"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, February 19, 2009

Bab 3: Cerita III (Sejahat iblis...)

KELIHATAN berkembangan bunga-bunga Iris di sudut halaman rumah no 18 Taman Perumahan Kenangan. Malam tadi hujan gerimis, dan pada awal-awal pagi begini suasananya hening sekali. Sinaran lembut cahaya pagi yang terpantul daripada rintik hujan melekat di daun-daun pokok Iris menambahkan keindahan di waktu pagi. Pemandangan sebegini berjaya mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang melintasi rumah teres tersebut.
Terdapat pokok pisang perhiasan yang ditanam dalam pasu, juga sepasang pokok keladi yang diletakan di kiri kanan tiang balkoni. Namun pokok bunga Irislah yang mendominisasikan halaman rumah yang sekangkang kera tersebut. Pasu-pasu pokok Irish disusun seolah-olah menjadi pagar sebagai menandakan sempadan antara sebuah rumah dengan sebuah rumah. Rumah di kawasan perumahan ini tidak dipagari, semua rumah dipagar sekaligus dan terdapat pondok jaga di pintu laluan masuk ke kawasan perumahan tersebut.
Mankisue tersenyum tawar melihat keindahan dan kesegaran pokok-pokok bunga yang ditanamnya. Semuanya tidak seindah dan sesegar sebelumnya. Entah mengapa pagi yang syahdu tersebut tidak dapat melahirkan motivasi terhadap dirinya untuk memulakan tugasan harian. Tidak seperti pagi-pagi sebelumnya, pokok-pokok tanamannya menyambut mesra seolah memberikan semangat untuk memulakan hari yang baru.
Semuanya telah pergi, dunia cerianya teragut. Sudah hampir seminggu dia tidak menyiram pokoknya, apatah lagi membajainya. Dia merasai sedikit kesal kerana mengabaikan tanggungjawab terhadap pokok-pokoknya. Mankisue akui kini dirinya gagal melihat keindahan yang ada di depan matannya. Dia asyik berperang dengan perasaan.
Mankisue berhijrah ke meja taman kayunya. Dia membelek daun-daun pokok paku pakis di dalam pasu coklat yang bercorak roman. Terdapat daun yang kering… Dia mencabut beberapa helai dan meletakkanya di tepi pasu. Di atas meja kayu tersebut hanya ada sebuah pasu kecil sahaja, diletakan di tengah-tengah. Dulu dia memang berhajat mahu meletakan beberapa pasu pokok bunga kektus.
``Ah! Bunga kektus tak berapa cantik, keras je, berduri pula… tidak seperti pokok paku-pakis yang simple dan mudah dijaga, hijau merimbun.” Beritahu Mankisue apabila kawannya Shahrul mencadangkan di letakkan pokok bunga kektus di atas meja kayunya yang baru dibeli pada masa tersebut.
“ Tetapi pokok kektus tahan lama, senang dijaga…” Mankisue teringat kawan Shahrul membalas bidasnya suatu ketika dulu apabila dia cuba membandingkan pokok kaktus dan pokok paku pakis. Bagi Mankisue masing masing ada kelebihannya sendiri. Sebenarnya hanya untuk kelihatan simple, dia meletakan sepasu kecil pokok paku pakis, agar tertonjollah meja kayu yang disayanginya itu.

Tentulah sepohon pokok jika dijaga dengan elok, disiram dan dibajai dengan teratur dengan menggunakan kaedah yang betul akan menyebabkan tumbesaran cepat berlaku dan hasilnya menarik sekali. Begitu jugalah dengan sebuah perhubungan, kesetiaan adalah bajanya…kepercayaan adalah sinaran mentarinya.

`` Hari ni selepas menyiapkan skema, aku nak ke klinik, nak periksa tekanan darah’’. Bisik hati Mankisue sambil mencapai topi keledarnya... Dia memang mahu menyudahkan skema subjeknya yang dah hampir seminggu tidak dijamahnya. Skema penting, Mankisue tahu mahu menyiapkan sebuah skema mengambil masa dan penelitian, tidak semudah memyediakan soalannya.

``Perempuan ni Man kalu dia jadi jahat, dia boleh jadi lebih jahat dari iblis! ” Di atas motor Mankiesue teringat kata-kata Hazufam… Mankisue teringat juga kepada perempuan-perempuan iblis yang pernah hadir dalam jiwanya... pernah meragut dan membawa sebahagian kebahagiaan hidupnya…

Pagi ini sama dengan hari sebelumnya, cuaca sedikit redup. Dua tiga minggu kebelakangan ini cuaca tidak menentu. Sepertilah hati Mankisue. Ada peperangan di dalam dirinya. Peperangan yang tidak pernah-pernah mahu meninggalkan episod hidupnya…

Jan: Perempuan, isteri dan ...

No comments:

.