Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, February 25, 2015

Pesan ayah...

Seminggu berada di kampong, dapat berjumpa dengan seluruh ahli keluarga kecuali keluarga adik perempuan yang tinggal di Ulu Yam, Selangor.
 
Walaupun ayah tidak boleh berdiri, ayah masih lagi dalam keadaan sihat dari segi makan, tengok tv dan bercakap. Ayah akan berkerusi roda untuk ke bilik air dan ke anjung rumah.
 
Emak kelihatan letih menjaga ayah. Kadang-kadang lebih kesian kepada emak yang menjaga ayah berbanding dengan ayah yang sakit. He he he.
 
Ayah beritahu dia beruntung kerana emak bekas jururawat. Emak boleh ambil ubat dan suntik ayah sendiri. Maka emak suntik ayah di punggung, ayah ketakutan dan bertempik macam budak. Ayah takut.
 
Ayah pesan kepada saya:
 
"Abang kena kawin, nanti siapa nak jaga abang bila sakit?"

No comments:

   

.

.

.