Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, February 6, 2015

Batik Payang, Kuala Terengganu

Ramai rakyat Malaysia suka berbaju batik. Saya juga suka berbaju batik sebab ianya nampak cantik dan menarik. Kadang-kadang saya rasa tersinggung sebab ramai memuji batik saya cantik, dan bukannya memuji saya...he he he.
 
Berbatik adalah budaya kita. Saya tidak tahu pula bilakah kita mula berbatik. Sejak saya lahir sudah ada batik.
 
 
 
Saya ada juga beberapa helai baju batik kemeja. Saya gayakannya pada hari khamis dan kadang-kadang bila malas menggosok baju, saya gayakan juga selain hari khamis. He he.
 
Setakat ini koleksi batik saya tidak banyak tetapi yang paling saya suka pakai ialah yang paling mahal sebab kainnya halus dan coraknya tidak `over'. Pun begitu saya juga membeli batik yang murah. Ada yang tidak sampai RM100 pun.
 
Terengganu terkenal dengan kain batiknya (selain pantainya yang cantik dan telinga orangnya yang cantik).
 


Balik kampong nan lalu saya singgah setulang ke Kuala Terengganu dan menyambar sehelai batik kemeja. Rambang mata saya sebab banyak yang menarik. Namun saya hanya beli sehelai kerana duit saya yang lebih saya mahu beli kasut sukan....
 
 
Di sini saya bubuh beberapa keeping gambar yang saya pukul di kedai tersebut.

 
Coraknya halus buatan tangan...mungkin tangannya halus jugak sebab sebelum tidor pakai losyen... Mungkin.
 
Ada batik yang dibuat berpasangan, iaitu ada untuk perempuan dan lelaki dalam tone warna dan corak yang sama.
 
Hiduplah batik untuk budaya!

No comments:

   

.

.

.