Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 3, 2010

Perlukah kita cemburu...?


Seorang pensyarah wanita menyuruh saya menulis mengenai cemburu, iaitu rasa cemburu sang isteri pada suaminya. Siap dengan tajuknya sekali dia berikan `Perlukah kita cemburu...?. Pada masa tersebut saya tidak dapat penuhi permintaannya sebab sedang sibuk dan banyak perkara yang lebih perlu dilakukan. Ini tidak bermaksud tajuk tersebut tidak penting di hati saya tetapi waktunya tidak sesuai.
Amat payah nak menulisnya kerana saya bukannya jenis cemburu ( eh, ya ke? he he he). Mengikut Kamus Perwira, terbitan Daya Sdn, Bhd, (malas saya nak rujuk Kamus Dewan terbitan DBP, asyik rujuk kamus tu je, nak jugak rujuk kamus lain kan? Bukan bermakna kamus Dewan tak bagus tetapi sekali sekala nak jugak kelainan kan? Dalam rumahtangga pun mesti ada kelaianan kan? Saya akan kupas isu `kelainan' dalam rumahtangga kalau ada sebarang permintaan nanti...) muka surat 231, cemburu ialah `iri hati, curiga, kurang percaya. Contoh ayat `dia cemburu kalau suaminya pulang lewat',. Menaruh syak atau curiga, mensyaki. contoh ayat `Dia mencemburui saya dengan bukan-bukan.'
Ada orang kata cemburu tandanya sayang, saya tak nak masuk campur kerana tak cemburu bukannya tanda tak sayang pulak. Mungkin tanda percaya dan yakin.
Yang tak sedapnya cemburu melahirkan suatu perasaan tak tenteram pada diri kita. Jiwa kita akan rasa gelisah, resah, panas meruap je dan akhirnya sakit hati (dan susah hati, he he eh). Ringkasnya cemburu juga boleh menyakitkan badan si pencemburu tersebut, he he he.
Kepada saya adalah bahaya besar jika seorang suami tidak cemburukan isterinya, begitu juga sebaliknya jika isteri langsung tak cemburu pada suaminya. Sebab cemburu mungkin sebagai makanisme pengawalan, bukannya semata negatif. Dalam beberapa hal atau situasi si suami akan menjadi dayus kalau sifat cemburu ini tidak ada pada dirinya. Dalam beberapa hal dan situasi juga jika si isteri tidak ada rasa cemburu, dia sebenarnya mendedahkan perkahwinannya pada ancaman... Daripada fail mahkamah syariah didapati antara sebab rumahtangga jadi tunggang terbalik ialah sebab antara pasangan sangat percaya antara satu sama lain tanpa curiga, tanpa mekanisma pengawalan.
Mak saya sangat cemburu orangnya. Pernah mak saya langgar gate depan rumah sampai terpelenting, kepek kereta. Dia kata kalau ayah saya ada depan tu dia akan langgar. Ini kerana dia diberitahu orang kampung yang ayah saya bawa perempuan di dalam kereta. Terus dia cemburu. Masa tu saya kecil lagi (tingkatan 5), saya kata dalam hati apa salahnya ayah bawa perempuan dalam kereta, mungkin dia nak tumpang. Tetapi kini bila dewasa, aku mula sedar...(ikut stail Ella nyanyi...). Saya mula sedar mungkin bahaya tu, he eh eh.
Saya kembali kepada tajuk, sebab bimbang terbabas. Bayangkan kalau kita tak cemburu (tak mengaku cemburu tu isu lain, he he he). Bila kita tak cemburu maknanya kita percaya dan tidak syak, kita rasa buat apalah cemburu kerana suami kita ok tak seperti suami jiran kita yang gatal membirah. Datang wanita cantik seperti Maya Karim pun suami kita tak tergoda. Sebab kita yakin suami kita sayangkan kita walaupun muka kita dan makin tak seberapa nampak rupa dan badan kita lebar bak pintu depan ruang tamu rumah kita (sliding door). Kita tak cemburu sebab suami kita mencintai dalaman kita, sayangi diri kita seadanya... Tambah lagi kita memang kenal suami kita, siang malam asyik baca hadis, janggut pula mengalahkan Datuk Nik Aziz. Kita tahu benar suami kita memang takut perempuan, dulu 15 tahun lepas terketar-ketar nak berkenalan dengan kita, skil ngorat fail!
Berbeza dengan satu keadaan lain, kita kenal benar akan perangai suami kita. Dulu baru dua bulan kahwin ada beberapa orang gadis cantik datang menangis depan kita dan menuduh kita la yang rampas kekasihnya. Memang dulu suami kita ramai kekasih, Mat Romeo katakan. Suami kita pulak jenis pandai mengayat, berkata manis dan ada rupa. Dan... walaupun dah ada anak 4 makin bergaya. Minyak wangi Bulgari tak pernah tak pakai, sikat rambut sentiasa ada dalam poket seluar belakang. Pendek kata gayanya makin remaja! Kita bimbang sebab kita kenal benar suami kita tu jenis peramah, jenis `melayan' je orangnya...
Perlukah kita cemburu? He he he. Nampaknya saya tak boleh jawab atau menulis mengenai tajuk di atas, he he he. Tapi tak kanlah nak suruh suami kita cukur kepalanya sampai botak dan pakai minyak atar je... he he he. Malu pulak kita kalau dia pakai baju compang-camping macam Si Tanggang sebelum kaya.
Dan paling `tak kan' ialah tak kanlah kita nak salahkan suami kita jika dia ramai peminat...he he he. Dulu pun kita peminat setia dia. Dan kita jadi peminat bertuah dapat memilikinya.
Sukar untuk saya kata perlukah seorang perempuan itu cemburu atau tidak, mungkin dia kena fokus dan lihat perangai suaminya tersebut. Bagaimana perangai suaminya. Dan langkah seterusnya ambil keputusan sama ada nak cemburu atau tidak?
Kesimpulannya daripada penulisan di atas sama ada kita perlu cemburu atau tidak lihat kepada perangai suami kita dan apa yang dia buat. Kalau dia tumpangkan mak cik tua yang dah menoupose naik keretanya nak ke simpang jalan tunggu bas tak kanlah kita nak cemburu kan?.
Jan
: secara peribadi saya rasa mungkin juga perlu atau mungkin juga tidak perlu. Tidak perlu kalau kita percaya tetapi perlu la sangat kalau kita tak percaya...he he he.

Kuasa blog dalam politik...

Tidak selalu sangat (jarang) saya menyentuh isu politik secara mendalam atau secara langsung dalam blog jankaulu.blogspot. Penulisan di blog saya hanya berbentuk jurnal peribadi, mengenai peristiwa di sekitar lingkungan wilayah hidup saya. Contohnya, perihal saya masak tom yam turut saya masukan ke dalam blog saya... atau kisah saya yang kena `kencing'.., orang lain tak ada hak nak halang (dan tak terdaya nak halang, he he he).


Pun begitu tidaklah pula bermakna saya tidak ambil hal langsung tentang politik negara. Cuma saya bimbang jika saya berkecenderungan menulis hal politik, membuatkan blog jankaulu tidak mewakili kehendak naluri dalaman saya. Lagipun saya manalah tahu sangat hal politik dan masih segan atau tidak selesa mempamirkan kecenderungan politik saya, ia mungkin juga sensitif bagi sesetengah pihak.



Pun begitu semasa saya ke kedai membasuh kereta (basuhan pertama untuk tahun 2010 ini), semasa lepak di kerusi menunggu, saya mendengar perbualan anak-anak muda. Mereka memperkatakan perihal blog politik yang mereka baca. Saya buat-buat toya je sambil membaca majalah URTV yang ada di atas meja di sebelah. Sebenarnya saya tak baca sangat (saya tengok gambar-gambar je), saya fokus kepada perbualan mereka mengenai pengetahuan politik yang mereka dapat daripada blog.


Saya sedar banyak blog politik yang muncul, terkadang saya membacanya juga. Terkadang saya percaya dan terkadang saya raguinya. Maka baiklah saya baca blog kawan-kawan saya yang sah semuanya benar sebab kita kenal peel peragai mereka. Namun saya percaya ada di antaranya (bukan semua) blog politik memaparkan berita yang sahih dan benar berbanding dengan `akhbar kerajaan'. Masyarakat sudah dapat melihat segala yang berlaku. Maksud saya jika zaman kucing kiron dulu apa-apa saja yang disiarkan oleh TV atau media arus perdana ianya ditelan bulat-bulat oleh khalayaknya. Kini masyarakat lebih kritis dan menilai laporan tersebut dan terus membandingkannya dengan apa yang ada dalam blog politik. Ini terjadi kerana blogger politik telah dianggap sebagai wartawan rakyat iaitu melapurkan suatu berita dengan tepat mewakili rakyat.


Saya akui blog sangat berkuasa di dalam arena politik Malaysia. Dalam pilihan raya umum ke 12 pada 8 Mac 2008 nan lalu, pola pengundian rakyat yang berubah ada kaitannya dengan blog-blog politik. Penulisan blog berperanan sebagai wartawan rakyat melaporkan perkara yang radikal dan berani, berjaya menawan hati rakyat (walaupun kesahihannya masih boleh diragui, tetapi ia berjaya meraih kepercayaan). Misalnya, blog berita Malaysia today menerima kunjungan sehingga 2.4 juta hit apabila ada isu-isu panas. Antara blog sosia-politik lain yang terkenal ialah Rocky's Bru, Kuda Kepangf, Sang Kelebai, Screenshots dan Malaysia Today...(sekadar menyenaraikan beberapa nama).


Jika dulu orang bercakap pasal politik di kedai-kedai kopi, zaman telah berubah. Selamat datang ke planet bumi.... Sekarang komunikasi lebih cepat tersebar dan lingkungannya lebih luas dan besar. Melalui blog politik kita boleh menulis apa sahaja yang kita rasa, apa yang kita tak puas hati. Hampir mustahil atau amat rumit untuk menyekatnya kerana sifat kebebasan mutlak dunia siber ini. Ia tidak terikat dengan sebarang akhta yang rumit. Contohnya para pembangkang dan suara minoriti (contohnya Kelab Seribu Mawar (KSM) yang objektifnya menentang kecurangan) amat mudah didengar atau mendapat perhatian (kerana disekat oleh akhbar arus perdana misalnya) mereka boleh menulis dengan bebas dan tidak terikat dengan Akta Komunikasai dan Multimedia 1998 (AKIM 1998) dan juga bebas daripada Akta mesen Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984).


Cuma kebebasan tersebut haruslah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, berwibawa, dan beretika sebab saya percaya cacian, maki hamun dan tomahan jika digunakan dalam blog ia melampaui nilai kemanusiaan. Bimbang pulak pada akhir zaman ni fitnah merata-rata.


Kesimpulan yang saya dapat buat, semua pemuda-pemuda yang berbincang pasal politik tadi menyokong Datuk Seri Anuar Ibrahim, mereka minat betul dengan ketokohan beliau dan kesabaran berjuang menyokong keadilan supaya wujud si negara Malaysia yang mereka anggap sudah sangat kucar kacir ini...
Jan: Tak pernah terniat nak masuk politik, duduk kat luar je, he he he. lagipun saya tak pandai buat janji-janji ni, reka cerita pun tak pandai, he he he.

Sunday, May 2, 2010

Up, Close & Personal With Sharifah Aini

Walaupun saya tidak pernah menghadiri sebarang persembahan Datuk Sharifah Aini secara live, saya tetap mengikuti berita setiap kali persembahannya berlangsung. Saya mahu tahu lagu apa yang dibawa dan lebih penting ialah saya nak tahu banyak cerita yang menjadi tanda tanya pada saya.
Dalam Up, Close & Personal With Sharifah Aini di Hotel Concorde, Kuala Lumpur (17 April 2010) nan lalu Kak Pah banyak berkongsi pengalaman sebagai penghibur. Maklumlah sudah 43 tahun tentu banyak pengalaman yang terkumpul.


Bersama Datin Rafeah Buang
Semasa Datin Rafeah buang tengah nazak dahulu, kak Pahlah yang selalu datang ke hospital malam hari untuk membaca yassin. mereka rupanya kawan baik dan banyak kali sama-sama mengadakan persembahan pada tahun-tahun kegemilangan mereka.
Bercerita pengalaman ketika menyanyi bersama Rafeah, Kak Pah menyatakan penyanyi itu mempunyai suara merdu. Baginya, walaupun ramai penyanyi bagus muncul tetapi sukar menemui vokal yang merdu.
Saya tidak popular...
Kak Pah merendah diri menyatakan dia tidak sepopular penyanyi masa kini tetapi tidak berasa kecil hati. Baginya, pengalaman yang dilalui sepanjang 43 tahun tidak dapat dibeli dengan wang. Atas pengalaman itu juga, Kak Pah merasakan dia adalah insan bertuah.
Bawa peminat ke zaman 70 an.
"Pengalaman itu membuatkan saya ke sini hingga menjangkau 43 tahun. Jutaan terima kasih pada anda semua kerana hadir pada acara ini. Saya berharap anda semua dapat terima saya seadanya. Malam ini, saya akan bawakan anda kembali ke zaman 70-an," katanya ketika membuka persembahan. Memulakan lagu popularnya seperti Ingatan Manis Di Bulan September, Tiada Maaf Bagimu dan Sabar Menanti, Kak Pah membuktikan kekuatan vokalnya masih tiada tandingan.
Bersama Allayarham Sudirman.

Seingat saya Kak Pah ada berduet dengan Allayarhan Sudirman dalam satu lagu asli. Saya juga tahu Kak pah akrab dengan Sudirman, ada satu lakaran yang sudirman lukis mengenai kak pah yang banyak barang emas dan berlian. dalam gambar tru kak pah kelihatan berkelip-kelip sebab banyak barang kemas yang dipakainya.

"Pada zaman 70-an, saya sering menyanyi di funfair. Ketika itu saya bersama Allahyarham Sudirman Hj Arshad berebut kumpul duit dan hingga kini, saya tidak menyangka dapat terus menyanyi.


Kak pah juga seorang penulis lirik lagu saduran...

Tidak dinafikan saya banyak menyanyikan lagu saduran seperti Dekatlah Padamu yang diambil dari lagu Jepun dan Ingatlah Sayang dan Kerana Cinta. Jika tidak silap, saya sudah hasilkan lebih 300 lagu yang saya tulis dan tema lagu ini berkait rapat dengan kasih sayang antara lelaki dengan wanita serta ibu dengan anak," katanya.
Seiring dan sejalang...
Persembahan secara santai itu turut menyaksikan Kak Pah menyampaikan lagu Kenangan Indah (Yang Menyayat), Di Malam Persandingan, Dekatlah Padaku sebelum mengajak dua wartawan hiburan, Huzz bersama Syed Wafa naik ke pentas menyanyikan lagu Seiring Sejalan. Tidak menghampakan peminat yang hadir, Kak Pah turut menyanyikan lagu popular lain seperti Seri Dewi Malam, Bunga Tanjung, Jatuh Cinta, Hey (pernah dipopularkan Julio Iglesias), Yang Sangat Ku Sayang dan kemudian mengajak peminat menari menerusi lagu Let’s Twist Again (dipopularkan kumpulan The Beatles).
Pilu pulak dah...
Suasana pada malam persembahan amal Up Close And Personal with Datuk Sharifah Aini agak pilu apabila permata seni negara itu meminta ibunya, Sharifah Nor Syed Jaafar memperjelaskan segala keraguan serta memadamkan fitnah yang tersebar sekian lama. Keraguan yang selama ini mendatangkan rasa resah pada dirinya kerana pada suatu ketika beliau digambarkan sebagai anak yang lupa diri sehingga sanggup menyaman selain memukul ibunya sendiri.

"Ani anak yang baik, Ani tidak pernah memukul Ummi. Ani juga suka melakukan amal jariah," itulah kata-kata yang dizahirkan oleh Sharifah Nor yang turut hadir menyaksikan anaknya membuat persembahan amal di Hotel Concorde, Kuala Lumpur minggu lalu. Terharu dengan kata-kata diungkapkan itu menyebabkan Sharifah Aini atau mesra dengan panggilan Kak Pah terus memeluk erat ibunya bersama linangan airmata.

Memang aksi dua beranak itu mengundang rasa sebak di kalangan penonton yang memenuhi dewan utama hotel ini. Barangkali ini pertama kali mereka melihat sendiri betapa kasihnya seorang ibu kepada anaknya. kata Sharifah yang cukup mesra dengan panggilan Kak Pah, jika beliau anak yang tidak menghormati ibu bapa, sudah tentu kehidupannya tidak akan diberkati seperti mana sekarang. Jadi, pada malam itu, penghibur malar segar itu membiarkan ibunya sendiri menjelaskan kepada orang ramai, betapa insiden terbabit tidak pernah terjadi.

Kalau tak silap saya akhbar yang memaparkan cerita tersebut ialah Bancaria.

Rahsia lagu `kau tinggi di awan biru'...
Sebelum menyanyikan lagu Kau Tinggi Di Awan Biru (1977), dia mendedahkan kenangan betapa dirinya menyintai seorang juruterbang Iraqi Aiways benama Ali. Sebagai anak yang agak 'memberontak', kata Sharifah, dia dan lelaki itu mengikat tali pertunangan mereka sendiri. "Dengan kuasa Allah, lapan bulan sebelum kami mendirikan rumahtangga, dia menemui ajal dalam kemalangan jalan raya," katanya.
Begitu juga dia bercerita mengenai pertunangannya bersama seorang jejaka dari Perak, yang putus berikutan pandangan sinis ibu bapa lelaki terbabit terhadap artis, sebelum lagu Di Malam Persandingan (1972) dialunkan.
Kira sambil menyanyi dan bercerita la Kak Pah ni kan...lepas tu minum air mineral seteguk.
Suami pertama dan kedua...
Datuk membuka pula kisah perkahwinan pertamanya. "Semua orang tahu yang saya pernah mengahwini dengan dua orang lelaki sebelum ini. Suami yang pertama amat bermakna dan saya dikurniakan anak lelaki, Aliff Omar yang kini masih menuntut di Madinah, Arab Saudi.

"Ditakdirkan cerai, dalam idah, saya telah ke bank untuk membuat satu pinjaman. Saya telah bertemu dengan seorang ahli perbankan ini. Perkenalan kami menjadi rapat dan dia lelaki yang jujur (suami ke dua). Tidak lama itu, dia melamar saya," jelasnya yang kini sudah 14 tahun hidup keseorangan tanpa suami.

Janji ahli parlimen...
Namun, salah satu pengalaman yang sukar dilupakan adalah ketika diundang oleh seorang Ahli Parlimen dari Sarawak mengadakan konsert di sebuah perkampungan dalam kawasan Parlimennya. "Ahli Parlimen berkenaan ada berjanji kepada pengundi kawasannya yang kalau dia menang, dia akan membawa saya menyanyi di sana. Hendak ditakdirkan, dia telah menang. Saya telah diterbangkan ke sana. Saya disambut bagaikan seorang menteri.
Bukan satu tugas yang mudah hendak buat persembahan di sana. Bayangkan, dari perkampungan hendak ke lokasi konsert, saya terpaksa menaiki sampan kecil sambil memakai gaun mengerlip pada waktu malam sebab ketiadaan bilik persalinan di kawasan konsert. Sampan itu boleh muat dua orang sahaja. Saya dan pendayung. Inilah antara pengalaman yang susah saya lupakan," katanya rancak bercerita sambil ketawa besar.
Sumber: `KEKUATAN VOKAL TIADA TANDINGAN' oleh Elrafaei Sapi (Harian Metro - Rabu, 21 April 2010), `RESAH YANG TERLERAI' oleh Nurulhisham Abdul Latiff (B Pop, Berita Minggu - 25 April 2010), dan `LEMBARAN RAHSIA SHARIFAH AINI' oleh Metra Syahril Mohamed (Utusan Malaysia - Khamis, 22 April 2010).

Jan: Semoga ada pihak akan menghasilkan bibiografi Datuk Sharifah Aini. Beliau penyanyi yang hebat. Jika dia berada di negara barat tentu dia lebih dikagumi dan dihormati. Penyanyi sekarang bukan tak best tetapi kadang-kadang entah apa-apa, dan tak tahu nak ke mana mereka...

Paip oh paip...

Secara semulajadinya saya memang tidak pandai bertukang. Contohnya saya tiada kemahiran hidup untuk menukul paku dan gergaji papan. Kalau saya menukul 10 batang paku, kemungkinan besar kesepuluh-sepuluhnya bengkok. Jika saya mengergaji, subuh lusa baru siap sebatang papan. Namun saya akui banyak perkara boleh dijimat jika pandai kemahiran hidup. Contohnya jiran sebelah rumah saya (yang sibuk saya tak kawin-kawin), dia buat wayaring sendiri pasang kipas dan lampu di rumahnya, berbanding saya yang membayar RM950 untuk wayaring pemasangan kipas dan lampu.
Pun begitu saya pandai buat kek buah (kek buah ala kampung saya). Pernah dulu bila kek tersebut dibawa ke tempat kerja untuk dimakan beramai-ramai. Ada seorang pensyarah tu kata saya berbohong. Dia kata kek tu saya beli di kedai, sebabnya? Katanya sedap! Namun posting ini bukanlah mengenai jiran saya buat wayaring sendiri atau perihal kesedapan kek buah saya, ianya mengenai bagaimana saya berniat nak pasang paip sendiri. Entah bagaimana datang idea tersebut saya tak tahu. Tetapi mungkin kerana nak berjimat sangat... sampai lupa keupayaan sendiri.

Gambar 1: Kat sini la saya nak pasang satu kepala paip.

Pertamanya saya mulalah mencangkul kawasan paip dalam tanah tu, dekat punca air tersebut (rujuk gambar 1 di atas). Saya nak pasang satu kepala paip air. Senang nak basuh kereta ke (kononlah). Saya mulalah mencangkul dan tidak berapa lama kemudian tercangkulah paip yang tertanam dalam tanah tersebut. Terus terpancut-pancut air keluar. Saya panik juga tetapi terus saya cepat-cepat tutup air di punca masuk air tersebut.

Kemudiannya, saya terus menalipon sepupu saya yang bekerja di Balai Bomba Indera Mahkota. Saya beritahu ada `kecemasan'. Bukan rumah terbakar, bukan ular masuk ke dalam rumah tetapi paip air bocor!. Sekoyang-koyang dia datanglah...



Gambar 2: Ni parit sepupu sayalah yang gali...
Sepupu saya tanya saya nak buat apa... setelah saya nyatakan hasrat saya nak buat penambahan paip dan terus dia take over. Dia gali lubang mengikut apa yang saya nak. Saya nak satu paip lagi di tengah laman rumah. Senang nak siram pokok manggis saya. Sila rujuk gambar 3 di bawah.
Gambar 3: Satu paip di tengah, kalau saya yang mengalinya, terberak cair rasanya..


Kini pemasangan paip sudah siap 100%. saya dengan gembiranya menyirang pokok sambil menyanyi lagu seiring sejalang. Dulu seksa sangat nak menyiram, bayangkan saya kena sambung wayar air pada kepala paip di singki dapur. Kepala paip singki besar, terpaksa saya bakar mucung wayar paip biar lembek pas tu saya sumat kepala paip singki dapur tu, keluarkan wayar paip dari tingkap dapur. Gara-gara nak menyiram.
Selepas ada paip ni, akan bertambah giatlah proses penanaman rumput di sekeliling rumah... Tetapi tidak apalah yang penting dapat menyiram dengan senangnya, agar tanah yang gersang itu menjadi sejuk untuk pertumbuhan pokok-pokok.
Jan: Tersiramkah relung rinduku yang berbahang ini? (pulak dah... huh!)

Friday, April 30, 2010

semalusk.blogspot.com

semalusk.blogspot.com


Saya dapat award!
Saya menerimanya daripada blog semalusk.blogspot.com.
Melalui `lalulintas', saya dapati ada juga insan maya persada yang sudi mengikuti penulisan di blog jankaulu.blogspot.com. Mereka ini sebagai rakan maya menglinkkan (menghubungkan) blog saya di blog mereka.

Saya rasa terharu dan terus perasan sebab ada yang tertarik dengan penulisan yang tak seberapa ini...(amboi merendah diri pulak).

Terus terang beritahu, saya jarang membaca blog orang lain.
Namun bila mereka mengelingkan blog saya kepada mereka, terkadang saya membacanya juga sebagai tanda penghargaan dan ingin tahu.


`Apapun yang terjadi berjalanlah tanpa henti'.


Begitulah kata pamir blognya (blog description).
Saya terharu pada kata pamirnya sebab seolah kata-kata tersebut untuk saya...(pulak dah).
(Ya! setelah dikencing basah, saya perlu bangkit teruskan perjalanan ini...)


Walaupun teori di dalam sesebuah penulisan tidaklah sesenang praktikalitinya...
kita kena teruskan juga kehidupan.
Kita perlu...

Blog ini bersifat terbuka dan mengisahkan kehidupan seharian Semalu SK.
Suka bercerita dan bertukar pendapat.
Sesiapa yang mahu menjalin ukwah bolehlah mengenali Semalu SK di blognya

Jan: Thanks, Semalu SK.

Thursday, April 29, 2010

Kalaulah saya jadi penyanyi...5

Pada pukul 10 malam tadi, awal-awal lagi saya sudah mengarahkan Safarini (pembatu peribadi saya) untuk bersiap sedia di depan PC saya. Saya mahu dia menjawab segala ucapan selamat hari lahir yang ditujukan melalui Facebook. Saya bukan mahu menipu peminat, tetapi kesibukan yang dialami tidak membenarkan saya untuk menjawab satu persatu ucapan tersebut. Bayangkan saya akan menerima jutaan ucapan dari jutaan peminat di serata tanah air. Juga dari Singapore, Thailand, Indonesia dan sebahagian dari benua eropah dan juga Afrika selatan.
" Just say I love you more... ''. Jawab saya semasa Safarini bertanya apa yang patut dia tulis kepada peminat saya di Facebook tersebut. Selepas itu saya cepat-cepat bersiap dan mencapai kot hitam untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Maya Karim.
Dua hari lepas saya menemani Maya ke mahkamah, sebagai kawan baik saya tetap memberi sokongan atas apa yang berlaku kepada Maya. Saya dengan Steven David Shorthose pun merupakan kawan baik, kami dah lama kenal. Steven ada berhutang prepaid celcom dengan saya RM10, saya halalkan... Saya menasihati Maya dan Steven banyak bersabar memandangkan banyak laporan yang tidak tepat di dada-dada akhbar mengenai pergolakan rumahtangga mereka.
Pada masa itulah Maya menjemput saya ke majlis peribadinya. Penting sangat kehadiran saya katanya. Saya dengan rendah diri menjawab tak dapat hadir sebab pada hari tersebut saya akan shoting filem ' Mankisu' daripada awal pagi sampai pukul 9 malam di Kuala Kubu Baru. Malamnya tentu saya benar-benar nak rehat. Kesian juga saya lihat Maya merengek minta saya datang, dia nak saya nyanyikan lagu `Perpisahan tanpa relaku'. Dia nak saya bawak lagu tu dengan cara saya. Saya cadangkan Maya jemput Jamal Abdilah atau Mawi nyanyikan tapi Maya kata ``I prefer u nyanyikan special untuk i''....' Saya terus cair, saya setuju...
Sepanjang minggu ini saya sibuk. Dua hari lepas juga saya terjumpa Datuk Siti Nurhaliza di majlis keraian yang dianjurkan oleh Seniman. Daripada jauh datuk sudah tersenyum, dia datang dekat saya ucapkan selamat hari lahir. Dia bimbang takut tak berkesempatan mengucapkannya memandangkan dia akan ke Indonesia berjumpa Krisdayanty, nak beli jamu. Saya juga nampak datuk K dari jauh, dia sedang sibuk makan karipap dan donat di mejanya. Datuk Siti bertanyakan mengenai hasratnya mahu berduet dengan saya di dalam album terbarunya. Sebenarnya akhir tahun lepas 8 kali datuk ada kol saya, pada masa tu kalau tak silap saya berada di Zoo Negara (jumpa kawan). Datuk mintak saya kompose satu lagu untuk dia. Namun pada masa tersebut saya tak berani nak memberi persetujuan sebab saya sibuk dalam stadio rakaman dengan Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini. Jika saya terima permintaan Datuk Siti sedangkan kerja rakaman saya masih lagi tidak selesai, apa pula kata Datuk Sharifah Aini nanti...
Terus terang saya katakan sejak saya bergelar artis ni, hidup saya tak pernah tenteram. Dari pagi sampailah pada masa saya mahu lelap mata. Rupanya jadi artis memikul tanggungjawab yang besar sehingga saya tak ada masa untuk diri saya. Saya nak membeli pun susah. Bila saya shopping di Paris, akhbar kata saya tak patrotik pulak. Susah dibuatnya, itu salah ini salah. seingat saya dah 5 tahun saya tak ke mana-mana pasar malam. Kali terakhir saya ke pasar malam Datuk Keramat, saya diserbu peminat-peminat. Bimbang pula batal air sembahyang saya...
Sukar sungguh saya nak bersendiri. Hampir setiap hari ada wartawan yang selongkar tong sampah depan rumah saya. Mulanya saya ingat anjing atau biawak hidup tetapi rupanya reporter. Mereka ni dah melampau. Bukan apa mereka nak tahu apa yang saya makan tiap-tiap hari, daripada sia-sia makanan tu lah nanti, adalah beritanya di akhbar. Saya makan karipap ke? atau makan roti gadeniar ke? Semua mereka tulis. Kalau dah terkenal, kita makan kuaci cap helang pun keluar muka depan akhbar!. Tak semena-mena peminat akan makan kuaci cap helang. Selepas itu permintaan kuaci cap helang akan mendadak naik. Ekonomi negara akan terus berkembangan...?.
Tetapi sepanjang awal tahun 2010 ini, isu saya bercuti ke Balilah yang amat mendukacitakan saya. Paparan gambar saya yang hanya berunderware (Renoma) memelok pokok kelapa di tepi pantai diekploitasikan. Sampai jadi isu di kabinet, kata salah seorang ahli politik dari malaysia Barat, sebagai role model saya tak boleh berpakaian sebegitu. Amboi bini dia artis tak cukup kain tak apa? Tapi tak kanlah saya nak berenang tepi pantai pakai baju Melayu siap bersongket. Ahli politik memang macam tu!
Sebaik saja saya sampai ke perkarangan rumah Maya Karim, saya tengok ada banyak kereta besar-besar. Amboi besarnya parti. Katanya parti peribadi biasa sahaja. Saya nampak juga kereta pengarah filem `Mankisue', Datuk rahim Razali...
Selepas saya parking Jaguar saya, saya terus ke pintu besar depan rumah. Saya tengok lampu tak menyala, biasanya menyala. Saya terus buka pintu rumah masuk dan meraba-raba belok ke kiri menghala ke kolam renang (saya dah biasa masuk keluar dan lepak di rumahnya). Tiba-tiba lampu terpasang!
" Happy birthday to you, happy birthday to you!" Saya tergaman melihat ramai tetamu di ruang tamu yang besar dan mewah tersebut, betul-betul menghadap kolam renang. Rupanya majlis itu untuk saya. '' Ya allah Maya... kaulah sahabatku dunia akhirat" Saya meluru ke arah Maya Karim gaya seolah nak berpeluk tetapi tak berpeluk, melaga pipi kiri kanan tapi tak bersentuh. Tu lah aksi kami sebenarnya bila bertemu atau teruja. Kalau tengok memang lucu. Hampir menitis air mata saya (tapi tak menitis sebab saya teringat ayah saya marah orang lelaki menitis air mata. Ayah saya beritahu air mata itu tanda kelemahan).
Saya tersenyum gembira. Saya lihat Farid Kamil dan Remy juga hadir, dia sedang bercakap dengan Nasha Aziz. Mereka tersenyum memandang ke arah saya. Fauziah latif pun ada tersenyum seorang diri di tepi dinding. Daripada jauh saya nampak Kak Nita melambai-lambai ke arah saya. Dia duduk di penjuru dengan Abang Mahathir, giat makan satey.
Setelah bersalam dengan beberapa kenalan termasuk anak Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, saya disapa oleh Datuk Rahim Razali...!
" Haah, hero kita!" Datuk menghulur tangan.
" Terima kasih kerana datang datuk, saya tak sangka betul. Tadi masa shoting datuk tak beritahu pun... " Saya mulakan percakapan sambil menyambut jabat tangannya. Datuk memang begitu, 8 kali jumpa 8 kalilah jabat tangan (walaupun di lokasi yang sama, he he he).
" Kalau tak kerana Maya, memang datuk tak datang..., he he he. Eh, Datuk Yusuf beritahu dia tak dapat hadir. Dia ke London..." Kata datuk Rahim Razali.
" Datuk... saya ada satu permintaan mengenai watak saya sebagai Mankisue... Boleh tak diubah suai sikit..." Saya bertanya. Memang sudah lama saya nak beritahu datuk tetapi saya tak sampai hati. Takut. Entah kenapa pagi ni saya berani pulak...
" Tapi kita dah mula shooting, kontrak dah saing..." Kata datuk.
"Kalau boleh saya nak datuk ubah sikit je karektor Mankisu..." Saya perlahankan suara sambil minum ais lemong. Dahaga pulak tekak.
" Tak boleh novel tu laris, nanti peminat tidak suka, penulisnya tentu tak gembira. FINAS dah beri RM15 juta... Saya suka watak Mankisue, saya dah baca 8 kali novel tu. Kenapa?, awak ada masalah ke dengan watak tu ke? Tanya datuk dengan suara garau berkarismatiknya, macam dia pulak dah sedang berlakun filem.
Saya diam, saya tak tahu nak cakap apa. Sebenarnya setelah saya membaca novel Mankisue sebanyak 8 kali (termasuk yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Saya diberitahu novel tu juga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Francis, Jerman dan Urdu). Sebenarnya setelah menghayati watak Mankisue, saya rasa tercabar. Selepas watak Kasim Selamat dalam Ibu Mertuaku, watak Mankisulah watak kedua paling mencabar dalam sejarah moden perfileman Melayu Malaysia. Saya dah mula tenggelam dalam watak Mankisue sehingga terbawa ke dunia nyata... saya rasa tertekan, sebenarnya....
" It's ok, we discus it later, let enjoy the party'' kata datuk selepas lihat saya diam...
Kemudiannya saya diminta oleh Aznil (dia jadi pengacara majlis) ke meja di tengah ruang tamu yang menghadap kolam renang. Saya meniup lilin dan menaruh hajat. Setelah kesemua 29 batang lilin itu ditiup, saya terus memotong kek, dengan bantuan Dayang Nurafizah kek tersebut diagihkan kepada para tetamu...
Sekali lagi Aznil meminta saya membuat ucapan ringkas. Dalam ucapan ringkas tersebut saya lahirkan perasaan berbanyak terima kasih dan terharu kepada Maya Karim dan Nasha Aziz. Saya diberitahu sebelumnya, Nasha Aziz dan Rosyam Noorlah yang juga banyak menolong menjayakan party tersebut.
Dan saya juga merakamkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada pengarah filem `Mankisue' iaitu Datuk Rahim Razali kerana memberikan idea setiap tetamu wajib memakai atau menyelitkan sekuntum mawar merah di pakaian mereka. Semua tetamu berpakaian putih (tema putih), mereka tambah nampak cantik diserikan dengan kelopak mawar yang merah menyala...
Tiba-tiba saya ke bilik air, di depan cermin besar saya tatap wajah saya, saya rasa nak menangis kerana rasa terharu. Sebelum ini saya tidak mudah untuk menangis tetapi setelah mendalami watak Mankisue, saya sering merasa mahu menangis...
Sayakah ini atau Mankisue?. Bisik hati saya...

Tuesday, April 27, 2010

Grill Rumah...

Saya tahu fungsi gril rumah hanyalah sebagai melambatkan proses pencerobohan. Ia tidak boleh menjadi jaminan rumah tersebut tidak dimasuki pencuri, perompak atau perogol berjadual.
Saya juga tahu setiap rumah boleh dimasuki dengan cara yang tertentu, contohnya ikut bumbung rumah. Maknanya gril bukanlah perlindungan setahap semaksimanya, ia hanyalah usaha daya kita memaksimakan perlindungan dengan kadar kita, upaya kita.





Gambar 1: Inilah grilnya.


Namun beria-ria jugak saya memilih gril ini, he he he. Saya mahu ia sesuai dan berpadanan dengan rumah saya. Tak naklah nanti orang kata `mahal tali pada beruk'. Saya memang tak suka yang terlalu banyak kerawang. Saya juga tidak gemar kalau ada terlalu banyak bunga-bunga (ada seketul dua tak apalah). Itulah citarasa saya, mungkin citarasa orang tak berduit kot.
Saya juga cerewet mengenai pemilihan warna grillnya. Saya mahu warna gril berpadanan dan sepadan dengan warna rumah. Cerewet kan. Besinya juga saya nak ketebalan yang diameter kira tebal jugaklah. Catnya pula nak yang elok sekali. Namun suami Zarida tetap melayan kehendak saya.
Gambar 2: Adnan ada juga menjalankan audit pengrilan...

Saya teruja sambil tersenyum dan perasan bila jiran-jiran memuji gril rumah saya. Saya pun tak nak nafi gril rumah saya menarik, setidaknya di mata saya. Saya selalu fikir yang ringkas tulah nampak menarik. Yang tak berlebihan itulah yang lawa. Eh, ke saya fikir begitu sebab saya tak ada banyak duit? He he he.


Gambar 3: Dicatnya secara berceloreng...



Bila pemasangan gril dah siap, nampak cantik pulak rumah saya ni (alamak naik lif tekan sendiri...), tapi tak apalah saya sendiri yang membayarnya tiap bulan (melalui on line). Setelah `ditegur' oleh pengunjung blog tempohari, saya terus buat on line segala pembayaran, termasuk kereta.
Gambar 4: Besinya agak tebal...



Saya bayar banyak kali baru habis hutangnya. Terima kasih tak terhingga pada Zarida yang memberi hutang begitu lama, sehingga saya sendiri tak berapa ingat bakinya. Saya memang ada juga pergi cari pembuat gril lain sebelumnya, semuanya nak cash dan paling boleh, bayar dua kali. Namun akhirnya saya pilih buat dengan Zarida senang, boleh arah itu ini. Saya harap Zarida dan suaminya tidak serik dengan perangai cerewet saya ni, dahlah cerewet, bayarpun nak banyak kali kan...he he he. Teruk saya kan...


Gambar 5: Rekabentuk pilihan saya ringkas sahaja...(seringkas duit dalam poket, he he he)

Saya rasa sangat puas hati dengan proses pengrilan ini. Keluarga saya pun ada memuji. Emak saya kata besi tebal bukan macam kat kampung. Abang ipar saya juga mengatakan harganya adalah berpadanang dengan mutu kerjanya.


Saya tersenyum bila dipuji. Mulanya saya nak `tahan muka' bila dipuji sebab orang kata orang yang mulia bila dipuji mukanya tak berubah. Tapi saya tak boleh tahan jika dipuji, dah sah tak mulia kot, he he he.


Biarlah habis duit sikit asal puas hati. Pun begitu saya merasakan saya membayar pada kadar yang mampu.

Jan: Bila rumah sudah digrilkan, kurasa terpenjara sepi di dalamnya...(pulak dah!)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home