Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, April 6, 2017

Rutin sebagi isteri Vs rutin sebagai pekerja

Saya malu hendak menulis perkara ini (saya mungkin dinampak aneh oleh orang-orang di sekeliling saya pada abad ini). Semasa saya menulis posting ini saya berada pada tahun 2017. Saya menjangkakan dalam ratusan tahun lagi, mungkin posting saya ini akan dibaca oleh masyarakat yang lebih ke depan...semoga dapat dibuat kajian.

Saya akui saya lebih suka buat kerja rumah dan berada di rumah berbanding dengan tempat kerja. Di rumah lebih menyenangkan berbanding dengan tempat kerja yang seolah-oleh kerja-kerja tersebut tidak pernah akan habis. Yang kadang-kadang membuat saya tidak gembira.

Saya juga lebih senang mengeksprasikan diri saya di rumah berbanding di tempat kerja yang memenatkan dan penuh persaingan dalam sedar dan tidak sedar.

Anehkah saya jika berperasaan begitu semata-mata saya lelaki?

Saya hidup di abad di mana perempuan handal-handal belaka, manakala lelaki pula selamba sahaja. Di mana mereka rata-rata sedikit bilangan dan tidak handal-handal belaka kecuali berkata-kata. Tidaklah pula saya mahu menyalahkan perempuan semata sebab ia juga boleh bermula kerana kelemahan lelaki.

Jika lelaki dan perempuan faham fungsi mereka masing-masing, rumahtangga akan jadi bahagia. Saya rasa sangat penting fungsi perempuan untuk berada di rumah menguruskan hal keluarga sementara si suami keluar mencari kerja.

Sebab itulah saya tidak pernah memandang rendah terhadap suri rumah samada mereka berpelajaran atau tidak kerana saya berpendapat kerja-kerja di rumah lebih maha penting dari kerja di tempat kerja. Di rumah kita melahirkan manusia, membentuk manusia agar manusia menjadi satu bangsa yang bertamadun. Bukan monyet.

Jangan pandang rendah rutin sebagai seorang isteri. Dan ia lebih penting dan wajib dijalankan berbanding dengan rutin seorang pekerja. Walau sesibuk mana selelah mana, rutin tersebut mestilah dijalankan dengan penuh tanggngjawab. Membuat kerja yang sama memboringkan, tidak mencabar. tetapi bila kita membuatnya ia kan dapat ganjaran yang besar dalam rumahtangga. dalam agama, mungkin kita rela merangkak untuk membuat air kepada suami jika kita dapat melihat besarnya ganjaran pahala.

Si suami pula janganlah memaksa si isteri bekerja dengan bersungguh-sungguh sebab nafkah masih di atas tanggungjawab kita sebagai suami. Dan jika tiba-tiba si isteri mahu berhenti kerja, si suami wajib sedar ia bukanlah dosa... Rutin menjadi isterilah yang membawa mereka ke syurga, bukan rutin sebagai pekerja...

Abang Jan: Memang perempuan zaman sekarang handal-handal belaka...

Menurut riwayat Jauzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar’ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta’al AI Jibry).

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home