Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, October 12, 2008

Dah akhir sem...ya.




1. Minggu ni adalah minggu ke 14 sem, minggu terakhir berkuliah. Minggu depan study week, so minggu ni akan mulai bertambah sibuk (sebenarnya minggu lepas dah mula sibuk).



2. Sekarang dalam proses menyediakan carry mark, mesti disiapkan setidaknya sebelum menerima skrip jawapan soalan final.



3. Sehingga sekarang masih tak siap-siap proses marking tersebut, he he he. Nak marking bukan mudah, kena ada mood dan masa yang sesuai kalau tak hasilan marking terjejas.



4. Semester ni ajar ECOB 313 Malaysian Economy untuk pelajar semester 5.




5. Masa berkuliah 8 jam sahaja tapi ada 10 section, 9 tutorial. Jumlah student seramai 379 orang tapi dek kerana satu subjek sahaja, cara penatnya lain sikit.



6. Semester depan tak ramai ambik ECOB 313, so kena ajar juga ECMF 013 Principles of Microeconomics untuk student foundation (kira macam pra/sijil...).



7. Rasanya sem ini persembahan yang diberikan lebih baik dan terkawal (ke perasan ni...?). Harap-harap sem depan lebih terkawal.



8. Sem depan masuk sem yg ke 4 saya di sini, semoga sem depan akan lebih komit dengan kerja.




jankaulu: Teringat kat raya dari tuan pengetua PPYIT pada raya nan lalu, beliau memberikan semangat untuk terus mencurahkan bakti kepada anak bangsa...



Saturday, October 11, 2008

Berkahwin atau tidak berkahwin...

1. Tidak berkahwin bukanlah satu kesalahan, sama ada berkahwin atau tidak berkahwin tetap bukan merupakan suatu dosa. Yang dosanya datang daripada bagaimana kita pandui hidup kita dengan sebaiknya sama ada kita berkahwin atau tidak.

2. Kalau ada rezeki dan `usaha-usahi’ yang dijalankan berhasil, maka berkahwinlah kan…

3. Bukan semua golongan tidak berkahwin itu memang tidak mahu berkahwin. Mungkin mereka sangat-sangat nak berkahwin (bak kata ustad Ahmad mungkin masuk dalam bilik menangis malam-malam) atau mungkin ada yang sudah mengambil keputusan tidak mahu berkahwin atas sebab kita tak perlu tahu, he he he.

4. Siapalah kita untuk mengata dan memberi penghakiman terhadap hidup mereka ni…(sedih pulak rasa…)

5. Dewasa ini perkahwinan mungkin bukan lagi keperluan malah boleh jadi ia merupakan suatu pilihan kepada pihak-pihak tertentu.

6. Ramai juga individu yang memilih untuk tidak berkahwin. Mereka menganggap perkahwinan bukan pelengkap kehidupan yang utama. Contohnya, mereka sudah merasa amat selesa dan berpuashati dengan kehidupan mereka, khususnya dari segi kerjaya yang memuaskan, gaya hidup yang lebih kondusif dan mempunyai kebebasan dalam pelbagai perkara dan juga kestabilan kewangan.

7. Perkara yang lebih salah dan bangang adalah memiliki sebuah perkahwinan tetapi pengisiannya adalah tidak betul. Terdapat banyak kes berlakunya pengabaian, ketiadakadilan mahupun kecuaian di dalam institusi kekeluargaan. Contohnya kebajikan isteri yang diabaikan oleh pihak suami, pihak suami yang diabaikan oleh pihak isteri, dan pengabaian anak-anak.

8. Saya berpendapat mengabaikan tanggungjawab dalam perkahwinan merupakan kesalahan yang besar berbanding kesalahan tidak berkahwin (kalaulah ia merupakan kesalahan…salah ke?).

9. So saya sarankan sama ada berkahwin atau tidak berkahwin sama-samalah kita mengisinya dengan kehidupan yang bermakna, janganlah menjadi hakim macam lebih daripada tuhan pulak.


Jan: Kot-kot sebenarnya kawan kita yang tak kahwin tu sebenarnya kahwin dengan org bunian. Mana kita tau kan, he he he.

Friday, October 10, 2008

Golongan wanita yang tidak berkahwin...

1. Kawan baik saya ada menyatakan bahawa bebanan yang ditanggung oleh pihak perempuan jauh adalah lebih berat berbanding dengan apa yang saya telah lalui pada raya nan lalu. Dia menceritakan dengan terperinci mengenai masyarakat di sekelilingnya lebih cenderung memandang negatif terhadap perempuan yang tidak berkahwin berbanding lelaki yang tidak berkahwin.

2. Tanggapan cetek masyarakat yang begitu perjudis terhadap golongan ini kadang kala `menyeksakan’ golongan tersebut secara langsung dan tidak langsung. Masyarakat yang sepatutnya bersikap lebih `suportif’ menjadi sebaliknya, iaitu mereka telah memberikan tekanan secara halus kepada wanita yang tidak berkahwin tadi (tekanan ini mereka `hadiahkan’ mungkin tanpa mereka sedarinya).

3. Pada suatu tahap golongan wanita tidak berkahwin ini berasa sangat serba salah kerana hendak `berdikari susah, tidak berdikari juga salah’. Terpegun saya mendengar ceritanya. (saya pendengar yang baik sebenarnya, he he he. Kadang-kadang kaki penyibuk jugak).

4. Bayangkan bagaimana perasaan seorang perempuan yang tidak berkahwin menguruskan majlis perkahwinan adik perempuannya sedangkan dia masih membujang. Sekuat mana setabah mana pastilah hatinya terguris kerana manusia adalah insan biasa yang serba kekurangan.

5. Katanya pada saya “...Pada kemeriahan majlis itu tidak ada orang yang akan sedar terlukanya sebuah hati kerana golongan seperti kami memang pakar sangat melindungi kepiluan hati dengan senyum tawa dan gurau senda…”.

6. Perasaan orang yang tidak berkahwin hanya orang yang tidak berkahwin sahajalah yang merasainya.

7. Saya mungkin akan bertanyakan soalan yang sama apabila saya berjumpa kawan saya yang tidak berkahwin jika saya berkahwin.

8. So, jika saya ditakdirkan berkahwin suatu hari nanti, saya akan lebih berhati-hati dengan soalan ini kerana perasaan orang yang tidak berkahwin perlu dijaga jugak, mereka manusia.


Jan: Bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang tiada...

Thursday, October 9, 2008

Dr Mahathir Mohamad...




Sebenarnya saya memang tidak suka dunia politik walaupun saya tertarik dengan apa yang politik boleh buat. Saya juga percaya politik adalah berada teratas dan ia penting. Saya tidak percaya politik itu kotor kerana yang mengotornya adalah individu yang berpolitik. Malah politik yang dipandu dengan kebenaran akan membawak seribu lemon kebaikan..., putih bersih dan suci.



Saya tidak suka dunia politik, namun saya suka insan yang bagi saya sangat istimewa ini. Maksud saya istimewa bukanlah sampai tidak buat salah langsung pulak.



Sebenarnya setiap hari saya buka blog pangsenam. Bila beliau tiada menulis, saya terus bukak blog chedet.com. Saya suka mengambil tahu apa pendirian beliau dalam sesuatu isu. Memanglah ramai orang politik atau orang awam yang mahu tahu apa pendapat beliau (berbanding betul ke pendapat beliau tu?). maka tak ganjillah sangat apa yang saya buat. Kadang-kadang kering mata membaca komen yang diberikan kepada penulisan beliau.




Di dalam blog beliau yang hampir 7 juta pengunjungnya, beliau dikritik dan dipuji, disuka dan dibenci. Banyak orang banyak pandangan, dan setiap orang pastilah percaya pandangannya betul, paling betul, he he he.




Semalam saya lihat berita, perdana menteri kita dipuji kerana rela berkorban dan rela mementingkan keutuhan UMNO dan Barisan Nasional. Saya tak nak komen apa-apa, saya tak reti (walaupun saya dapat A kertas politik semasa belajar kat UM). Namun saya teringat satu tulisan yang saya baca di blog beliau, saja saya perturunkan di sini supaya `teralih' pemikiran saya dan pengunjung blog ini daripada isu kenapa saya tak kahwin kepada isu lain yang lebih penting...




Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan fail meja






SIAPA LANTIK ABDULLAH


Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 25, 2008 12:10 PM



" Tiap kali saya kritik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia". Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Dato Seri Abdullah sebagai pengganti saya."


Tetapi ahli UMNO juga pilih Dato Seri Abdullah.


Dato Seri Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan saya pada tahun 1986-1987. Apabila Team B kalah dan UMNO diharamkan, Dato Seri Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Tengku Razaleigh. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli UMNO Baru yang saya pimpin.


Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli UMNO Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri.


Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Dato Seri Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi. Mesyuarat Agong UMNO memilih Dato Seri Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.


Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri.


Di Mesyuarat Agong selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato Seri Najib. Saya berpendapat UMNO hendakkan kepimpinan Dato Seri Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak UMNO.


Justeru itu saya kembalikan Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dalam Kabinet. Puji-pujian didengar merata-rata yang Dato Seri Abdullah adalah "Bersih", "Mr Clean". Oleh itu apabila saya terpaksa gugurkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pilih Dato Seri Abdullah untuk mengisi jawatan itu walaupun Dato Seri Najib adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi.

Kenapa tidak dipilih Dato Seri Najib?


Sebabnya ialah dia lebih muda dan harapan saya selepas satu, dua penggal sebagai Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah akan serahkan jawatan itu kepada Dato Seri Najib. Sebab itu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan Dato Seri Abdullah pilih Dato Seri Najib sebagai timbalannya. Pemilihan Naib Presiden bukan yang pertama sebagai timbalan pernah berlaku. Saya Naib Presiden yang ke-tiga tetapi Tun Hussein Onn pilih saya jadi Timbalan Perdana Menteri.


Seperti juga dengan diri saya, Mesyuarat Agong UMNO mengesahkan pemilihan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berikut.


Selepas itu saya anggap penyerahan kuasa kepada Dato Seri Abdullah bukanlah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh UMNO. Tidak ada sesiapa yang membantah. Saya jelaskan latarbelakang pemilihan Dato Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya. Saya rela dihukum jika saya salah. Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.


Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir. Kenyataan olehnya yang dia akan serahkan jawatan dalam parti dan Kerajaan pada bulan Jun 2010 disambut baik bahkan dengan gembira oleh hadirin serta orang ramai, Melayu dan bukan Melayu. Tiada siapa yang merayu supaya dia teruskan pimpinannya.


Dari ini agak jelas yang semua pihak hendak Dato Seri Abdullah letak jawatan. Tetapi meletak jawatan dua tahun dari sekarang bermakna penggantinya hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan parti untuk hadapi Pilihanraya Umum ke-13. Masa ini terlalu singkat kerana kerosakan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah kepada UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti komponennya amat teruk. Masa yang lebih panjang diperlukan.


Jika Dato Seri Abdullah benar-benar sayang kepada UMNO, dia harus rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan UMNO. Alasannya yang dia ingin awasi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadirannya adalah sebab UMNO dan Barisan Nasional jadi lemah.


Saya terima saya bersalah kerana memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean.


Saya percaya ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama. Hari ini yang berkuasa menggantikan Dato Seri Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO.


Janganlah tunggu Pilihanraya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan UMNO supaya Dato Seri Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau UMNO. Yang salah ialah Dato Seri Abdullah.


Jika ahli UMNO hendak melihat UMNO dan BN dipulih semula, paksalah Dato Seri Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Dato Seri Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian.


Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Dato Seri Abdullah terus menjadi Presiden UMNO, yang salah ialah ahli UMNO sendiri.


Ahli UMNO akan bertanggungjawab terhadap kehancuran UMNO dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN.


Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa UMNO dan BN di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah, UMNO masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri





Jan: Semoga semua ahli politik Malaysia tidak banyak berpolitik tetapi menumpukan kepada proses pembangunan bangsa Malaysia. (Tapi kadang-kadang kita juga sebenarnya `berpolitik' untuk mendapatkan sesuatu, mengekalkan sesuatu dan menambahkan sesuatu, he he he. Dan kita tuduh politik kotor?, he he he).


Berkarat, berlumut?


Hari ni hari ke 9 raya, esok hari ke 10. Harap-harap rasa cuak ni akan hilang cepat-cepat. Memang saya sensitif bab-bab kahwin ni. Dulu masa awal remaja taklah jadi sensitif sangat (malah turut rasa lucu) tapi kini dah akhir remaja (he he he), saya rasa makin sensitif, rasa terpukul, rasa dibezakan...

Tu pun kira pagi hari raya ke dua saya dah bertolak balik ke Muadzam, kalau duduk beraya seminggu di kampung bagaimana agaknya ya?....parah kena badutkan.

Kejantanan?

Teringat pulak cerita daripada kawan baik saya, yang dia hampir nak lerak meja (terbalikan meja) kerana rasa cuak bila diperbadutkan (dipersendakan). Masa tu kawan saya tu sedang makan di kedai bersama kawan-kawannya. Mereka mempersendakan kawan saya kerana masih tak ada cahaya mata walaupun telah lama mendirikan rumah tangga. Ya lah kan bukan semua orang kawin lepas dapat degree dan bukan semua orang terus cepat dapat anak bila dah kahwin.

Dia naik berang bila kawan-kawannya mempersoalkan kejantanannya dan macam-macam lagi. Masa tu saya fikir ya ke? kan dia ustad, tak kanlah dia tak boleh kawal sabar.

Tetapi sekarang saya rasai apa yang dia rasai. Saya doakan nanti adalah rezeki tu, dia orang yang baik, tuhan tahu yang terbaik untuknya.

Kemaluan saya...

Kalu nak dikira banyak yang saya `dapat' habuan dari sekeliling. Kadang-kadang tertanya apa dosa saya kepada mereka. Saya tak boleh terima sangat jika alasannya hanya nak bergurau senda. Antara yang saya dapat ialah ` Kahwinlah cepat-cepat nanti P---- lu berkarat', dan dalam tawa ria terungkap dialog ni `lama-lama tak kahwin p---tu kan berlumut, kenalah guna, he he he...' sambil menyandar selesa kat kerusi rotan yang saya beli (buatan Malaysia).
Saya jenis boleh dibawa bergurau, memang saya humur orangnya, saya boleh terima silly jokes tapi janganlah fanatik dan terlalu peribadi, saya manusia biasa... Tolonglah jangan lucahkan saya, kemaluan saya tak ada salah apa-apa.

Anak dara tua...

Lewat semalam ada kawan saya dari Kuala Lumpur call, pensyarah IPTA. Katanya dia terbaca coretan saya pasal isu tak kahwin ni. Dia pulak dah luah perasaan hampir satu jam setengah!. Masa tu saya dok marking kuiz 2 sambil tengok tv ulangan tayangan `Rumah terbuka hari raya bersama Datuk Sharifah Aini', yang tahun 2004 punya (tahun ni tak buat rumah terbuka ke Tok Pah?). Dek demi persahabatan lalu saya layan jugak dengan bersungguh-sungguh. Saya kata sabar banyak-banyak (pandai pulak nasihat orang, bila kena atas batang hidung sendiri, sesak nafas, he he he)

Dia kata dia juga tak pergi melawat ke rumah jiran-jiran dia, dia kata dia mahu jaga hati dan perasaan dia. Saya pun apa lagi nasihatlah dia kononnya kena jaga silatulrahim, jangan begitu, kena sabar banyak-banyak. Tak baik putuskan silaturahaim, tuhan marah. Berkorban la sikit... (amboi macam bagus je nasihat orang). Tau apa dia kata `...asyik aku je kena berkorban Man...huh!'

Saya ingat lagi dia kata `muka aku ni macam papan lapis, badan macam batang balak, sapa la yang nak? Selepas saya jawap saya pun tak nak, saya terus sabarkan dia kononnya semua ini ketentuan allah. Saya guna aspek agama pulak sebab saya tahu tu kelemahan orang Melayu, he he he (atau kesistimewaan? mana tau kan?). Dan memang betul! lepas tu dia cool sikit.

Jan: aku di dalam emosi...

Tuesday, October 7, 2008

Guris dalam tawa...


SELAMAT hari raya, bila nak kawin…? Pertanyaan seperti inilah yang membuahkan perasaan tidak selesa, serba salah dan tidak senang duduk pada hari raya nan lalu, namun saya hanya mampu tersenyum (sambil dalam hati menyumpah kepada pihak yang bertanya). Kemudiannya barulah saya mula menjawab soalan itu sebaik mungkin, secermat mungkin dan sesopan mungkin. Saya sedar pertanyaan tersebut kerapkali hanyalah sekadar gurauan, sekadar satu gurauan yang mahu menimbulkan suasana ceria di khalayak ramai, (gurauan yang saya rasa tidak patut…).

Bukanlah menjadi suatu kesalahan hakiki apabila bertanyakan soalan tersebut jika benar-benar mahu mengetahui dengan ikhlas, namun daripada raut muka dapat diketahui majoritinya sekadar berbentuk pertanyaan semata-mata.

Bagai badut sarkes...

Suasana pada hari raya nan lalu paling mencabar, dah lima tahun tak balik beraya di kampung halaman. Bayangkan apabila semua keluarga jauh dekat sudah berkumpul, pak saudara, mak saudara, anak sepupu sepapat, laki kepada mak saudara, bini kepada pak saudara dan sewaktu dengannya. Mereka akan bertanyakan `bila lagi nak kahwin? Seolah-olah terdesak sangat saya wajib menamatkan zaman bujang. Mereka berkumpul di ruang tamu memanggil saya, memeluk mesra saya sambil bertanyakan bila lagi saya nak kahwin.

Walaupun saya tidak kahwin, saya juga manusia biasa yang ada perasaan malu. Saya malu dan tidak senang bila diajukan soalan peribadi itu di hadapan ramai orang (rasa macam dalam sarkas). Namun saya tersenyum (senyuman yang dibuat-buat…tak kan nak tarik muka 14 kan…he he he)

Daripada pagi hingga ke petang, hinggalah ke malam terpaksa menjawab soalan ini berkali-kali pada setiap rombongan raya yang bertandang. Maknanya pihak yang belum habis beraya di rumah saya akan dapat mendengar dan membandingkan jawapan yang saya berikan kepada mereka adakah sama atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebelumnya. Biasanya saya sudah menyediakan skrip, dan dialog terlebih awal, bersama intonasi dan ekspresi muka. Namun bagi soalan cepu emas ini jawapan yang saya berikan kepada sanak saudara tidak pernah dapat memuaskan hati mereka. Hampir 99% tetap menyalahkan sikap saya yang menyebabkan saya tidak `laku’, he he he.

Ada juga yang menasihati supaya jangan memilih, terimalah sesiapa sahaja kerana faktor umur. Lagipun kata mereka saya ni bukannya ada rupa sangat (huh!). Ada juga yang beria-ia mahu menolong mencarikan pasangan, dan ada juga yang berkhutbah panjang lebar mengenai segala kebaikan berumahtangga pada pagi raya yang syahdu, maka benar-benar syahdulah raya saya. Hampeh…!

Bertandang ke rumah jiran? (biar dok pong…)

Perkara yang sama juga berlaku apabila saya menziarah ke rumah jiran tetangga dan sanak saudara pada hari raya (sebab itulah saya tak bertandang ke rumah mereka, padam muka, he he he). Mereka juga bertanya hal itu dan lebih parah lagi di sana terdapat ramai orang yang kita tidak kenali turut sama tertarik dan menunggu jawapan mengapa kita tidak berkahwin? Orang yang tidak mengetahui status kita akan secara automatik akan mengetahuinya.

Dan saya serba salah, hanya tuhan dan orang berstatus macam saya jelah yang tahu bagaimana perasaan saya apabila mata-mata merenungi saya semasa menunggu jawapannya (macam dalam mahkamah pulak). Perkara itu bukanlah satu kesusahan besar namun ia menikam hati.

Malaslah nak jumpa kawan lama…

Berjumpa kawan lama pada hari raya juga menyesakkan nafas dan ianya merupakan satu perkara yang tidak menggembirakan, memandangkan rakan sebaya biasanya semua telah berumahtangga. Selain bertanya khabar mengenai kerjaya masing-masing, topik seterusnya pasti mengenai keluarga. Hakikatnya fokus perbincangan lebih terarah kepada hal keluarga daripada hal kerjaya dan pencapaian akademik saya (mungkin pencapaian akademik tidak sepenting pencapaian dalam berkahwin (dapat kawin) kot dalam masyarakat kita, he he he.

Dan seperti perkara wajib, topik perkahwinan itu akan dipecah-pecahkan lagi kepada sub topik yang lebih kecil dan sensitif (setidaknya kepada telinga saya). Topik kecil yang tidak pernah mereka tinggalkan ialah khutbah mengenai kerugian tidak berkahwin.

Perjumpaan sekejap dengan kawan-kawan lama dan sanak saudara pada hari raya yang seharusnya menggembirakan meninggalkan kesan yang tidak selesa ke dalam diri, terasa sangat kehidupan yang dilalui ini `tidak betul’, serba kekurangan, atau `tidak sihat’.

Perbincangan hal peribadi itulah di antara beberapa sebab utama mengapa saya terpaksa memulaukan projek `reunion’ yang kawan-kawan adakan pada saban tahun. Tentulah normal manusia menjauhi `kawasan-kawasan’ yang mereka berasa akan mendukakan mereka, kan.

Lain pula gelagat kawan-kawan lama yang sudah beranak pinak. Mereka tanpa disuruh-suruh dan tanpa dipaksa-paksa menceritakan kehebatan dan kelebihan anak-anak mereka kepada saya. Saya akan `buat-buat’ tertarik mendengar cerita mereka, saya juga akan buat-buat mesra kepada anak-anak mereka. Saya akan menyentuh dagu atau mengusap kepala mereka. Namun jauh di sudut hati mahu saja saya menempeleng budak-budak itu (kerana menyebabkan saya ini rasa kekurangan). Saya juga akan berkata `comelnya budak ni’ walaupun hakikatnya saya berasa diri saya lebih comel dan bulat dari anak mereka tu, he he he.

Jan: Aku bagai badut...

Soalan2 di pagi, petang dan malam raya...

Soalan bila balik cuti raya...He he he. Huh!

Bila nak kawin?
Sorang lagi ke?
Kenapa memilih sangat?
Tua nanti sapa nak jaga?
Tak sunyi ke hidup sorang?
kenapa tak cari pasangan?
Suka ke hidup sorang diri?
Molek ke dok sorang ni?
Tunggu apa lagi?
Nak tak kenal dengan adik ipar saya?


Jan: tak terjawab...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home