Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, February 23, 2015

Tempat jatuh lagikan dikenang...

Campur dengan dua hari cuti raya Cina, seminggu saya bercuti di kampong. Seminggu betul-betul.

Seminggu itu terasa sangat sekejap. Mengapa terasa sekejap sangat?

Betul tak? Memang betul tidak ada tempat lain yang serasi dengan kita kecuali di tempat kita dibesarkan. Jalan-jalan dan pantai di kampong itu adalah hidu nyawa saya.

Walaupun di situlah juga ada cerita tampuk duka, tetapi kembang manisnya mewarnai hidup.

Oleh kerana rumah lama ini berbentuk panjang, mak membuat satu `dapur' kecil di tengah rumah betul-betul membahagi ruang tamu dan dapur.

Emak lebih mementingkan keselesaan dan praktikaliti...bukan lagi kecantikan.

Mungkin mak sudah lenguh gi mari-gi mari. Mak kata senang nak buat air di tengah rumah.

Rancangan sebenar saya tidak mahu balik pada raya Cina kerana mahu ke Johor. Saya telah berjanji dengan kawan mahu ke Johor...


Ayah suka pakai topi...
Tetapi oleh kerana ayah tidak sihat, rancangan itu dibatalkan dengan senang hati.

Kata emak sudah seminggu ayah menggunakan kerusi roda. Ayah tidak boleh berdiri...

Ayah sakit urat dan sendi. Penyakit yang sinonim dengan orang yang sudah berusia.

Ayah  terbaring di ruang tamu menghadap TV, ruang tamu ini sudah bertahun menjadi bilik ayah...

Mungkin lebih selesa berbilik di ruang tamu...

Saya dan ayah tidak bercakap banyak, mungkin ayah dulu-dulu memang begitu...dan anak zaman dulu-dulu begini.

Semasa meninggalkan rumah hati rasa sayu.

Besarnya kasih sayang saya terhadap ayah, saya rela bertukar nyawa...
Hanya allah yang tahu...

2 comments:

LilYLiZ@ said...

Tuntutan kerja memaksa kita berjauhan dari keluarga

sukiman said...

Betul Liza...

Semoga awak berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga...amin

   

.

.

.