Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, January 9, 2014

Apa itu Kriptorkidisme?

Apakah yang dimaksudkan dengan kriptorkidisme? Ia bukanlah sejenis makanan seperti coklat atau bahan untuk membuat kek buah, jauh sekali untuk membuat miniman koktel atau ubat-ubatan anti stress. Dan ia juga bukanlah merujuk kepada sejenis batu permata yang menyebabkan Superman jadi lemah...haaa. Apa dia kriptorkidisme?, yang nyata ianya juga bukan sejenis cekedis ringan seperti Dabeldeker.

Sebenarnya kriptorkidisme adalah merujuk kepada masalah buah zakar tersembunyi (hidden testicles). Kriptorkidisme berlaku apabila kedua-dua atau satu (sebelah) buah zakar masih lagi berada di bahagian perut. Maknanya masih lagi tidak menjalani proses perjalanan (melalui pembukaan otot perut). Maknanya lagi bayi lelaki tersebut telah lahir tetapi buah zakar mereka masih lagi belum`dilahirkan'. Haaa.

Pentingkah buah zakar? Tentulah ia lebih penting dari buah epal, manggis atau buah tangan sebab buah zakar inilah yang mengeluarkan sperma agar terdapat kesinambungan hidupan manusia. Ketiadaan buah zakar akan menyebabkan banyak masalah kepada manusia lelaki tersebut.

Pada tahun pertama bayi lelaki itu mungkin normal tetapi pada tahun kedua dinding sel kilang sperma akan bertukar menjadi keras. Dan selepas tahun ketiga hingga kelima banyak perubahan berlaku pada dinding sel kilang sperma tersebut. Sel ini rosak dan sukar dipulihkan.

Pada tahun kelima  ke atas jika buah zakar masih tersembunyi budak lelaki tersebut akan menjadi mandul. Dan lebih parah lagi sekiranya ia akan membawa kepada kemungkinan terjadinya barah!.

Oleh itu amat penting bagi ibupapa melakukan rawatan ke atas anak lelakinya yang kriptorkidisme. Ya, memang benar kalau ada sebiji buah zakar ia tetap akan mendapat keenakan seks (banyak faktor lain mempengaruhi keenakan seks kita), ia tetap akan melahirkan anak (jika buah zakar nan satu tersebut adalah sihat dan berkualiti) namun rawatan/pemeriksaan tetap diperlukan untuk menghindari barah dan penyakit lain.

Alhamdulilah, ada!

Wednesday, January 8, 2014

Kisah buah zakar kawan saya

Semasa saya menuntut di UM dulu, seorang kawan baik saya memberitahu bahawasanya dia tidak memiliki buah zakar. Saya terkejut beruk dan memang tidak percaya akan ceritanya. Bagi saya banyak lagi bahan lawak yang boleh digunakan sebagai mahasiswa yang berkaliber. Carilah idea lain untuk buat lawak. Namun akhirnya saya terpaksa pura-pura percaya sebab dia sudah mulai beria-ia sungguh mahu menunjukannya. Membuktikannya, he he he.


Lihat buah zakar boleh berada di beberapa tempat selain di keraduk (kedudukan normal)

Masalah ketiadaan buah zakar ini (sebenarnya ada tetapi tersembunyi di dalam badan) sering terjadi di kalangan bayi lelaki. Cuma ia tidak diwar-warkan demi masa depan dan wawasan budak tersebut di kemudian hari.

Kalau mengikut sains, pada awal pertumbuhan janin anggota sulit lelaki terletak dalam badan. Dua bulan sebelum dilahirkan barulah alat kelamin ini akan mengelonsor `turun' melalui otot perut, dan buah zakar masuk ke tempatnya (keraduknya (scrotum)). Rujuk gambar buah zakar di bawah, haaaa:

Proses yang normal

Sebab itulah apabila bayi lelaki dilahirkan, doktor tahu apa yang harus diperiksa (dan apa yang tidak harus). Doktor akan memeriksa antaranya sama ada bayi tersebut memiliki buah zakar atau tidak. Miliki sebiji atau dua biji. Ketiadaan buah zakar adalah suatu perkara yang besar yang tidak harus digunaguraukan di planet bumi ini. 

Namun saya ada bergurau dengan kawan saya yang sepatutnya dia pakai buah zakar palsu. He he he. Teruk saya pada masa tu, saya tidak sensitif langsung. tetapi kini saya amat senditif...(pulak dah)

Kawan saya memberitahu lagi kaum keluarganya tidak mengambil berat pasal buah zakarnya (yang tersembunyi semasa beliau dilahirkan). Lagipun dia dilahirkan oleh bidan kampung. Dan tahun demi tahun isu buah zakarnya hanya jadi gurauan di kalangan keluarganya..., (bukan dijadikan suatu yang serius. Kesian kan?)

Pada cuti penggal pengajian bila balik ke kampung, saya ada juga bertanyakan hal ini kepada mak saya. Dan mak saya beritahu kejadian begini memang ada dan bayi tersebut WAJIB menjalani rawatan kalau tidak bayi tersebut akan mandul atau mendapat kanser!.

Jan: Alhamdulilah terletak elok...

Tuesday, January 7, 2014

Encik Mimpi - Rindukanlah

Pokok `Spider Lily' saya...


Hujung minggu lalu saya ke Kuantan untuk melihat rumah. Saya dapati pokok Bakung saya sudah membesar dan menghijau. Saya menanamnya dari kecil lagi. Ada yang dari polibek dan ada yang saya belah sendiri ubi-ubinya untuk jimatkan duit, he he he. 


Bunga pokok ini putih. Bunganya tidak tahan lama. Dua tiga hari dia layu dan gugur... Namun saya tanam bukan sebab bunga. Sebab senang sahaja untuk menyelengarakannya, sangat sesuai ditanam oleh orang yang macam saya, yang hanya berkebun di hujung minggu (kalau sempat, he he he)




Daunnya hijau pekat buat masa ni mungkin kerana baja sudah menyerap ke akarnya. Daunnya yang hijau membuatkan saya nak ratah pulak daunnya. Tetapi pokok ini orang tidak buat sayur.




Saya menanam pokok ini secara berkelompok. Ada juga dalam majalah pokok ini ditanam secara berjajar lurus. Apa-apa pun ia tetap cantik menambah kehijauan tanaman.



Rasanya inilah yang terdaya ditanam, dijaga. Pokok ini kalau sudah subur daunnya sedikit besar dan menghijau. Lepas beberapa ketika daun yang di bawah akan layu dan kekuningan sebelum reput. Kita tak payah buang sebab ia akan sebati dengan tanah jadi humus. Tapi saya buang bila kuning sebab nampak tidak cantik bila ada daun kuning.





Bila petang, bila langit nampak redup saya bertambah syahdu. Taman ini saya buat sikit-sikit. Buat masa ini saya tidak berniat untuk menambah tanam pokok lain. Sya khuatir saya tidak larat menjaganya nanti.

Nyaman...


Semoga pokok-pokok ini terus subur....

Surat unggu untuk Nuha, Renoma dan harum bau nescafe...

Cetakan keempat Jan 2012



"jadi untuk apa rindu ini jika sayapnya tidak bisa terbang jauh..."  
- m/s: 13


Dengan hanya berseluar sangat pendek (berjenama RENOMA), aku tergolek sopan di katil. Memang aku tidak suka tidor berbaju, malah kadang-kadang aku hanya tidor dengan memakai minyak wangi sahaja. Minyak wangi semata-mata.

Aku memandang siling kamar tidorku. Aku memusingkan badanku ke kiri dan kekanan. Sambil tergolek di atas katil, aku sebenarnya tangkap syahdu apabila membelek muka surat ke 13. Hati aku tersentuh sangat... Aku seolah terkesan dengan pergolakan jiwa yang dihadapi oleh watak utama ini. Ya, watak seorang perempuan yang biasa-biasa yang meminati seorang lelaki budiman yang luarbiasa...merajuk bawak diri... Aku terkenangkan si dia yang merajuk membawa diri. Si dia yang mabukan aku...he he he. Dan akulah si lelaki budiman tersebut. Ya, aku perasan!

Namun, kesedihan itu bertukar kepada `aku tersenyum seorang diri'. Novel ini memang membuatkan aku tersenyum. Tersenyum seorang diri di kamai ini...

Aku senang sekali membaca novel ini, ianya boleh dibuat drama komidie-romantik, desis hatiku. Dan pastilah heronya Farid Kamil dan heroinnya aku kena pilih yang tidak cantik. Sebab watak utama ini tidak cantik sangat. Siapa yea boleh pegang watak Nuha?

Aku bangun dari katil terus melangkah ke dapur. Aku panaskan air dan buat nescafe segera. Wah! harumnya semerbak hingga ke tangkai hatiku. Aku menuju kembali ke kamar, aku ternampak kertas pelajarku masih tidak terjamah di meja makan. " Sori yea, hari sabtu dan ahad saya tak kerja"...aku membisikan suara kepada kerja-kerja aku yang bertimbun di atas meja. Memang kononnya aku mahu menyiapkan kerja pejabat di rumah. Suatu perkara yang sepatutnya aku tidak lakukan. Biarlah kerja pejabat di pejabat sahaja, dan sebaliknya. Titik.

Aku kembali ke kamarku. Aku letakan nescafeku di atas lantai. Memang tiada side table. Di kamarku hanya ada katil. Hanya katil semata-mata. Aku perhatikan cadar baruku yang berbunga biru kecil. Aku sebenarnya telah menjadi penjual cadar sejak bulan disember tahun lepas. Dan dalam giat berniaga aku juga sambar dua cadar baru untuk aku sendiri... he he he.

Aku kembali menatap novel Nuha. Banyak kisah lucu yang terjadi di sepanjang cerita. Aku tidak sabar menghabiskannya. Walaupun aku tahu sangat (kecuali cinta aku), cinta-cinta dalam novel-novel di Malaysia hampir 100% berjaya, aku terus membaca sebab bahasanya terseusun kemas. Ada puisi gitu. Aku suka.

Aku merasa bangga kerana inilah novel pertama yang aku habiskan pada tahun baru iaitu pada 1 Januari 2014. Ah, memang azam tahun baruku yang bahawasanya aku akan membaca lebih banyak novel. Novel Noor Suraya ini disarankan oleh kawanku si Suhaida. Dia merupakan seorang peminat novel. Dia memiliki beratus-ratus novel, malah mungkin beribu?.

Apabila aku memaklumkan aku mengutamakan unsur estatika dari segi bahasa, beliau lantas mencadangkan aku membaca novel ini. Jika memilih novel aku lebih suka melihat gaya bahasa. Dalam novel ini bahasanya tersusun. Dan ada di antaranya puisi dan madah. Juga di beberapa tempat ada bahasa yang sangat indah membuatkan aku terbuai layu sambil menghirup air nescafe. Tidak rugi aku membeli novel ini RM20. Aku dapat berjimat pula 20% kerana aku jadi ahli...

Ini novel petama Noor Suraya yang aku baca.Novel ini novel ke tujuh beliau dan diterbitkan pada tahun 2007. Putaran hidupku hanya berjaya menemukan aku dengan cetakan keempat 2012. Novel sebegini patut dipuji kerana walaupun novel jenis popular tetapi bukan novel pisician. Aku tidak suka membaca novel remaja yang murahan dengan cinta yang tidak agung. Huh!. Cinta monyet. Titik.

Dalam harum bau nescafe dan lembut cadar baru aku terlena. Kuharapkan Nuha dan Alang berbahagia. Dan jangan terjadi perpisahan seperti diriku...Amin

Jan: Tengah giat baca novel Noor Suraya yang bertajuk `Panggil Aku Dahlia'

Monday, January 6, 2014

Kisah Prof Muhaya

BEBERAPA tahun dahulu seorang sahabat saya (juga seorang pensyarah tetapi tidaklah terkenal mana, he he he) telah menulis sebuah artikel pendek di akhbar Utusan. Walaupun pendek, saya dapati penulisan tersebut mempunyai isi dan idea yang bernas. Saya sokong sungguh-sungguh artikel tersebut. Saya tabik!.(saya juga cemburu sebab dah banyak artikel saya antar, satu pun akhbar tak sudi diterbitkan, huh!, he he he. Menulis dalam blog jealah gayanya.)

Kita sambung... Antara penulisan yang saya masih ingat ialah "gaji Rm500 pun tak cukup, gaji RM2000 pun tidak cukup". Dalam penulisannya beliau juga menulis mengenai tabiat berjimat dan bersedekah yang membawa kepada keberkatan hidup. Beliau menyarankan bersedekahlah walaupun RM1!, walaupun gaji kecil. Haaa...

Tidak seperti Prof Muhaya, pendapat beliau tidak dikritik hebat. Mungkin masa dan keadaan berlainan. Emmm...

Kalau masa sekarang artikel tersebut diterbitkan, tentu teruk beliau `kena'. Dewasa ini masyarakat kita sangat sensitif apabila mahu menyebut mengenai perbelanjaan penggunaan dan kos sara hidup. Pasal masyarakat tidak pandai merancang jangan sesekali disebut, jangan diulang-ulang. Pasal masyarakat tidak mengutamakan keperluan berbanding kehendak, jangan sebut, jangan diwar-warkan. Pasal masyarakat malas bekerja (malas bangun pagi) dan tidak pandai mencari pendapatan sampingan jangan disebut, jangan dikenang. (baca dengan nada sarkastik paragraph ini)

Dan jangan sesekali sebut `jimat', kerana kata mereka "macam mana nak jimat kalau nak makan pakai pun tidak cukup? Jangan fikir, jangan sebut dan jangan tulis. Ianya merbahaya. Anda akan mengumpul ramai pembenci (haters). Selamat datang ke Malaysia... (juga baca dengan nada sarkastik paragraph ini. Gitu).

Lebih-lebih lagi jika kita kaya, mengada, berpelajaran, handsum/comel (he he he) dan `ada tempat' dalam masyarakat, kita jangan laaa sesekali gatal meroyan menyarankan agar berjimat cermat (walaupun jimat itu mungkin jimat air, jimat elektrik, jimat minyak, jimat masa atau jimat bedak, he he he). Sebabnya? sebabnya kita akan dituduh "senanglah cakap, awak orang kaya, gaji mahal". Tidakah golongan ini terfikir yang orang yang berjaya ini pukul 4.30 pagi sudah bangun tercongok buat kerja (contohnya buat kertas kerja). Mereka tidak fikir di belakang mereka orang yang senang ini berjimat dan berhemah nak mampus dalam merangcang kewangan. Kita akan senang sebab sudah banyak kita melakukan pergorbanan sejak kecil, termasuklah berkorban masa remaja (sebab dok belajar mengadap buku 24 jam, bila remaja lain duduk bergalok)... Kita tahu yang pipih tak datang melayang, yang seksi tak datang menyerah...

Jadi? Jadi kita akan jadi masyarakat yang `tak menjadi'. Jadi masyarakat yang bukan mahu lap susu tumpah tersebut tetapi kita jadi masyarakat pakat-pakat sibuk cari siapa buat susu itu tumpah. Kita jadi masarakat yang pakat nak tampar dia (yang tumpahkan susu). He he he (sekadar meminjam similie `susu' yang digunakan oleh prof|). 

Prof Muhaya sudah tampil menjawab. Syabas prof, saya sokong. Dan saya rasa ianya (tampil menjawab) adalah suatu usaha yang baik walau bagaimanapun haters tetap haters. 

Jan: Kita susah sebab kita...percayalah.




Firman Allah SWT: “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)

KWSP : Simpanan Asas Baharu Berkuatkuasa Januari 2014

Saya berhasrat mahu bersara dengan penuh bergaya. Saya tidak mahu lagi setiap akhir bulan menunggu gaji atau berjimat cermat yang amat-amat. Kalau boleh pada masa tersebut (walaupun mungkin berkerusi roda) kalau saya ke ECM pun, saya pakai sambar jea barang-barang yang saya nak. Tak nak kelebek-kelebek harga lagi. Setelah lama saya menanam, saya mahu menuai pula. Haaaa. 

Saya berpendapat hasrat tersebut adalah hasrat hari setiap warganegara Malaysia yang bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta. Bukan hasrat saya semata-mata. Kita hendak hidup kita semakin senang, bukan sebaliknya.

"Orang kerja kerajaan tak apalah ada pencen..." Kata seorang kawan saya setelah saya mengalih tema perbincangan (saya boring asyik cakap pasal bola, politik, bola, politik. Huh!). Sebenarnya saya tidak setuju dengan pendapat beliau, mengharapkan pencen semata bukanlah satu tindakan yang tepat. 

Sekarang kadar minima pencen di sektor kerajaan adalah RM820. Jumlah inilah yang mereka akan terima selepas pencen (lagi tinggi gaji semasa kerja, lagi tinggilah pencennya nanti). Dengan mengandaikan sudah memiliki rumah, kereta dan anak-anak pun sudah di luar tanggunggan, jumlah ini adalah jumlah logik ekonomi mengikut harga pasaran masa kini dan bentuk sumbangan yang mereka telah berikan (sama ada besar atau tidak berdasarkan kelayakan kerja). Kalau kita boleh sesuaikan gaya hidup kita seRM820 sebulan, bolehlah...

Di sektor swasta lain cerita (walaupun plot dan temanya sama). Ceritanya kita kena ada duit dalam akaun KWSP kita yang membolehkan kita menyara diri selama 20 tahun (kira umur purata kita hidup lepas bersara, mungkin lebih pendek kot, he he he). Dulu kadar minima adalah RM120,000 (dengan andaian pencen (RM500 sebulan), tetapi sekarang sudah dinaikan kepada RM196,800 (dengan andaian RM820). Dan logiklah kerana inflasi berlaku mengiringi tahun. 


Masalahnya ialah kita selalu membuat pengeluaran wang KWSP. Saya juga pernah keluarkan wang KWSP untuk membayar deposit rumah, dan pernah juga mengeluarkannya untuk membayar rumah saya dalam masa setahun, he he he. Jadi tidak banyaklah wang saya dalam KWSP tersebut. Masih tidak sampai RM196,800. Tetapi alhamdulilah mengikut jadual di atas dalam umur 44 tahun (April ini) saya telah melepasi sasaran RM88,000 dengan cara hidup RM820 sebulan.

Persoalannya dapatkah saya hidup setema RM820 sebulan|? Namun tahun demi tahun saya harap jumlah simpanan melepasi jumlah itu dengan ketaranya agar seolah pencen melebihi RM5000 sebulan. Atau lebih? Insyallah...

Jan: Tapi kita harus ingat, harga makan pagi kita nanti mungkin RM80! Pada tahun 2030 sekilo gula mungkin berharga...? Haaaa

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home