"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, February 16, 2009

Hujan dan air mata...

MANKISUE memberhentikan motornya di tepi jalan besar yang menuju ke Rompin. Dan selepas mematikan suis, demi keselamatan dia mengheret motornya ke tepi jalanraya. Seketika kemudian dengan langkah yang longlai dia dengan perlahan duduk mencangkung. Mankisue mendongak ke langit, awan gemawan yang sebelum ini mendung semakin pekat warna hitamnya. Sesekali terlihat kilat pancar memancar, diiringi dengan dentungan guruh.

Gerimis semakin galak…dan akhirnya rintik-rintik hujan mulai turun membasahi rumput-rumput dan lopak-lopak kering di kiri dan kanan jalan raya. Tidak beberapa lama kemudian lopak itu dipenuhi air dan beberapa alur kecil terbentuk dan mengalir ke tepi jalan raya, melintasinya. Sama seperti air mata yang bertakung, disekanya… mengalir perlahan di pipi, bersama deraian hujan.

Dengan dada yang terbakar dan kesedihan yang berat Mankisu memerhati semuanya. Memerhati air-air di lopak yang sudah mulai mengalir… Seketika kemudian hujan turun selebat-lebatnya… semut-semut di celahan daun-daun kering telah timbul terkapai-kapai di permukaan air menyelamatkan diri, seperti diri Mankisue yang hampir lemas tenggelam dek kepalsuan yang berwarna-warni.

Mankiseu tetap bertabah hati kerana perkara sebegini sudah menjadi seperti makanan di dalam kehidupannya. Ahh…Jika aku tersesat di pertengahan jalanan aku mampu kembali ke pangkal jalan, jalan yang dia telah banyak kali aku lalui, aku mampu untuk berpatah balik memulakannya semula…tidak sukar bagiku ‘ bisik hati Mankisue sambil tangannya menguis-guis dedaun kering yang menyekat aliran air. Dan kemudiannya ranting tersebut dipatahkannya.

Seolah alam mengetahui penanggunan perasaan yang dirasainya… dia berhenti di tepi jalanraya tidak untuk berteduh, bukannya tempat berteduh dicari… hidupnya telah tersedia basah…

Dalam hujan lebat itu, ketar jari jemari Mankisue mengurut dadanya, memujuk hati tenteramkan jiwa, sabar, sabar dan sabar. ''Biarlah aku hidup sendiri, Ya allah mengapa hari ini hadir juga, apa salah dan silap aku…. Ya allah..'' Persoalan bersilih ganti menerpa di fikirannya. Dan dalam keadaan sebegini ini Mankisue merasakan tuhan sangat dekat dengan dirinya. Tuhan yang tidak pernah berbohong, tuhan yang benar walaupun dalam perkara yang paling berat untuk dia terima.

Mankisue tidak menghiraukan hujan tersebut, dia juga tidak menghiraukan nota-nota pengajarannya yang basah renyai di raga motornya, lebih–lebih lagi dia tidak hirau untuk menjadi basah kuyup kerana hatinya memang terbakar dek kesedihan yang tak tertanggung. Biarlah hujan lebat itu menyejukkan perasaannya, hidupnya.
Airmatanya yang menitis telah bercampur bersama deraian hujan yang lebat. Mankisue lantas menanggalkan topi keledarnya, menyeka mukanya dan meraut rambutnya ke belakang. Kalau boleh dia ingin meraung sekuat hati walaupun dia sedar raungan tersebut akan tenggelam dek bunyi guruh dalam kelebatan hujan tersebut…

Mankisue tidak meraung, dia juga tidak beria menangis lagi, dia serahkan segalanya kepada suasana alam. Suasana alam pada petang itu benar-benar mewakili keseluruhan jumlah rasa kehancuran hidupnya…
Jan
: Sabar...

No comments:

.