mungkin orang Melayu tidak menolong orang Melayu yang rajin berniaga.
 
Saya terlambat sedar, tetapi seperti biasa tentulah terlambat lebih baik dari tak langsung...
 
Abang Jan: Insyallah April ini mula aktif berniaga, he he he.

Wednesday, March 6, 2019

Orked saya berbunga, hati saya kucup...kecewa bawa ke mati...

 
Kini pokok orked saya berbunga lagi. Saya melihatnya dengan perasaan yang tidak seperti dulu. Kegembiraan tidak semaksima mana. saya senyum tetapi tawar.
 
Adakah pada usia akhir ini saya semakin tawar dalam beberapa hal. Mungkin saya mulai tawar. Hati saya semakin tidak dapat saya fahami.




Pun begitu orked ini menghiasi taman saya...


Terima kasih...


Saya tidak pernah sembuh, kecewa ini bawa ke mati...

Tuesday, March 5, 2019

Kenapa saya bercerita kisah SISIJAY?


26 Kenapa saya bercerita kisah SISIJAY?
 

23 Jun 2010


“Kata orang, jika ada buku yang kita mahu baca, dan belum ada orang yang menulisnya. Kitalah orang yang paling tepat untuk menulisnya…”

  

Saya menamakan kereta saya Sisijay kerana nombor platnya CCJ.

Saya bukanlah pandai menulis dan mampu bercerita dengan terperinci mengenai sebuah kereta. Namun saya tetap juga menulisnya. Mungkin secara tidak langsung, saya belajar mengenai kereta sedikit sebanyak melalui penulisan saya.

Sisijay adalah antara perkara yang terpenting dalam hidup saya. Walaupun tidak bernyawa, ia amat bermakna. Amat mempengaruhi kehidupan saya. Contohnya, apabila kita sudah miliki kereta dan pandai membawanya, maka kita semakin berdikari. Dan hidup kita semakin sunyi...

Saya tidak tahu mengenai pembentukan ayat yang betul, atau ayat yang cantik. Kata orang, ayat yang berestika. Namun saya gagahi juga menulis kisah ini sebagai rujukan bagi diri saya, dan mungkin kepada seorang dua yang mendapat impak daripada penulisan ini.
 
Hanya orang yang takut membawa keretalah yang tahu dan rasai apa yang orang takut bawa kereta rasai.

Saya tiada pengetahuan penulisan sastera, namun sekali lagi saya atasi `ketiadaan’ pengetahuan itu sebagai cabaran. Saya dapati ramai juga manusia lain yang rajin menulis walaupun mereka tidak ada latar belakang penulisan. Mereka tetap menulis kerana mereka percaya ada sesetengah pengalaman hidup memang boleh ditulis dan disebarkan. Diceritakan.

Saya pernah berniat suatu hari nanti saya akan bukukan segala kisah hubungan saya dengan Sisijay. Saya berpendapat tidak sukar untuk saya mencari bahannya kerana beberapa peristiwa yang terjadi memang saya menulisnya di blog saya. Blog saya kadang-kadang aktif, kadang-kadang sebaliknya. Namun saya menulis setiap hari.

Sebenarnya walaupun saya tidak pandai menulis, saya selalu berangan untuk menghasilkan sebuah novel cinta yang luarbiasa. Saya benci novel cinta yang berada di pasaran sekarang. Ia berkisahkan perasaan cinta pasangan semata. Kurang unsur mendidik. namun akhirnya saya akur, kisah cinta saya sama seperti kisah cinta orang lain yang terputus di tengah jalan. Curang adalah musuh cinta, setia adalah nafas cinta. Kalau tidak setia, matilah cinta...

Saya mahu menulis novel yang mempunyai tema dan persoalan mengenai kasih sayang dan pengorbanan dalam cinta. Saya mahu nyatakan cinta itu tetap ada walaupun tidak bersatu, cinta sejati tidak semestinya bersatu. Ya, ia dari kisah percintaan saya yang tidak kesampaian. Namun mungkin saya akan membukukan cerita saya dengan CCJ 8824 terlebih dahulu. Menulis atau bercakap pasal cinta membuatkan saya rasa geli, dan sakit perut. he he he.

Saya berpendapat untuk membuat novel bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Bercerita melalui penulisan bukanlah suatu perkara yang senang. Harus punyai disiplin, kreatif dan yang paling penting jujur dengan diri. Jika tidak kita mungkin menipu pembaca, membawa pembaca ke daerah yang tidak penting dalam hidup mereka. Ini berdosa kerana membuang masa orang lain. He he he.

Penulisan yang tidak hebat itu berlaku kerana tidak ada jujur dalam diri.

Apabila membaca novel ini, saya berharap insan seperti saya, yang takut bawa kereta, yang saya percaya kebanyakannya adalah perempuan mengambil langkah berani untuk memandu. Saya tiada sebarang petua atau rahsia. Tiada magik sebenarnya, semua adalah faktor saya harus berfikiran positif.
Saya tiada pilihan. saya wajib bawa kereta...

Cerita Sisijay bukannya cerita motivasi secara langsung. Sehingga kini, saya masih lagi takut bawa kereta. cerita Sisijay juga bukannya mahu mengajar bagaimana kita harus positif atau langkah-langkah untuk positif. Buku ini hanya bercerita tentang kehidupan manusia biasa seperti saya, bagaimana saya berhadapan dengan ketakutan untuk memandu kereta. 

Jujur kata, sehingga sekarang saya masih lagi tidak dapat mengatasi rasa ketakutan apabila membawa kereta. Namun saya rasa ketakutan itu adalah sesuatu yang positif kerana ia memjadikan kita untuk sentiasa berhati-hati dan mengikuti peraturan di jalan raya. Orang yang tidak takut dan beranilah yang selalunya terlibat dengan kemalangan. Itu pendapat saya. Saya positifkan ketakutan saya. He he he.

Kemalangan tetap berlaku kerana ia nya `kemalangan’. Namun kita cuba untuk mengelakannya. Kita wajib untuk elakannya.

Hingga kini juga saya masih tidak tahu banyak pasal kereta, dan sekali lagi faktor ini tidak boleh menghalang saya daripada memandu. Saya belajar dengan perlahan. Sangat perlahan sebenarnya.

Saya berpendapat tiada cara mudah untuk menambahkan keberanian dalam diri kerana setiap orang mempunyai kehidupan yang berbeza, fikiran berbeza dan cabaran yang berbeza. Setiap orang harus mencari sebab yang paling utama (walaupun sebab itu mungkin mencabar atau remeh untuk orang lain) untuk kita memandu kereta. Sebab yang hebat!

Dunia semakin pesat berubah. Sudah sekian lama sebuah kereta menjadi barang keperluan selain tempat tinggal, makanan dan pakaian. Mungkin pernyataan ini agak melampau tetapi itulah pandangan saya. Kini baru saya sedar.

Saya tahu ramai yang takut bawa kereta. Di kampung saya ada yang miliki kereta tapi hanya disimpan dalam garaj sahaja. Kisahnya pelik tetapi itulah yang terjadi.

Saya mengambil keputusan untuk membeli kereta dan membawa kereta pada umur yang telah lanjut. Saya tidak sesalinya tetapi sesekali sebagai manusia biasa, saya terfikir juga apa jenis corak kehidupan saya sekarang jika saya miliki kereta lebih awal.

Dalam buku ini saya ceritakan kisah saya yang `kosong’ dalam bab-bab yang bersabitan dengan kereta. Banyak lagi kisah yang saya tidak tulis. Kesukaran hidup saya pada awal memiliki kereta adalah cubaan yang besar kepada saya sebab saya tidak minat kereta. Namun seperti yang saya katakan tadi ada beberapa perkara dalam hidup, kita tempuhinya… walaupun hati kita gusar.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home