Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, April 5, 2016

Jaga bentuk, jaga kulit dan jaga rupa...

PEREMPUAN dan lelaki ibarat ikan emas dan kambing. Sangat berbeza. Begitu juga perbandingan dibuat bagi suami dan isteri dalam rumahtangga. Hampir semuanya perkara berbeza, termasuk fizikal, perasaan, kehendak dan segala serba maknika lagi.

Semasa jadi adik beradik pun, adik-beradik perempuan akan berbeza dengan adik-beradik lelakinya. Mereka lebih selesa bergaul sesama mereka. Begitu juga semasa di masjid, kaum wanita diletakan diam-diam di belakang, ditabirkan kain. Apa yang saya nak kata ialah mereka berbeza.

Saya geram bila isteri tidak memahami keperluan suami. Saya geram apabila isteri memaksa suami atau suami memaksa isteri mengikut caranya, mengikut pemahamannya. Kalau lelaki mungkin boleh sebab ketua keluarga tetapi jengkel kalau isteri pulak yang suka mengarah...disuruh duduk-duduk, dibentak-bentak... Pun begitu suami tidaklah boleh sewenang-wenangnya pula...

Setiap pasangan kena tahu di mana kedudukan mereka. Perkara ini tidak boleh dibantah atau difikir. Apabila berkahwin dua jenis jantina yang berlainan ini terpaksa duduk serumah, berkongsi banyak perkara termasuk katil dan bilik air...pemahaman yang serius terhadap kehendak masing-masing harus dititikberatkan.

Di sinilah proses penyesuaian berlaku di mana sampai akhirat pun tidak akan ada titik samanya. Dan maaf cakaplah zaman lebih mencabar apabila wanita sudah mulai jadi penyumbang terbesar kepada keluarga sebab walaupun tak mampu ramai lelaki mahu juga kahwin. Bila ada duit perempuan jadi dominan dalam rumahtangga, suami jadi tikus mundok...(Tapi ini isu lain)

Suami mestilah tahu dan ambil tahu (wajib) bahawa isterinya adalah wanita (ayat ni nampak bodoh tetapi sebenarnya cerdik). Keperluan isteri sebagai wanita banyak termasuk perasaannya harus dijaga, kehendak materialnyajuga perlu dipenuhi agar dia rasa dihargai. Sekuntum bunga mawar merah besar ertinya bagi wanita (pelik kan?).

Dan sediakan juga sebuah rumah yang elok sebagai tempat perlindungan kerana isteri mahu tempat yang selesa. Makan pakai pun mestilah wajib disediakan. Dan jangan lupa wanita suka mendengar luahan kasih sayang (bisikan cinta di telinga) selain dari material yang halus dan cantik (dan mahal...). Ni tak, nak isteri lawa tetapi tak menyumbang pun...

Si isteri pula mestilah tahu kehendak lelaki senang sahaja...sebab tumbuh subur kasih sayang lelaki adalah di mata. Suami cuma nak mereka jaga bentuk, jaga kulit dan jaga rupa... Tak bercakap (bisu) pun tak apa.

Ah! dasar lelaki...he he he.


Tiru macam saya jaga bentuk, jaga kulit dan jaga rupa

When Love Gets Lonely

Kawan saya yang sudah berkahwin beria benar ajak saya ke Pesta Buku Antarabangsa 2016. Siap dia nak belanja dan tempah hotel. Saya menipu dia dengan mengatakan saya sibuk...(sebenarnya dia tahu saya tipu dia, he he he. Kami dah lama kenal...kami perasan bila ada penipuan. Kalau dia tipu isteri dia pun saya tahu. He he he).

Saya malaslah nak keluar dengan kawan-kawan lelaki saya yang berkahwin. Mereka kebanyakannya tidak seronok untuk kita buat teman. Fikiran mereka bukannya 100% atas persahabatan, mereka ada tanggungjawab lain.

Saya faham hal ini...sebab itulah saya tak mahu keluar dengan mereka. He he he. Lagipun saya tidor di rumah adik saya kalau saya ke Pesta Buku.

Dan sebab yang sebenarnya saya rasa dia bukanlah nak ke pesta buku sangat. Ada udang di sebalik maggie. Maksud saya dia nak bersuka-suka sebab dia rasa bosan. dan saya rasa dia rasa bosan kepada alam rumahtangganya. Dia rasa bosan atas kasih sayang kepada isteri dan anak-anak. Dia sayang tapi bosan... (mungkin pembaca tak faham kalau pembaca perempuan..atau isteri).

Cinta harus disemarak. Cinta adalah ujian. Kalau dah dapat `result' tentulah hambar. Menempuh ujian tulah yang ramai orang tidak faham...(dan dalam posting ini saya tak berniat pula untuk memahamkan pembaca. Ini posting pasal lain).

Cinta di dada boleh pudar, dan cinta boleh sunyi...

Semarak kembalilah cinta yang pernah ada, banyak caranya kan? Kan rumahtangga satu eksperimen...

Haaa...



Monday, April 4, 2016

Bilakah seseorang suami mulai rasa bosan hidup rumahtangga?

KEHIDUPAN yang saya lalui adakalanya sunyi adakalanya riuh. Saya juga kadang-kadang bosan, namun kadang-kadang sangat gembira (biasanya gembira sangat bila di kedai makan dan pusat membeli belah, he he he).

Saya rasa adakalanya saya bosan bukanlah kerana saya hidup sorang diri, saya percaya lelaki yang berkahwin juga adakalanya rasa bosan giler dengan isteri dan anak-anaknya..

Sebab itulah saya membuat tinjauan dengan menanyakan perkara tersebut kepada kawan-kawan saya. Saya berpendapat jika saya tanya `direct' mungkin mereka tak berapa ikhlas dalam memberikan jawapannya. Mungkin saya akan dapat jawapan jenis FB (bajet baik).

Jadi saya rasa adalah lebih baik saya tinjau melalui wasap.

Bosan dalam perkahwinan bukanlah suatu yang asing lagi pada zaman sekarang. Namun ramai yang menafikan seolah satu taboo. Bosan yang saya maksudkan ialah...bosanlah. Bosan ini bahaya sebab ia mampu mengancam ikatan kasih sayang dalam rumahtangga. Mungkin lama kelamaan boleh bunuh rasa kasih dan sayang...tersebut.

Tetapi bukanlah bermakna mereka sudah tidak lagi sayang kepada keluarga dan anak-anak jika terlintas rasa bosan tersebut. seperti kerjaya kita jugalah, adakalanya kita rasa bosan dengan kerja kita walaupun kita seorang juruterbang atau pelakon yang handal. Tetapi kita tak berhenti kerja.

Namun sekali lagi saya tekankan bosan adalah elemen bahaya dalam rumahntangga... dalam keadaan kritikal kasih sayang akan bertukar kepada kesian...pas tu bertukar kepada tanggungjawap dan akhirnya dirasakan beban pula. Haaa...

Sorang kawan saya beritahu ianya muncul sebaik sahaja dia dapat anak kedua. Dia rasa bosan sebab anak dia meragam, menangis dan buas sedangkan anak sulung masih juga lagi kecil. Dia lihat hidupnya dah banyak berubah. Keseronokan makin terhakis hilang...yang datang tanggungjawab.

Dan dia lihat isterinya juga terlalu sibuk menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Namun dalam bosan-bosan itu dia tetap menolong isterinya kerana dia  kesiankan isterinya.

Bila anak ketiga muncul dia bertambah bosan, namun dia tetap menolong isterinya dan  menjaga anak-anaknya sebaik mungkin. Ia rasa itu tanggugjawabnya...cuma hati nuraninya sahaja yang sepi...

Saya faham benar erti sepi itu walaupun suasana di sekeliling penuh dengan keriuhan...

Saya tak mahu komen apa-apa... saya cuma mahu tahu bilakah biasanya suami mula rasa bosan dalam Rumahtangga...








Saturday, April 2, 2016

Bunga Tahi Ayam, pasu murah dan batu Sungai Lembing

Letak batu-batu sikit...


Pokok bunga Tahi Ayam ini saya beli tanpa perangcangan. Ketika saya mencari pokok bunga Siti Zubaidah, saya terlihat pokok ini, saya tertarik dengan pelbagaian warna bunganya.

Sepanjang balik ke kuantan dari kampung, jika saya melihat nurseri, saya akan singgah tengok pokok-pokok bunga dan pasu. Saya juga beli pasu murah.

Kata penjual, pokok ini diambil dari Chengmai. Saya tidak kiralah pokok ini diambil dari Tamil Nadhu ke? atau Norway, yang penting pokok ini cantik.

Bunga pokok ini cantik tapi tidak wangi... Tak apalah...mana ada pokok yang sempurna sepanjang riwayat saya, saya tak pernah jumpa.

Saya tabur sedikit batu-batan yang saya cilok dari Sungai Lembing supaya nampak bumi sikit. He he he.

Saya penuhi hidup saya dengan membaca dan menanam pokok. Dulu saya tidak suka pokok berbunga...namun setelah jalankan projek Bunga Raya bagi kolej saya, saya mula tertarik.

Mungkin sebab saya mahu isi masa yang kosong dan mahu pandu minda ke arah yang sihat maka saya mula giat menanam semula. Macam satu lingkaran yang akan kembali kepada titik asal. Saya percaya ia akan berputar lagi.

Semuanya berputar. Kan?






Thursday, March 31, 2016

At The Beginning By Richard Marx and Donna Lewis

Aku Yang Tersakiti - Judika





oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku, aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia...

ahjkliogfdergvhantt.kl...jjk

memang tak kan mudah bagiku untuk lupakan segalanya...aku pergi untuk dia...







Rintihan Rasa - Uji Rashid & DJ Dave




Tidak dapat kuceritakan semuanya bagaimana hidup pahitku...


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home