Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, September 4, 2014

Adakah bergaji kecil satu hukuman dalam sesebuah kehidupan?

SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah mendengar kawan-kawan saya atau manusia lain membuat pernyataan bahawa gaji mereka adalah mencukupi, apalagi berlebihan. Saya tidak pernah dengar pernyataan sebegitu walau sekali. .
 
Kalau saya ada mendengarnya saya akan berseparuh bogel mengelilingi gedung beli belah ECM di Kuantan dan kemudiannya  membayar denda RM400 kepada kerajaan Malaysia. (ini sebuah sindiran sahaja).
 
Hampir 100% kawan-kawan dan manusia di sekeliling saya menyatakan mereka tidak cukup wang, gaji mereka tidak cukup. Jadi pemikiran saya (dan juga mungkin orang lain)  terus terbentuk dengan mengatakan tidak mempunyai wang yang cukup adalah suatu kebiasaan. Tidak perlu dirungsingkan sangat. Semua orang begitu.
 
Saya harus juga kelihatan seperti tidak cukup wang. Dan saya tidak boleh kelihatan memiliki wang yang cukup kerana akan dituduh saya jadi begitu kerana saya tidak berkawin (bukannya saya pandai berjimat atau berhemah, bukan.). Selamat datang ke Malaysia.
 
Saya memang tidak cukup wang untuk membeli barang kehendak.... Untuk barang keperluan alhamdulilah ianya mencukupi. Dan saya juga berpendapat ramai orang lain yang sebenarnya cukup wang jika mereka betul-betul membeli keperluan, bukannya membeli kehendak.
 
Samalah bila saya lihat perokok yang bercakap pasal nak jaga kesihatan atau nak jimat duit. Saya rasa nak cari baldi...(nak muntah)
 
Kalau kita rasa sangat sengsara kerana tidak berkereta besar atau miliki kereta maka sengsaralah kita. Dan memanglah dalam keadaan begini gaji kita itu memang satu bebanan dan hukuman kepada kehidupan kita.
 
Namun kalau kita benar-benar membeli barang keperluan dan mengukur baju di badan sendiri, kita tidaklah sangat terhukum dengan gaji kita yang kita anggap kecil tersebut... (Seolah kita tidak sedar gaji orang lain adalah lebih kecil...)

Perbuatan dan perangai kitalah yang menghukum kita, bukannya gaji kita.
 
Entahlah...


 

No comments:

   

.

.

.