Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, March 25, 2016

Tanya diri

Semakin tidak sedar
tiba-tiba malam
macam baru bangun
baru tadi gosok gigi
baru nak pergi kerja
setelah sekejap lena...

cepat cepat sunggh...ini hukuman kot

Saya mula sedar
waktu kecil letih menunggu tengahari..
lambatnya petang nak jumpa kawan...
sedapnya berganyut di daun kelapa rendah
gelinya lintah di paya...
denting tong kosong
ikhlas kawan tertawa

kini sudah tiada
sebelum jam lapan mula
bos sudah mengira
bos hantar wasap...

cepatnya tengahari, dan petang mengiring

Takut nak pejam mata
tapi malam jelma
takut nak pejam mata
sebab tidor tak lama lena

semakin hari semakin singkat masa

kenapa...?

Syurga saya ada di kampung rupanya...

1. Minggu lepas saya balik kampung jengok ayah dan mak. Juga anak saudara saya.

2. Saya juga jumpa pak saudara dan sepupu saya.

3. Saya tidak jumpa kawan baik saya kerana mereka tidak tinggal di kampung. Mereka macam saya, merantau mencari rezeki.

4. Kampung saya bukanlah kampung sangat tetapi agak kampung jugalah. (ayat pelik).

5. Jiran sebelah menyebelah dan macam keluarga. Kedai depan rumah dan sebahagian dari alam semulajadi jadi jadual hidup.

6. Namun di kampung ramai yang saya sudah tidak kenal... Manusia semakin membiak. tentu dunia akan bertambah panas.

7. Bila saya balik saya teringat kekasih saya. Saya rasa hening...he he he.

8. Saya siram pokok manggis ayah saya sebab panas sangat.

9. Saya pergi ke nurseri beli pokok bunga raya. Satu warna pink, satu warna putih...utk di bawa ke kuantan...

10. Sedap berborak dengan mak saya, juga jiran saya yang sudah saya anggap macam mak.

11. Saya juga ke pantai...ada rindu di situ...

12. Saya akan lebih kerap balik kerana emak dan ayah. Syurga dunia saya...

Wednesday, March 23, 2016

Kita tidak akan semakin muda lagi...



Gambar tahun lepas


1. Saya sedar, saya tidak akan muda lagi... Gambar di atas saya ambil setelah bersusah payah saya edit gambar saya menggunakan handpon kawan saya yang berharga hampir RM3K.

2. Penyakit `edit' ini meletihkan saya....

3. Dengan bantuan topi dari luar negara, dan saya buat senyum mengada (berlatarbelakangkan cafe pulak), saya kelihatan bukan berumur 45 tahun...

4. Hakikatnya saya sudah 45 tahun. 

5. Saya juga sedar dunia tidak lagi mengundang rasa kepada kita apabila kita semakin berumur. Kita seolah terpinggir kecuali kita benar-benar hebat. Dan saya tahu saya hebat tetapi tak  benar-benar hebat mana...

6. Saya semakin serasi dipanggil `Pak cik'...

7. Semasa saya muda, sangat mudah bila berpakaian. namun bila semakin berusia, semakin sukar.

8.Saya melihat pakaian yang sepatutnya saya pakai adalah pakaian orang berumur, sedangkan saya sendiri berumur. Ada konflik di sini.

9. Namun saya tidak setuju bila jadi tua kita akan jadi kurang menarik. menarik atau sebaliknya bergantung kepada kita. Saya lihat ramai juga pelajar saya yang muda-muda tetapi tidak menarik.

10. Namun (namun lagi) saya percaya untuk jadi menarik ia memerlukan sedikit pertolongan dari wang. Bak orang putih kata `you can't be poor and stylish'.

11. walaupun saya bukan seleberiti, saya ada perasaan takut iaitu takut tidak `diterima'. Saya tahu dunia kejam kepada yang tua, apatahlagi tidak menarik.

12. Saya harap dunia ini akan hargai baik budi bahasa dan ikhlas...dan nampaknya saya bermimpi...



30 dan 45

Semasa kakak saya berumur 27 tahun dan tak kawin-kawin lagi, kakak saya pernah berkata:

"Kalau umur kak Tie 30 tahun tapi tak kawin-kawin lagi, Kak Tie tak nak fikir dah pasal jodoh. kalau ada-adalah. Kalau tak ada Kak Tie redho".

Masa tu saya ingat lagi, saya ada di meja tulis saya dan dalam keadaan membaca buku ekonomi. Saya berpaling kepada kakak saya. Tiba-tiba kakak saya bicara pasal kawin.

Terus saya fikir kenapa kakak saya nak kawin sangat yea? Sebab semua orang kawin kot. Ya sebab perempuan takut kalau tak kawin-kawin...kot.

Masa tu saya tengah nak ambil STPM dan memang tak terfikir pasal nak kahwin. Pasal nak buat seks adalah tapi pasal kawin tak.

Sekarang saya dah 46 tahun dan rasa lega sangat. Sebab bagi saya ia adalah 45.

Maknanya jika saya berumur 45 tapi tak kawin-kawin lagi, saya tak nak fikir sangat dah pasal kawin. Ada dalah. Tak ada...tak adalah he he he he.

Ada ke gitu kang...?

Saya teruk!




Image result for good advice quotes for marriage
Pulak...

Susahnya nak beri nasihat...

"Belajar rajin-rajin, jadi doktor atau eginear. Nanti hidup senang..."

Saya membesar dalam alam di mana ayat di atas berkuasa. Rata-rata begitulah yang ada di kepala ibubapa. Zaman sekarang pun ada juga saya jumpa bila saya buat marketing, he he he.

Banyak sungguh salahnya pada ayat di atas. Terlalu banyak.

Sepatutnya kenal potensi anak dan minat mereka. Kerja kita beri galakan dan pendapat. Kalau anak suka masak. Galakan dia memasak. 

Dan saya juga terasa banyak buat salah, he he he. Contohnya apabila ingatkan bekerja sebagai pensyarah akan membuatkan kita jadi cerdik. Banyak juga kawan saya yang bodoh...(he he he).

Kembali kepada tajuk post.

Hidup zaman ini sebenarnya payah kita nak bagi nasihat sebab zaman telah berubah. Baiklah kita cakap kita beri informasi macam Kak Doli beritahu. Bukan nasihat.

Ya lah... Dulu seorang kawan saya beritahu kalau saya tak berjaya masuk unuversiti adalah kerana saya dari tingkatan satu lagi suka mengikuti bidang hiburan. Saya suka sangat lagu dan lakonan (lakonan slot drama minggu ini di RTM, drama sekarang majoriti hampeh!). saya suka hafal lirik lagu berbanding dengan jadual nama bahan kimia yang berkala tu...he he he.

Saya nasihatkan awak jangan cari bini yang bekerja. Sepatutnya jangan kata begitu sebab ada bini yang bekerja tapi tak abai rumahtangga.

Saya nasihatkan petang-petang duduk rumah baca buku, itu waktu terbaik. Sedangkan petang-petang dia orang nak main bola.

Awak kena jimat. Sedangkan tu jealah duit dia ada...

Saya rasa awak kena cek handpon suami awak, kot-kot dia ada hubungan sulit. Sedangkan laki kata laaaa yang mengeyam.

Awak kena berjimat. Sedangkan bagaimana ekonomi nak berkembang jika orang pakat berjimat...


Kesimpulannya kadang tak semudah itu kita nak beri nasihat...


Image result for good advice for life
Haaa...

Image result for good advice for life
Haaa...pulak











Pesan Kak Doli






“Now, I usually try not to give advice. Information, yes, advice, no. But, what has worked for me may not work for you. Well, take for instance what has worked for me. Wigs. Tight clothes, push up bras, and high heel shoes.”

Kak Doli delivers the commencement speech to graduating class
 at the University of Tennessee, 2009

Kak Doli received an honorary doctorate of humane and musical letters, only the second bestowed in the university’s history.




Monday, March 21, 2016

Senangnya dia pelihara anak...

Saya berhenti makan dan terus ke kereta budak tersebut yang terletak tepi jalan depan kedai makan. Hampir 10 minit budak lelaki berumur 5 atau 6 tahun itu menangis dan menjerit sambil pegang kemaluan dia. Dia mahu kencing barangkali. 

Dia ditinggalkan oleh ibunya di dalam kereta.

Saya berhenti makan dan pergi untuk mengambil tahu...kerana kita hidup bermasyarakat. Semua pelanggan yang ada di kedai mendengar nak itu menjerit2 sebab cermin tingkap kereta tak tertutup. nak makan pun terganggu sebab bising dan juga kesian.

Saya biarkan sahaja pada mulanya dengan harapan mak dia akan berhenti membeli dan pergi ke kereta untuk mengambil tahu hal anak dia. Takut nak kencing ke? atau apa-apa. Tetapi emak dia tidak muncul-muncul sehinggalah dia selesai membeli bawa barang kiri kanan. Saya nampak bungkusan makanan.

Oooo begitu ya cara pelihara anak. Kurung dalam kereta dan bila dengar anak menangis buat tak tahu jea. Lepas membeli barulah menuju  ke kereta.

Senang rupanya pelihara anak!



Image result for a children in a car
Gambar hiasan...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home