Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 8, 2014

Saya tidak mesra nombor

Kelmarin semasa saya  sedang memandu kereta dari tempat kerja pulang ke rumah, saya cuba mengingati berapa jumlah gaji saya yang setepat-tepatnya. Namun saya gagal sebab saya memang tidak dapat ingat jumlahnya.

Saya cuba mengingatinya sebab saya mahu buat pinjaman...lagi.

Salah satu kelemahan saya ialah nombor. Saya tidak tahu kenapa saya tidak mesra nombor. Semua di luar bidang kuasa saya. Pernah juga saya bertanya diri kenapa saya tidak mesra nombor tetapi sampai kini saya tidak tahu...

Saya tidak tahu nombor kereta kancil dan Pajero ayah saya. Begitu juga saya tidak tahu dengan nombor kereta kakak saya dan adik beradik saya yang lain. Saya tidak pernah ingat atau cuba hafal. Saya hanya ingat jenis dan warna.

Saya tidak tahu nombor kereta Adnan. Adnan kawan baik saya. Begitu juga nombor kereta kawan-kawan yang lain.

Saya juga tidak tahu nombor kereta pak saudara dan mak saudara saya kecuali kereta TA 6 dan TA 66. Saya ingat sebab sejak kecil saya berangan nak `beli' nombor itu dari mereka. Namun sampai kini saya tidak ada duit yang banyak untuk membelinya. Saya hanya bekerja sebagai pensyarah.

No TA 6 dan TA 66 ringkas sahaja, otak saya boleh hadam. Kot.

Semasa saya membeli kereta Myvi saya, saya membayar sedikit wang untuk memilih nombor tersebut. Saya bimbang nombor yang akan diberi tak mampu saya hafal. Inilah kenyataannya.

Saya tidak tahu gaji saya berapa RM dengan tepat. Saya hanya tahu pangkal nombor hadapan sahaja. Saya tidak tahu berapa gaji saya telah meningkat tahun lepas berbanding dengan tahun ini. Paling akhir saya tengok slip gaji pada beberapa tahun lepas bila saya berangan mahu membeli sebuah rumah lagi. Yang saya tahu kenaikan saya lebih dari RM150. Lagipun buat apa saya ingat sebab setiap tahun berubah. Kan?

Apabila kawan saya beritahu tempat berjumpa dengan menggunakan lorong berapa dan nombor kedai berapa...Saya tidak ingat. Saya hanya perlu tahu kedai tu dekat dengan bangunan apa. Selepas itu saya cari mutar itik.

Abang Jan: Bila saya dapat 8 untuk matematik di peringkat SPM, saya tidak terkejut. Saya terkejut saya lulus!.



 
 
 

2 comments:

Lan LoloQ said...

saya juga sama dari spesis yg tak mesra nombor...kalau ditanya on the spot no.flat motor2 dan kereta sy pasti akan jadi terpinga2...sy tak pernah tahu atau ambil tahu nombor2 flat kereta adik beradik,kawan2 atau sahabat baik saya sendiri..sy tak ingat no.telepon rumah saya sendiri sejak ianya ditukar utk kali ke 2..saya selaraskan no.pin kad2 atm sy jadi sama..semua password FB misalnya saya gunakan nama anak2 buah sy instead of gunakan nombor2..subjek paling weak adalah matematik,statistik dan lastik....sy cuma ingat nombor ic,tarikh lahir dan no.rumah sendiri....

sukiman said...

he he memang. Pasal nombor jugalah saya pernah tersilap mahu buka pintu bilik hotel orang lain.

Saya selalu jugak tersilap nombor akaun bila mahu bank ing duit...

Saya juga tergamang apabila orang tanya berapa no telefon saya sebab memang saya tidak hafal sebab bukannya saya nak menalipon diri saya sendiri...Begitulah cara otak saya bekerja tanpa sempat saya membentuknya...

saya terpaksa buka handpong saya dan melihat berapa nombor number telefon saya. he he he.

   

.

.

.