"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, April 19, 2017

Dalam rumahtangga lelakilah yang berkuasa, tetapi...

Saya tidak ada isteri, jadi tidak ada isu saya dikontrol isteri. Namun saya rasa kekok apabila melihat kawan-kawan lelaki saya didominasi oleh isteri mereka. Tidaklah separah lirik lagu Tan Sri P Ramle di bawah:

Kisah Rumahtangga

Oh dengarlah tuan-tuan
Sebuah kisah suami isteri
Kadang-kala terdapat si isteri memerintah suami
O disuruh duduk-duduk
Dijerit-jerit dibentak-bentak
Suaminya dulu handsome
Rambut panjang dah jadi botak
U la la, kalau memilih isteri ala abang
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih ala abang
Kena queen control
La la la la ......
Kisah rumahlah tangga, ada-ada saja


Tidaklah separah lirik lagu Tan Sri P Ramle di atas tetapi memalukan orang rama. Kalau si suami marahkan isterinya pun saya sudah tidak selesa, apatahlagi jika isteri buat perangai depan orang.

Pernah pada suatu ketika saya lihat kawan saya serba salah bila isterinya mengerlingkan mata (tanda isyarat) kepadanya untuk memberitahu sekarang masa balik sudah sampai!. Sedangkan saya lihat suaminya masih galak bergurau senda di majlis itu.

Saya cuba berpositif tetapi saya kenal juga isterinya itu. Memang suka mengarah. Saya cuba berpositif dengan melihat kawan-kawan perempuan di majlis itu adakah yang lawa. Saya dapati tak adalah yang lawa sebab ini perhimpunan ahli akademik, bukannya majlis yang dipenuhi model cantik untuk lancarkan koleksi musim banjir di Pantai Timur. Kalau di luar negari mereka dipanggil musim luruh. Apa yang luruhnya saya tak tahu. nak kata daun, semuanya bangunan tinggi belaka. Pokok ada sebatang dua jea.

Sebenarnya daripada mereka masuk majlis saya dah perati. Dialah yang mencari tempat untuk suaminya, bubuh makanan (termasuk pilih makanan). saya cuba berpositif tetapi saya rasa adalah baiknya beri kebebasan kepada suaminya sebab ini majlis. Kesian suaminya nak jumpa kawan-kawan....emmm.

Dan apabila dia marah (malukan suaminya depan orang ramai), saya anggap itu satu gurauan beruk. Tidak malukah kita kepada orang ramai? sepatutnya kita jaga airmuka dan buat suami kita bangga dengan dia...

Tapi malaslah nak ambil cara hal orang. Mungkin dunia sudah terbalik dan SEMUA orang melihat itu sebagai normal, Saya sahaja yang jakun!

Ya tak...? Perempuan handal-handal belaka leni...emm...

Tapi handal-handal belaka tu elok, cuma dalam rumahtangga berilah ruang kepada suami untuk `memerintah' walaupun gaji mereka jauh lebih kecil daripada kita...

Sekian...


Image result for queen control



No comments: