"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, April 11, 2017

"Saya nak makan awak...": Kisah rumahtangga

Stanggungjawab makan, minum dan tempat tinggal, adalah tanggungjawab suami. Nak fikir pasal bayar ansuran kereta dan rumah, nak bayar bil-bil, nak bayar cukai pintu, nak bayar mesen rumput JUGA semuanya atas tanggungjawab suami. Bukan tanggungjawab isteri.

Walaupun dalam masyarakat kita dah terbalik, itu isu lain.

Jadi bagi saya tidak timbul soal siapa kena masak bila kedua-dua pasangan adalah bekerja duduk sebumbung. Saya tidak akan marah kalau isteri letih, saya akan beli makanan di luar dan siap tanya `Ling (darling) you nak makan apa?". 

Tapi kalau dia dulu tanya saya nak makan apa? Saya buat-buat gatal dengan menjawab "Ai nak makan you...". dengan kerlingan mata gaya sensual. He he he. Dalam rumahtangga kena la ada gurau senda, baru ada nikmat cinta. Kita bukan kambing. Kambing pun ada gesel sikit-sikit. He he he.

Maaf tulisan saya persis lelaki miang. tapi ada ke lelaki tak gatal? Ada ke? (dua kali tanya tu, he he he)

SAYA JAWAP CARA SAYALAH  bila ada isu siapa yang perlu masak. Ini rumahtangga saya...He he he. Itulah saya jadi hairan bila siapa patut memasak dan mengemas ni jadi isu pulak bagi yang telah berkahwin. Teruk betul depa...

Rumahtangga ni bak taman yang dijagai oleh dua orang. Kena ada timbal balik... Tapi mereka ni bila dah lama kawin akan rasa tertekan dan mula cari pangkal atau asas nak tahu siapa yang kena buat apa... teruk betul...

Benda-benda ni kalau jadi tanggungjawab jadi tak best kan? tapi kena la tahu tanggungjawab takut tunggang langgang bila ada pasangan jenis berkira.

Image result for SEXSY MEN COOKING

Tapi tak apalah, biar saya yang masak. Saya akan masak dengan pakai seluar pendek sahaja, baru makanan saya sedap dan ghairah...

Weeek. hu hu...



Image result for sukiman menulis masakan
Sup yang saya masak...



Image result for sukiman menulis masak
Ayam masak berlada...senang je nak buat

No comments:

Saya tukar tayar... 4 sekaligus

Subjek kereta masih mengerunkan saya... Minggu lepas entah kenapa tiba-tiba saya rasa sangat bimbang akan keselamatan diri saya. Sebabn...