Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, February 5, 2015

Orang tak ada iman...

"Orang tak ada iman, tak ada agama memang begitu..." Kata kawan saya yang saya rasa hampir mempunyai segala-galanya dalam hidup kecuali bentuk badan yang menarik. Dan personaliti.
 
Rumah besar, dapat suami ada rupa dan berharta. Dia sendiri berpelajaran tinggi dan hidup jauh dari kesusahan material. Rumah ada beberapa buah dan juga kereta... Lahir atas dulang IKEA.
 
Saya tidak pernah menuduh orang tidak ada iman atau tidak ada hidayah. Sebab saya rasa ianya sesuatu yang kita boleh usaha namun terpulang pada Allah untuk memberikan kepada sesiapa yang dia sudi.
 
Setiap orang berbeza cubaannya...
 
Tidak bolehlah kita menuduh orang seagama dengan kita tidak beriman dan pulaukan mereka begitu sahaja. Kita canang kepada orang sana-sini bahawa si polan itu tidak ada maruah dan sebagainya.
 
Kenapa mereka tidak ada iman dan tidak dapat hidayah? Saya rasa tentu ada kaitan dengan kehidupan mereka lalui berbeza daripada kita. Dan kehidupan sebegitulah yang kita sama-sama ubah dan bantu agar seorang kanak-kanak itu membesar menjadi seorang pemuda dan dewasa yang beriman, sabar dan pasrah.
 
Masyarakat yang terdiri dari isi rumah, parti politik, kerajaan dan NGO perlu berusaha dan mengambil cakna...
 
Saya bukan baik sangat...namun saya berpendapat tidak ada orang yang baik dalam serba-serbi dan begitulah sebaliknya.
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home